gLutamic aCid

Saturday, October 8, 2016

Jangan Banyak Songeh 16



Alya menelan liur. Matanya masih terpejam rapat menandakan lena yang masih merantai diri. Sesekali dia menepis gangguan yang mengusik wajahnya. Tak lama kemudian berkerut wajahnya bila hidungnya menangkap bau haruman yang menusuk hidungnya tika itu. Dia kenal dengan bauan ini.
“Alya..” panggil satu suara. Masih belum mampu membuat Alya membuka kelopak matanya yang terasa begitu berat bukan kerna menghadap kertas kerja seharian, tapi juga diperah-perah air mata dek kerana emosi yang begitu menganggu hari ini.
“Sayang..” panggil suara itu lagi. Kali ini disertai dengan belaian lembut di pipinya. Bergerak-gerak bebola mata Alya di balik kelopak. Dia menggerakkan sedikit kepalanya pabila terasa dahinya di kucup.
“Ermm..” Alya membuka matanya perlahan-lahan. Samar-samar wajah seorang lelaki berada dekat dengan wajahnya kini hingga terasa nafas hangat lelaki itu menampar wajahnya. Alya menutup semula matanya sebelum dia mencelikkannya kembali untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Segaris senyuman menyapa pandangannya kini.
“Eqal?” soal Alya dengan suara serak basahnya. Tekaknya terasa perit. Dia cuba bangun namun pantas di halang oleh tubuh Ryqal yang memeluknya erat. Tak berdaya mahu melawan, Alya membiarkan saja. Apatah lagi dia terasa masih mamai dan matanya masih memberat. Terkebil-kebil dia menatap wajah Ryqal ketika itu yang ralit merenungnya sambil tangan lelaki itu mengusap-usap wajah Alya.
“Eqal bu…”
“Shhh…” bicara Alya termati saat bibirnya disentuh jari Ryqal. Lembut sentuhannya membuatkan Alya terleka sebentar. Dia mencapai lengan Ryqal lalu diusap lembut.
“Abang rindu sayang..” luah Ryqal. “Rindu sangat-sangat..” sambungnya lagi tatkala Alya merasakan hangat hembusan nafas Ryqal di lehernya. Dia menggeliat kegelian bila terasa kucupan Ryqal disitu.
“Abang?” panggil Alya cuba menghentikan ciuman Ryqal yang sudah menjalar. Ditarik wajah itu agar bertentangan dengan wajahnya.
“Alya tak rindu abang?” soal Ryqal bila Alya dilihatnya berkerut-kerut memandang ke arahnya. Terkebil-kebil Alya mendengarkan pertanyaan itu. Dia mahu bertanya lebih lanjut namun pantas saja bibirnya di pagut bibir Ryqal. Alya kelemasan. Tenggelam dek belaian Ryqal yang juga dirinduinya. Tangan Alya spontan memaut leher Ryqal menarik lelaki itu lebih rapat. Tak sampai beberapa minit, Ryqal sudah meleraikan ciumannya. Tercungap-cungap keduanya mencari nafas yang hilang. Mata Alya yang kuyu direnungnya lama sebelum bibirnya dijatuhkan disitu.
“Abang rindu sayang, sayang rindu abang tak?” soal Ryqal lagi menerjah pendengaran Alya. Alya mengangguk laju. Wajah Ryqal diusapnya penuh rindu. Tak terluah rasa bebanan rindu yang semakin sarat di dadanya selama ini.
“Alya rindu abang sangat-sangat. Abang pergi mana?” sayu pertanyaan itu di pendengaran Ryqal. Ryqal mengukirkan senyuman manis buat isterinya.
“Abang tak pergi mana-mana sayang. Sentiasa ada dekat sisi Alya..” ujar Ryqal. Dahinya dirapatkan ke dahi Alya yang masih merenungnya.
“Tak ada pun..mana abang..puas Alya tunggu abang..”
“Sini.. dalam hati sayang.” Ryqal meluruskan jari telunjuknya ke dada Alya meletuskan tawa kecil dibibir wanita itu. Lantas Alya mengenggam tangan Ryqal lalu dibawa ke pipinya.
“Abang dah balik. Abang jangan tinggalkan Alya lagi. Tau?” pinta Alya bersungguh memohon persetujuan Ryqal. Dia merengus geram bila Ryqal sekadar senyum dan terus-terusan merenung sambil mengusap wajahnya.
“Janjilah abang..” rengek Alya. Tubir matanya sudah mengalirkan air mata sebak. Lantas Ryqal mengesat air mata Alya lalu dicium mata isterinya.
“Alya pun mesti janji dengan abang, jangan pernah tinggalkan abang.”
Alya mengangguk. “Alya janji takkan tinggalkan abang walau apa sekalipun yang berlaku.”
Ryqal tersenyum lebar mendengarkannya.
“Walau apa pun yang berlaku?” duga Ryqal. Alya angguk lagi.
“Walau apa pun yang berlaku.” Dia mengulang semula.
“Walau maut menjemput abang sekalipun?” duga Ryqal kali ini membuatkan Alya terkedu.
“abang..janganlah cakap macam tu..” Berderai air mata Alya. Terasa murah air matanya bila melibatkan soal Ryqal. Demi Allah dalam hatinya hanya ada Ryqal. Bukan Idzham. Bukan lelaki lain. Dia tak nak lelaki lain. Dia hanya mahukan Ryqal!
Ryqal tergelak kecil melihatkan Alya yang cengeng. Lantas dia memeluk erat isterinya. Diusap lembut kepala itu memujuk.
“Abang janganlah tinggalkan Alya lagi..” Alya mengongoi di dada Ryqal.
“Ya sayang..abang tak tinggalkan sayang. Cengeng betul isteri abang ni sekarang. Bukan dulu jual mahal ke. 24 jam garang macam singa. Sekarang apa dah jadi ni hmm?” Alya diam tidak menjawab. Dadanya Ryqal di tumbuknya geram membuatkan Ryqal mengaduh kecil. Mereka diam sejenak.
“Alya..” panggil Ryqal lembut. Alya mendongakkan sedikit wajahnya mencari wajah Ryqal. Dia terpejam bila kucupan Ryqal singgah didahinya.
“Abang sayangkan sayang, cintakan sayang sepenuh hati abang. Abang nak Alya simpan tu sampai bila-bila. Boleh?”
“Mestilah boleh..Alya pun cintakan abang sampai bila-bila.” Balas Alya mempamerkan senyuman manis. Dia melekapkan telinganya pada dada Ryqal, mendengar degupan jantung Ryqal sambil melelapkan matanya yang mula terasa pedih.
“Tidurlah sayang..” ujar Ryqal membelai rambut lurus Alya manakala tangannya sebelah lagi dilekapkan pada perut Alya yang kini dihuni benih cinta dia dengan wanita paling dia cintai.
“Tak nak..” perlahan suara Alya membalas. Matanya masih terpejam.
“Kenapa tak nak?”
“Nanti abang lari lagi tinggalkan Alya..” tukas Alya lantas mengeratkan lagi pelukannya. Ryqal tergelak kecil. Isterinya benar-benar angau dengan dirinya kini.
“Tak..abang ada je sini..tidurlah..” Alya menggeleng. Ryqal mengeluh perlahan. Suasana sepi seketika sebelum Alya berdehem.
“Abang..” panggil Alya.
“Ya sayang..” tersenyum kecil Alya mendengarkan suara romantic Ryqal memanggilnya sayang. Dia suka. Dia rindu panggilan itu.
“Kalau Alya jadi bulan, abang jadi apa?”
“Abang jadi manusialah tengok je Alya dari jauh..”
“Ishh! Betul-betullah abang. Tak sayangkan Alya ke?” protes ALya disertai cubitan kecil di perut suaminya.
“Ok ok..kalau Alya bulan, mestilah abang pungguknya..”
“Kenapa pungguk? Kenapa tak bintang? Bintangkan boleh temankan bulan?” soal Alya bertalu-talu.
“Sebab pungguk kan sentiasa rindukan bulan..” Alya tersengih kecil mendengarkan jawapan Ryqal.
“Kalau Alya jadi kucing?”
“Abanglah tempat beraknya. So abang diperlukan setiap hari. Ok tak? Aduhh!” Ryqal menjerit kecil bila cubitan ALya hinggap lagi diperutnya.
“Senonoh sikit boleh tak abang. Spoil mood romantic betul.” Getus Alya tidak berpuas hati.
“Sejak bila isteri abang dah pandai romantic-romantik ni? Hmm?” Ryqal menarik dagu Alya ingin melihat wajahnya isterinya. Pasti sudah merona merah. Namun laju saja ALya menarik kembali menyorokkan di dada Ryqal.
“Kalau Alya jadi kucing, abanglah tikusnya. Boleh lah Alya kejar abang hari-hari..”
“Nanti Al makan abang.”
“Demi isteri abang, kena cubit pun rela, inikan makan.”seloroh Ryqal tergelak mendengarkan statement sendiri. Alya dilihatnya diam sahaja. Baru dia ingin bangun, dia bersandar semula bila Alya sudah bersuara.
“Kalau Alya jadi Alya..?”
Berkerut kening Ryqal mendengarkannya. Dia tersenyum membalas.
“Kalau Alya jadi Alya..abanglah Ryqal nya..”
“Sebab?” soal Alya lagi.
“sebab hanya Ryqal yang boleh cintakan Alya sepenuh hati..” Alya tersenyum malu dengan jawapan Ryqal. Berbunga-bunga hatinya dirasakan ketika ini. Dia menguap kecil.
“Abang..” panggil Alya lagi.
“Iya sayang..” penuh sabar Ryqal menjawab.
“Nyanyilah..Alya rindu nak dengar suara abang.” Pinta Alya manja.
“Nyanyi? Lagu apa ye..hmmm ok dapat dah lagu. Sedia ok?”
“Tak nak twinkle twinkle little star. Siap abang.” Potong Alya membuatkan Ryqal sudah tergelak. Heish tahu-tahu saja dia.
“Ok..lagu khas ni ditujukan untuk sayang. Tiap kali abang dengar, abang teringatkan sayang..simpan elok-elok dalam hati lagu ni.” Pinta Ryqal dibalas anggukan Alya. Dia berdehem kecil sebelum memulakan nyanyian.
Aku ingin kau tahu
Perasaan hatiku
Tanpamu di sisi
Hidup seakan mati

Sesak nafasku ini
Bagai tiada udara
Gelap segala-galanya

Aku tak berdaya
Untuk melangkah
Mengharunginya

Hidupku
Bagai tak bermaya
Tanpa cintamu
               Ya dia sendiri tak berdaya meneruskan langkah tanpa Ryqal disisinya. Ryqal yang mengajar dia erti menerima kekurangan apa adanya. Ryqal yang memberi erti mencintai selepas dia hilang kepercayaan terhadap seorang lelaki. Ryqal yang sentiasa Berjaya mengusik naluri kewanitaannya. Sungguh, dia cintakan Ryqal. Alya mengeratkan pelukannya dengan mata terpejam. Dunia terasa indah ditemani suara Ryqal dan Alya tenggelam dalam lenanya.
               Alya mencelikkan matanya semula. Di raba kawasan sebelah katilnya,kosong. Sinaran lampu menyilaukan pandangan matanya membuatkan Alya terpejam kembali. Kepalanya terasa berpinar. Saat dia mahu memicit kepalanya,ada sekeping gambar jatuh mengenai muka. Lantas dia mencapai dan direnungnya gambar itu. Alya tersenyum kecil sebelum dia tergelak menggelengkan kepala. Gambar Ryqal bersamanya tersenyum bahagia saat bercuti di Australia. Rindu sampai termimpi-mimpi Ryqal datang membelai dan bernyanyi untuk dirinya seorang.Alya menyambung lenanya semula dengan harapan bayangan Ryqal datang kembali menemani.


               “You owe us a lot of an explaination Ryqal.” Tegas suara Tasha menarik tangan Ryqal yang ditemuinya keluar dari bilik tidur Alya. Bukan itu yang mengejutkan, tapi keadaan Ryqal yang normal! Tiada watak Eqal langsung saat dia mencuri dengar perbualan Ryqal dan Alya sebentar tadi. Ryqal pula sudah pucat lesi bila terpandangkan Tasha yang sudah berdiri tegak memeluk tubuh di luar bilik. Arghhh aku tak patut turutkan hati datang bilik Alya! Getus hati Ryqal menyalahkan dirinya. Sekarang penjelasan bagaimana harus dilemparkan pada Tasha? Bersediakah dia?

No comments: