Malam semakin larut. kegelapan malam semakin merajai sekeliling alam. Kelihatan seorang gadis ayik sekali menghayati suasana malam di balkoni. Matanya tak lepas merenung langit malam,mencari bintang yang entahkan muncul,entahkan tidak. kelam sungguh malam ini,seperti hatinya yang kelam tanpa sinar.
huh...Suhani mengeluh. Bebanan di kepalanya bertambah sarat dari hari ke hari. sebab itulah matanya juga sukar mahu di lelapkan. Suhani panggung kepala. Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh keluar dari pintu banglonya. Dia diam memerhati seketika. Ingin melihat dengan jelas siapakah gerangan lelaki yang keluar itu. Selangkah,dua langkah,tiga langkah.. Suhani tersentak. Dia kenal lelaki itu. Wajahnya jelas sayu dan murung. Matanya saja menggambarkan derita dalam hatinya. Suhani merenung lelaki itu yang kini duduk di buaian membelakangkannya. Dia rindu,tapi tak terluah. Batinnya menjerit mengakui cinta yang berputik hanya untuk lelaki itu,tapi realiti menghalang segalanya. 'Raziq...'spontan bibir Suhani menyebut nama lelaki itu. Perlahan namun mampu mengusik tangkai hati lelaki yang sedang mengelamun itu. Dia terasa seperti di panggil,lantas kepalanya di pusing,mencari-cari suara yang berbisik memanggil namanya. Tatkala itu jga matanya bertembung dengan mata Suhani. Suhani kaku. Ingin senyum tapi mulutnya bagaikan lumpuh saat ini. Jantungnya berdegup hebat. Dia ingin melarikan pandangannya,tapi semuanya bagaikan di kunci. Raziq leka merenung wajah gadis itu. Sungguh indah pertama kali menatapnya tanpa tudung di kepala. Ah,bukan dia sengaja. mungkin rezekinya malam ini. Raziq tersenyum mendengar bisik hatinya yang nakal. Kalaulah dia mampu miliki keindahan itu buat selamanya? 'Abg sayangkan Hani..dapatkah kau mendengarnya?'gema hati lelaki Raziq. Dia tahu gadis itu sedang tak keruan. Dia tahu gadis itu juga sepertinya. kalau tidak,masakan sudah lewat malam,bukan malam lagi,malah hampir pagi,gadis itu tidak tidur. takkanlah pontianak pula yang bertenggek di balkoni bilik itu? Suhani tersedar bila handsetnya berbunyi,menandakan ada mesej masuk. Pantas dia beredar meninggalkan balkoni. pintu sliding di tutup rapat,begitu juga dengan langsir. Dia bersandar sebentar,melepaskan keluhan berat. Tangan yang di letakkan di dadanya jelas menangkap bunyi degupan jantung yang pantas. setelah reda sedikit,dia melangkah ke katil. Tubuhnya di rebahkan,matanya di pejam. Tidak di hiraukan mesej yang baru masuk. Dia ingin segera melenakan diri. berharap agar esoknya akan jadi lebih baik,seperti sebelum dia jatuh hati dengan lelaki tadi. Lelaki yang merupakan sepupunya sendiri! Raziq mengeluh. Suhani sengaja melarikan diri darinya. Sudah lama dia tidak bertegur dengan gadis yang di pujanya itu. Dia rindu dengan gelak tawanya,senyumannya,usikannya. Tak lupa juga dengan loyar buruk gadis itu. 'Abg rindu Hani,rindu..kenapa kita mesti terseksa begini? Kenapa kita tak berpeluang untuk ikatan cinta macam orang lain??'gumam hati Raziq. | |
gLutamic aCid
Saturday, April 17, 2010
Chapter 1 (Biarlah Berlalu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment