gLutamic aCid

Saturday, October 8, 2016

Jangan Banyak Songeh 16



Alya menelan liur. Matanya masih terpejam rapat menandakan lena yang masih merantai diri. Sesekali dia menepis gangguan yang mengusik wajahnya. Tak lama kemudian berkerut wajahnya bila hidungnya menangkap bau haruman yang menusuk hidungnya tika itu. Dia kenal dengan bauan ini.
“Alya..” panggil satu suara. Masih belum mampu membuat Alya membuka kelopak matanya yang terasa begitu berat bukan kerna menghadap kertas kerja seharian, tapi juga diperah-perah air mata dek kerana emosi yang begitu menganggu hari ini.
“Sayang..” panggil suara itu lagi. Kali ini disertai dengan belaian lembut di pipinya. Bergerak-gerak bebola mata Alya di balik kelopak. Dia menggerakkan sedikit kepalanya pabila terasa dahinya di kucup.
“Ermm..” Alya membuka matanya perlahan-lahan. Samar-samar wajah seorang lelaki berada dekat dengan wajahnya kini hingga terasa nafas hangat lelaki itu menampar wajahnya. Alya menutup semula matanya sebelum dia mencelikkannya kembali untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Segaris senyuman menyapa pandangannya kini.
“Eqal?” soal Alya dengan suara serak basahnya. Tekaknya terasa perit. Dia cuba bangun namun pantas di halang oleh tubuh Ryqal yang memeluknya erat. Tak berdaya mahu melawan, Alya membiarkan saja. Apatah lagi dia terasa masih mamai dan matanya masih memberat. Terkebil-kebil dia menatap wajah Ryqal ketika itu yang ralit merenungnya sambil tangan lelaki itu mengusap-usap wajah Alya.
“Eqal bu…”
“Shhh…” bicara Alya termati saat bibirnya disentuh jari Ryqal. Lembut sentuhannya membuatkan Alya terleka sebentar. Dia mencapai lengan Ryqal lalu diusap lembut.
“Abang rindu sayang..” luah Ryqal. “Rindu sangat-sangat..” sambungnya lagi tatkala Alya merasakan hangat hembusan nafas Ryqal di lehernya. Dia menggeliat kegelian bila terasa kucupan Ryqal disitu.
“Abang?” panggil Alya cuba menghentikan ciuman Ryqal yang sudah menjalar. Ditarik wajah itu agar bertentangan dengan wajahnya.
“Alya tak rindu abang?” soal Ryqal bila Alya dilihatnya berkerut-kerut memandang ke arahnya. Terkebil-kebil Alya mendengarkan pertanyaan itu. Dia mahu bertanya lebih lanjut namun pantas saja bibirnya di pagut bibir Ryqal. Alya kelemasan. Tenggelam dek belaian Ryqal yang juga dirinduinya. Tangan Alya spontan memaut leher Ryqal menarik lelaki itu lebih rapat. Tak sampai beberapa minit, Ryqal sudah meleraikan ciumannya. Tercungap-cungap keduanya mencari nafas yang hilang. Mata Alya yang kuyu direnungnya lama sebelum bibirnya dijatuhkan disitu.
“Abang rindu sayang, sayang rindu abang tak?” soal Ryqal lagi menerjah pendengaran Alya. Alya mengangguk laju. Wajah Ryqal diusapnya penuh rindu. Tak terluah rasa bebanan rindu yang semakin sarat di dadanya selama ini.
“Alya rindu abang sangat-sangat. Abang pergi mana?” sayu pertanyaan itu di pendengaran Ryqal. Ryqal mengukirkan senyuman manis buat isterinya.
“Abang tak pergi mana-mana sayang. Sentiasa ada dekat sisi Alya..” ujar Ryqal. Dahinya dirapatkan ke dahi Alya yang masih merenungnya.
“Tak ada pun..mana abang..puas Alya tunggu abang..”
“Sini.. dalam hati sayang.” Ryqal meluruskan jari telunjuknya ke dada Alya meletuskan tawa kecil dibibir wanita itu. Lantas Alya mengenggam tangan Ryqal lalu dibawa ke pipinya.
“Abang dah balik. Abang jangan tinggalkan Alya lagi. Tau?” pinta Alya bersungguh memohon persetujuan Ryqal. Dia merengus geram bila Ryqal sekadar senyum dan terus-terusan merenung sambil mengusap wajahnya.
“Janjilah abang..” rengek Alya. Tubir matanya sudah mengalirkan air mata sebak. Lantas Ryqal mengesat air mata Alya lalu dicium mata isterinya.
“Alya pun mesti janji dengan abang, jangan pernah tinggalkan abang.”
Alya mengangguk. “Alya janji takkan tinggalkan abang walau apa sekalipun yang berlaku.”
Ryqal tersenyum lebar mendengarkannya.
“Walau apa pun yang berlaku?” duga Ryqal. Alya angguk lagi.
“Walau apa pun yang berlaku.” Dia mengulang semula.
“Walau maut menjemput abang sekalipun?” duga Ryqal kali ini membuatkan Alya terkedu.
“abang..janganlah cakap macam tu..” Berderai air mata Alya. Terasa murah air matanya bila melibatkan soal Ryqal. Demi Allah dalam hatinya hanya ada Ryqal. Bukan Idzham. Bukan lelaki lain. Dia tak nak lelaki lain. Dia hanya mahukan Ryqal!
Ryqal tergelak kecil melihatkan Alya yang cengeng. Lantas dia memeluk erat isterinya. Diusap lembut kepala itu memujuk.
“Abang janganlah tinggalkan Alya lagi..” Alya mengongoi di dada Ryqal.
“Ya sayang..abang tak tinggalkan sayang. Cengeng betul isteri abang ni sekarang. Bukan dulu jual mahal ke. 24 jam garang macam singa. Sekarang apa dah jadi ni hmm?” Alya diam tidak menjawab. Dadanya Ryqal di tumbuknya geram membuatkan Ryqal mengaduh kecil. Mereka diam sejenak.
“Alya..” panggil Ryqal lembut. Alya mendongakkan sedikit wajahnya mencari wajah Ryqal. Dia terpejam bila kucupan Ryqal singgah didahinya.
“Abang sayangkan sayang, cintakan sayang sepenuh hati abang. Abang nak Alya simpan tu sampai bila-bila. Boleh?”
“Mestilah boleh..Alya pun cintakan abang sampai bila-bila.” Balas Alya mempamerkan senyuman manis. Dia melekapkan telinganya pada dada Ryqal, mendengar degupan jantung Ryqal sambil melelapkan matanya yang mula terasa pedih.
“Tidurlah sayang..” ujar Ryqal membelai rambut lurus Alya manakala tangannya sebelah lagi dilekapkan pada perut Alya yang kini dihuni benih cinta dia dengan wanita paling dia cintai.
“Tak nak..” perlahan suara Alya membalas. Matanya masih terpejam.
“Kenapa tak nak?”
“Nanti abang lari lagi tinggalkan Alya..” tukas Alya lantas mengeratkan lagi pelukannya. Ryqal tergelak kecil. Isterinya benar-benar angau dengan dirinya kini.
“Tak..abang ada je sini..tidurlah..” Alya menggeleng. Ryqal mengeluh perlahan. Suasana sepi seketika sebelum Alya berdehem.
“Abang..” panggil Alya.
“Ya sayang..” tersenyum kecil Alya mendengarkan suara romantic Ryqal memanggilnya sayang. Dia suka. Dia rindu panggilan itu.
“Kalau Alya jadi bulan, abang jadi apa?”
“Abang jadi manusialah tengok je Alya dari jauh..”
“Ishh! Betul-betullah abang. Tak sayangkan Alya ke?” protes ALya disertai cubitan kecil di perut suaminya.
“Ok ok..kalau Alya bulan, mestilah abang pungguknya..”
“Kenapa pungguk? Kenapa tak bintang? Bintangkan boleh temankan bulan?” soal Alya bertalu-talu.
“Sebab pungguk kan sentiasa rindukan bulan..” Alya tersengih kecil mendengarkan jawapan Ryqal.
“Kalau Alya jadi kucing?”
“Abanglah tempat beraknya. So abang diperlukan setiap hari. Ok tak? Aduhh!” Ryqal menjerit kecil bila cubitan ALya hinggap lagi diperutnya.
“Senonoh sikit boleh tak abang. Spoil mood romantic betul.” Getus Alya tidak berpuas hati.
“Sejak bila isteri abang dah pandai romantic-romantik ni? Hmm?” Ryqal menarik dagu Alya ingin melihat wajahnya isterinya. Pasti sudah merona merah. Namun laju saja ALya menarik kembali menyorokkan di dada Ryqal.
“Kalau Alya jadi kucing, abanglah tikusnya. Boleh lah Alya kejar abang hari-hari..”
“Nanti Al makan abang.”
“Demi isteri abang, kena cubit pun rela, inikan makan.”seloroh Ryqal tergelak mendengarkan statement sendiri. Alya dilihatnya diam sahaja. Baru dia ingin bangun, dia bersandar semula bila Alya sudah bersuara.
“Kalau Alya jadi Alya..?”
Berkerut kening Ryqal mendengarkannya. Dia tersenyum membalas.
“Kalau Alya jadi Alya..abanglah Ryqal nya..”
“Sebab?” soal Alya lagi.
“sebab hanya Ryqal yang boleh cintakan Alya sepenuh hati..” Alya tersenyum malu dengan jawapan Ryqal. Berbunga-bunga hatinya dirasakan ketika ini. Dia menguap kecil.
“Abang..” panggil Alya lagi.
“Iya sayang..” penuh sabar Ryqal menjawab.
“Nyanyilah..Alya rindu nak dengar suara abang.” Pinta Alya manja.
“Nyanyi? Lagu apa ye..hmmm ok dapat dah lagu. Sedia ok?”
“Tak nak twinkle twinkle little star. Siap abang.” Potong Alya membuatkan Ryqal sudah tergelak. Heish tahu-tahu saja dia.
“Ok..lagu khas ni ditujukan untuk sayang. Tiap kali abang dengar, abang teringatkan sayang..simpan elok-elok dalam hati lagu ni.” Pinta Ryqal dibalas anggukan Alya. Dia berdehem kecil sebelum memulakan nyanyian.
Aku ingin kau tahu
Perasaan hatiku
Tanpamu di sisi
Hidup seakan mati

Sesak nafasku ini
Bagai tiada udara
Gelap segala-galanya

Aku tak berdaya
Untuk melangkah
Mengharunginya

Hidupku
Bagai tak bermaya
Tanpa cintamu
               Ya dia sendiri tak berdaya meneruskan langkah tanpa Ryqal disisinya. Ryqal yang mengajar dia erti menerima kekurangan apa adanya. Ryqal yang memberi erti mencintai selepas dia hilang kepercayaan terhadap seorang lelaki. Ryqal yang sentiasa Berjaya mengusik naluri kewanitaannya. Sungguh, dia cintakan Ryqal. Alya mengeratkan pelukannya dengan mata terpejam. Dunia terasa indah ditemani suara Ryqal dan Alya tenggelam dalam lenanya.
               Alya mencelikkan matanya semula. Di raba kawasan sebelah katilnya,kosong. Sinaran lampu menyilaukan pandangan matanya membuatkan Alya terpejam kembali. Kepalanya terasa berpinar. Saat dia mahu memicit kepalanya,ada sekeping gambar jatuh mengenai muka. Lantas dia mencapai dan direnungnya gambar itu. Alya tersenyum kecil sebelum dia tergelak menggelengkan kepala. Gambar Ryqal bersamanya tersenyum bahagia saat bercuti di Australia. Rindu sampai termimpi-mimpi Ryqal datang membelai dan bernyanyi untuk dirinya seorang.Alya menyambung lenanya semula dengan harapan bayangan Ryqal datang kembali menemani.


               “You owe us a lot of an explaination Ryqal.” Tegas suara Tasha menarik tangan Ryqal yang ditemuinya keluar dari bilik tidur Alya. Bukan itu yang mengejutkan, tapi keadaan Ryqal yang normal! Tiada watak Eqal langsung saat dia mencuri dengar perbualan Ryqal dan Alya sebentar tadi. Ryqal pula sudah pucat lesi bila terpandangkan Tasha yang sudah berdiri tegak memeluk tubuh di luar bilik. Arghhh aku tak patut turutkan hati datang bilik Alya! Getus hati Ryqal menyalahkan dirinya. Sekarang penjelasan bagaimana harus dilemparkan pada Tasha? Bersediakah dia?

Friday, October 7, 2016

Jangan Banyak Songeh 15



Bagaikan pesalah yang sedang menunggu hukuman seterusnya, Alya berdiri tegak di hadapan Dato Adri yang sedari tadi mengeluh di kerusi malasnya. Hanya mereka berdua di dalam bilik itu. Si Gemuk yang sedang elok baring di kaki Alya sesekali menggeselkan kepalanya minta dibelai. Sedari dia sampai tadi jiwanya berkocak mahu melihat Ryqal dan Tasha di bilik, namun Puan Iman lebih pantas menariknya untuk pergi berjumpa Dato Adri yang menunggu. ‘Papa kamu tengah jadi singa lapar tu, pergilah jumpa dia dulu.’ Alya terpaksa akur.
“Alya, how many times should I face same things again and again?” Dato Adri memulakan bicara. Pelipisnya sesekali di urut mengenangkan masalah yang sedang terjadi.
“Err..maksud papa?” Alya tak mengerti. Renungan tajam Dato Adri membuatnya tertunduk merenung lantai.
“Alya, jangan buat-buat tak faham.. haritu cermin kereta papa pecah dek Ryqal. Tak lama lepas tu akuarium ikan yang Pak Ngah kamu hadiahkan pun pecah. Belum habis terkejut lagi, pasu bunga dari China mama kamu pun terkorban. Hah itu nasib mama kamu, ni papa kena lagi. TV! Lusa tulat apa lagi Alya…adoiii..” keluh Dato Adri memegang kepalanya. Silap haribulan bankrupt dibuatnya. Alya menekur lantai mendengarnya.
“Why on this earth papa yang kena. Kenapalah orang cipta kaca tu. Haih..” sambung Dato Adri lagi. Alya menahan gelaknya. Geli hati pula mendengarkan keluhan Dato Adri itu.
“It was an excident kan pa. janganlah macam ni. Ryqal bukan sengaja pun. Papa pun tahu dia tak sihat macam kita..” pujuk Alya.
“An excident?? Kadang papa rasa macam kena sakat dengan menantu sendiri tahu tak?”. Berderai tawa Alya akhirnya mendengarkan statement Dato Adri. Dia kembali serius bila Dato Adri hanya berdiam merenungnya.
“Apa papa merepek ni. Pa Qal tu fikiran dia tak macam kita ni. Ada pulak ke situ. Takkanlah dia nak berdendam dengan papa. For what? Kalau ye pun since dari kami kahwin dia dah kenakan papa tau.”
“Oh jadi Al sokonglah kalau Ryqal kenakan papa since dia masuk keluarga ni?” duga Dato Adri.
“Astagfirullahalazim papa. Bukan itu maksud Alya. Al Cuma nak cakap Ryqal tak pernah ada niat macam tu Papa. Tolonglah faham dengan keadaan dia, keadaan kami.” Luah Alya. Dato Adri mengeluh buat kesekian kalinya.
“Papa cuba faham Alya. Alya cubalah pulak faham keadaan papa.” Ulas Dato Adri dibalas kerutan di dahi Alya. Dia cuba mentafsir maksud kata-kata ayahnya.
“Apa maksud papa ni. Hanya sebab barang-barang papa rosak, so papa tak benarkan Ryqal datang sini lagi? Macam tu? Seriously Papa?”
“Alya look at him. Bila buas, bila nak membentak ada saja benda yang rosak or kejadian yang tak diigini berlaku. Haritu di tolak pula Atirah sampai adik awak tu jatuh dari tangga. Nasib baik Tirah ok lagi.” Jelas Dato Adri mengingatkan kembali insiden yang hampir-hampir membuat Tirah cedera.
“Pa itu salah Tirah sendiri. You know anak papa tu kuat sakat orang. Ive warned her but she’s not listening. Samalah macam harini. Dari Tirah jugak datangnya masalah kan?”
“Al..”
“Al tau papa Ryqal tu buas. Tapi still kita boleh control if kena caranya. Ini belum apa-apa dah surrender and judge Ryqal sampai macam tu sekali.” pintas Alya memotong bicara Dato Adri. Hatinya terasa sakit pula bila ayahnya sendiri melabel Ryqal dengan ‘buas’. Excuse me he’s still a human. Not an animal.
Dato Adri melepaskan keluhan berat bila melihatkan Alya sudah memeluk tubuh memandangnya dingin.
“Ikut Alya nak fikir apa and cakap apa. Papa tau dah kalau cakap dengan Al, memang ada saja nak dibidas.”
“Bukan bidas nak tegakkan benang yang basah Papa. Alya cakap benda yang betul. Papa nak Alya faham papa macam mana lagi.” Keluh Alya.
“Papa Cuma risaukan keadaan kamu Alya. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kamu tu tengah sarat mengandung.” Tegas Dato Adri. Alya tersenyum sinis.
“Dah berbulan papa Al duduk dengan Ryqal. Still harini Al can stand up dengan sihatnya Alhamdulillah depan papa kan? Taka da pun Ryqal naik tangan dekat Alya papa. Habis, papa nak macam mana? Pisahkan Alya dengan Ryqal? Macam tu?” duga Alya. Dato Adri bungkam kehilangan kata-kata.
“Yes Alya tengah pregnant and terima kasih sebab risaukan kandungan Al sekali, tapi papa sedar tak anak dalam ni anak kepada menantu papa yang papa kata buas tu? Apa perasaan Alya kalau berjauhan dengan Ryqal? Apa perasaan budak dalam ni kalau dia tahu yang atok dia pernah nak pisahkan ibu ayah dia? Alya isteri Ryqal papa. No matter how he is, tempat Alya masih disisi Ryqal..”
“Al cubalah faham papa risaukan Alya. That’s all!” suara Dato Adri naik seoktaf. Sedar akan ketelanjurannya, lantas Dato Adri meraup kasar wajahnya.
“Pa kadang-kadang Alya pun tak kuat berhadapan dengan Ryqal. But at least let me know yang family Alya semua ada belakang Alya waktu Al rasa nak jatuh tersembam ke bumi..” tukas Alya sayu lantas dia berlalu keluar dari bilik Dato Adri, meninggalkan lelaki tua itu sendirian memikir semula kata-katanya.
Alya cepat-cepat mengesat air matanya. Takut diketahui Puan Iman dan Mama Sal tentang pertelagahan antara dia dan Datu Adri sebentar tadi. Biarlah hanya dia saja yang tahu. Nanti apa pula kata Mama Sal. Pasti terasa sedih seolah kehadiran dia dan anaknya membebankan rumah ini. Entah mengapa dengan pemikiran Dato Adri. Dia hendak difahami tapi perasaan anaknya sendiri tak mahu di mengerti. Tahukah dia yang Alya sendiri tersepit tiap kali berlaku perkara sebegini?
Alya menarik nafas panjang saat tiba di muka pintu bilik dia dan Ryqal. Pintu yang terbuka sedikit di jengah tanpa memberi salam. Kedengaran suara Tasha memujuk lembut Ryqal. Kelihatan Ryqal duduk membelakanginya di birai katil bersebelahan dengan Tasha. Lelaki itu diam menekur lantai. Alya mengigit bibir bila tangan Tasha mengusap lembut bahu suaminya.
“Alya?” tegur satu suara memeranjatkan Alya. Alya menoleh dengan senyuman saat wajah Mama Sal menerpa di belakangnya. Tasha dan Ryqal juga menoleh bila terdengar suara Mama Sal. Lantas Tasha bangun mendekati mereka.
“Al dah makan nak?” soal Mama Sal. Jam sudah pun menunjukkan hampir tiba waktu maghrib. Alya menggeleng. Dia memandang nasi goreng di tangan Mama Sal. Pasti untuk Ryqal, belum sempat dia mahu berkata-kata, Tasha sudah mencapai dulang tersebut.
“Biar saya try lagi sekali mama” ujar Tasha yang sudah biasa membahasakan Mama Sal sebagai mama sejak dari berkenalan dengan Ryqal. Terkebil-kebil Alya memandang Tasha yang sudah berlalu. Serba-salah Mama Sal dibuatnya bila melihat pandangan tersirat Alya terhadap Tasha.
“Alya pergi makan dulu lah ye? Mama kamu pun ada dekat dapur tu tengah makan.” Ujar Mama Sal. Alya diam tak berkutik masih lagi leka memerhati Tasha yang gigih memujuk Ryqal. Dia mengusap lembut bahu Alya membuatkan wanita itu tersedar dari lamunannya. Laju saja Alya masuk ke dalam bilik menuju kea rah Tasha dan Ryqal. Berdebar Mama Sal dibuatnya. Diperhati saja gelagat mereka bertiga di balik pintu secara senyap-senyap.
Tasha sedikit terkejut dengan kehadiran Alya secara tiba-tiba di hadapannya. Alya sekadar memaniskan muka. Tangan Tasha yang elok mendarat di bahu Ryqal di alih manakala pinggan nasi goreng di ambil.
“Its ok biar I pulak yang pujuk.” Ujar Alya lantas menyelit duduk di tengah-tengah antara Tasha dan Ryqal membuatkan Tasha terpaksa berganjak sedikit ke tepi. Berkerut mukanya saat itu. Peduli apa Alya.
“Eqal..kenapa ni? Eqal tak lapar ke sayang?” pujuk Alya lembut. Sengaja dia memanggil sayang di hadapan Tasha. Diam. Masih tiada balasan dari Ryqal.
“Jom makan dengan Kak Ya? Yan pun belum makan lagi ni..kesian kitorang.” Alya tak berputus asa. Taktik Yan digunakan.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
Hampa. Alya terkulat-kulat di situ mengusap lengan Ryqal. Tasha yang setia disebelah di toleh sekilas. Menyebok pulak dekat sini.
“Eqal kata Eqal sayang Kak Ya dengan Yan. Janganlah macam ni, jom makan? Kak Ya suapkan. Kita makan sama-sama.” Alya menyentuh tangan Ryqal yang memicit-micit patung doraemon kesukaannya. Pantas Ryqal menggeleng dan menepis. Terkesima sebentar Alya.
“Err, takpelah Alya, you pergi makan dulu. Tak elok untuk baby dalam perut tu kalau dibiarkan kosong.” Sampuk Tasha juga terkejut dengan tepisan Ryqal. Alya diam membisu. Dia berkeras mahu memujuk Ryqal. Tangan lelaki itu sekali lagi disentuh.
“Jomla Eqal teman kakak makan. Nanti kakak belikan ais krim sekali nak?”
“Tak nak.” Balas Ryqal sepatah. Turut menepis semula tangan Alya. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Alya. Alya masih tak mahu berputus asa. Dia mendekat semula pada Ryqal.
“Eqal dah janji nak dengar cakap Kak Ya dengan Yan. So tak mau la degil macam ni. Makan jom.” Tukas Alya. Belum sempat tangannya mendarat pada lengan Ryqal, lelaki itu terlebih dahulu menepis hinggakan nasi goreng tertumpah sedikit di baju Alya. Alya mendengus geram sambil mengutip butiran nasi yang berterabur.
“Al..Ryqal need time tu..dont push him.” Tukas Tasha sambil menyambut pinggan di tangan Alya.
“Eqal ni cuba sekali sekala ikut cakap Kak Ya jangan melawan, merajuk macam ni. Sehari tak susahkan hati Kak Ya tak boleh ke Eqal?” luah Alya sesal sambil membersihkan bajunya dengan tisu. Di tunggulkan saja Tasha disebelahnya bila wanita itu sudah menyentuh lengannya kerana kata-katanya. Ryqal mendengus kasar mendengarkannya. Dia menambahkan jarak antara dia dan Alya.
“Merajuk. Merajuk. Tu je yang Eqal tau kan?”
“Al..” panggil Tasha. Alya berdecit geram.
“Tak nak makan sangat, tak payah makan. Biar lapar sampai esok.” Ugut Alya.
“Tak nak makan dengan Kak ya. Nak makan dengan Kak Sha je. Nanti Eqal susahkan Kak Ya lagi.” Balas Ryqal dingin. Dia tahu dia sudah menyusahkan semua orang termasuk Alya. Dia merajuk bukan apa. Dia terasa hati bila Dato Adri menengkingnya siang tadi. ‘Tak sudah susahkan orang!’. Kini Alya pula berkata begitu. Dia harap dipujuk, namun diberi perasaan sebegitu oleh Kak Ya kesayangannya sendiri. Alya mengeluh berat.
“Eqal..” Alya mengendurkan semula suaranya. Dia menarik semula tangannya bila Ryqal sudah menjelingnya tajam.
“Eqal kata tak nak tak naklah. Kakak tak faham ke?” ujar Ryqal menyentap hati Alya. Bergenang matanya melihatkan Ryqal begitu. Dia sentiasa kalah dengan Tasha kan?
“Fine Eqal, buatlah apa nak buat ok..?” tukas Alya melembutkan nadanya. Dia bingkas bangun beredar. Tak dihiraukan bila Tasha memanggilnya. Enggan wanita itu melihat air mata yang sudah mengalir dari tubir matanya.


Tasha mengeluh. Dia menghampiri Ryqal. Laju saja lelaki itu duduk menghadapnya. Dilihatnya Ryqal menjeling sekilas Alya yang berlalu pergi sebelum dia memandang semula Tasha dan nasi goreng di tangannya.
“Lapar.” Ujar Ryqal pendek. Lantas Tasha menyuap nasi goreng di tangannya sambil tersenyum.
“Eqal tak baik tau buat Kak Ya macam tu.” Pujuk Tasha. Ryqal diam tidak membalas. Hanya diam menikmati hidangannya. Terlalu lapar agaknya fikir Tasha.
“Nanti pujuk balik Kak Ya ok?” sambung Tasha lagi. Ryqal masih diam. Akhirnya Tasha membiarkan saja Ryqal begitu. Mungkin lelaki itu bukan dalam mood untuk berbual.
Ryqal membiarkan saja pertanyaan Tasha dibawa angina lalu. Dia sebenarnya masih memikirkan Alya. Tahu perbuatannya juga menyinggung perasaan wanita itu. Pujuk? Nantilah. Dia sendiri sedang terluka.

Usai saja Isyak, Alya berura mahu naik ke bilik Ryqal namun langkahnya terhenti bila bertembung dengan Puan Iman di tangga.
“Ryqal masih dalam bilik ke mama?” soal Alya dibalas anggukkan dari Puan Iman.
“Tasha?” soal Alya lagi.
“Ada dalam bilik tu temankan Ryqal. Kesian mama tengok Tasha tu macam kena paksa teman. Bila dia nak balik, Ryqal tak bagi. Sampai tertidur-tidur Tasha dibuatnya.” Jelas Puan Iman. Alya menahan rasa.
“Alya naik tengok dia kejaplah.” Lantas bergegas naik menuju ke bilik. Pintu yang terbuka menyenangkan kerjanya untuk masuk tanpa suara. Dilihatnya Ryqal sudah tertidur. Paling menyebalkan bila lelaki itu lena diulit mimpi di pangkuan Tasha. Dia terkedu bila matanya menangkap mata Tasha yang terjaga dari tidur menyandar di kepala katil.
“alya?” tegur Tasha di balas senyuman kecil dari Alya. Lantas ALya masuk ke dalam bilik menuju ke almari. Dia mengambil lebihan bantal dan selimut sebelum menuju kepada Tasha. Di beri bantal tersebut pada Tasha untuk bersandar dengan lebih selesa.
“Eh Al, its ok la I rasa I dah boleh balik ni, Ryqal pun dah tidur..” ujar Tasha. Saat dia mahu bangun, tangannya digapai erat oleh tangan Ryqal. Terkejut Tasha, manakala Alya pula makin terasa hati.
“Kakak nak pergi mana. Eqal tak nak tidur sorang.” Tukas Ryqal dengan nada suara serak basah. Matanya hanya dicelikkan separuh memandang wajah Tasha.
“Takpelah Tasha. Ikut je apa dia nak. Tak dapat kang merajuk lagi.” Perli Alya. Sengaja dia menekan perkataan merajuk itu.
“Al, u teman sekali kan?” soal Tasha. Alya menggeleng.

“Mama Sal teman u. I ada kerja nak buat so I tidur dekat bilik tamu. No worries. Goodnight.” Alya lantas mempamitkan diri. Tak sanggup rasanya mahu berlama disitu melihatkan adengan menyakitkan mata itu. 
Sewaktu dia menunggu kehadiran Mama Sal diluar pintu, sempat matanya menangkap aksi Tasha mengusap rambut Ryqal seakan mendodoikan lelaki itu. Seharusnya tempat Tasha itu dia yang berada disitu menemani Ryqal. Alya mengetap bibir bila adengan seterusnya dilihat Tasha menangkap gambar selfie sementara Ryqal masih di pangkuannya. Saat itu juga Mama Sal tiba, cepat-cepat Alya beredar. Dia geram. Marah. Tapi dia sendiri tak pasti pada siapa!



Ryqal yang setia memejam mata mula mengeluh perlahan. Entah kenapa hatinya juga sakit mengenangkan Alya semudahnya berputus asa kini. Adakah Alya akan meninggalkannya kelak bila kata bosan sudah wujud dalam kamus hidup wanita itu? Ryqal terasa rindu. Rindu yang amat mengilukan hati lelakinya tika ini.