gLutamic aCid

Saturday, April 2, 2011

Biarlah Berlalu 19

Raziq termenung di meja kerjanya. Suasana sepi mencengkam seluruh ruang pejabat miliknya sedari pagi tadi. Kertas-kertas kerja semuanya di tolak tepi. Mesyuarat semua di tunda. Malas. Fikirannya juga bukan untuk kerja ketika ini. Sesak benar dengan masalah peribadinya.
‘Apa yang aku dah buat? Kenapa aku buat Suhani macam tu? Setan!’ Raziq menghentak mejanya. Kesakitan yang menjalar di tangannya tak standing dengan hatinya. Jiwanya benar-benar memberontak.
‘Ya Allah..’Raziq memegang kepalanya kejap.
Tiba-tiba deringan nokia N-series mematikan lamunannya. Raziq mengeluh. Lama di biarkan handsetnya itu menjerit-jerit. Masuk kali ke 3 baru dia menjawab panggilan itu tanpa melihat skrinnya. Sedia maklum,pasti itu Dato Rahim,bapanya.
“Yes abah..”jawab Raziq malas. Diam sebentar. Sesekali terdengar keluhannya terbit dari bibirnya. Dia mengurut-ngurut pangkal hidungnya. Beberapa minit kemudian talian di matikan. Terus handsetnya di offkan. Dia bingkas bangun,mencapai kunci keretanya lalu kelaur dari pejabat itu.
“err..En.Raziq nak kemana?” tegur Rozita,setiausahanya. Langkah Raziq terhenti. Dia berfikir sejenak.
“Kalau Dato Tanya pasal saya,cakap saya ada hal nak uruskan.”ujar Raziq. Rozita pelik.
“Hal apa En.Raziq? setahu saya mesyuarat semua En.Raziq dah tundakan.”Rozita gentar juga kalau-kalau dia terlepas apa-apa maklumat yang patut di catit sebagai seorang setiausaha. Lagi-lagi bila terbayang wajah Dato Rahim yang tegas kalau bertanyakan hal anaknya sorang ni. Dua-dua sebijik macam singa nak telan orang!
“Cakap je macam yang saya suruh. Jangan banyak soal.”Raziq mula melangkah.
“Tapi En.Raziq…”
“Mind your business Ita!”jerkah Raziq menyentakkan semua pekerja di situ. Rozita terdiam terus. Kecut jantungnya mendengarkan suara majikannya itu bagaikan halilintar yang bukan lagi nak belah bumi,tapi belah diri dia ni!
**********************************************************************************
Raziq meneruskan pemanduannya setelah singgah di stesen minyak. Dia sendiri tak pasti kemana arah tujuannya. Dia membelok,memecut ikut suka hatinya. Entah kenapa,tiap kali muncul wajah Suhani di mindanya,pasti makin galak dia menekan minyak. Kecewa. Ya. Dia kecewa dengan perbuatannya semalam. Pagi tadi pun ketika dia bangun,Suhani sudah tiada di sebelahnya. Bila dia pergi ke bilik Suhani,tombol pintu berkunci. Ikutkan hati dia mahu ketuk,tapi rasa bersalahnya menghalang dia dari berbuat demikian.
‘Ya Allah..aku benar-benar dalam kesesatan kini..aku memerlukan-Mu Ya Allah..aku benar-benar memerlukan bantuan-Mu. Tunjukkan aku kebenarannya. Tunjukkan aku apa yang sebenarnya terjadi. Usirkanlah segala kekaburan ini Ya Allah…’hati Raziq bergema.
Raziq berhenti di sebuah restoran. Dia diam sejenak di dalam kereta. Pandangannya kosong,memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar situ. Baru dia perasan,dia langsung lupa memakai cermin matanya. Mujur saja rabunnya tidak teruk,masih lagi boleh memandu tanpa cermin matanya. Raziq mengyelongkar ruang dashboradnya yang penuh dengan surat-surat. Tiba-tiba matanya tertacap pada sekeping surat yang tampak bukan formal seperti surat-surat milik syarikatnya. Laju saja tangannya mencapai surat itu. Cermin matanya ingin di sarung,namun kesakitan yang tiba-tiba menjalar di kepalanya membuatkan dia terhenti pergerakannya seketika.
Entah kenapa,bayangan wajah seorang gadis muncul di mindanya. Yang pasti itu bukan Suhani. Itukan..Farhana? arghhhh!! Raziq memegang kepalanya. Sakit!
kalau awak pakai cermin mata,mesti lagi hensem!’ dada Raziq sesak.
‘ awak baik sangat. Even saya acting macam budak kecik,awak tak penat nak layan saya kan?’
‘awak selalu ada untuk dengar masalah saya..’ Ya Allah..gema hati Raziq. Kepalanya semakin menekan-nekan.
‘ kita adik dan abang je ke? Tak lebih dari itu? Tak terpikir nak lebih ke?’
‘saya sayang awak lebih dari seorang abang..!’
Raziq memejamkan matanya. Perit benar tekaknya tika ini. Bayangan wajah itu hilang. Lepas satu demi satu scene tiba-tiba bermain di ingatannya. Dadanya terasa sakit tiba-tiba. Bukan sakit jantung,tapi kesakitan yang sama bila dia sedar dia menyakiti Suhani.
Raziq mencari baying Suhani. Mencari memorinya dengan Suhani. Dia tahu,Allah bakal mengabulkan doanya. Tapi bukan ini yang di mahukan dulu. Dia mahukan memorinya dengan Suhani. Raziq menarik nafas panjang. Bibirnya menyebut nama Suhani. Tiba-tiba..
‘abang pun sebenarnya sayangkan ana lebih dari adik,dan kawan…’
‘kita kapel la ni?’…tersenyum..
Raziq membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Tanpa sedar,air matanya mengalir.
“kenapa mesti engkau yang datang dan pergi bawa cinta aku ana? Kenapa mesti saat aku mendapat cinta aku kembali bersama Suhani? “
Raziq mengeluh. Sedar memorinya kembali sedikit demi sedikit. Surat di tangannya di buka. Ada tulisan tangan yang sangat di kenalinya. Apatah menyakitkan lagi bila nama Farhana menghiasi ruang matanya yang menatap surat itu.
Enjin kereta di si start kembali. Dia nekad! Gadis itu harus di cari.
“Kau tunggu aku ana,apa yang kau nak sangat dari aku? Tak puas dengan balak baru kau tu?”Raziq membentak. Pontias G6 kini meluncur laju menyusuri keluar kawasan negeri Pahang.


Suhani duduk berteleku di sudut katilnya. Sedari pagi tadi,itu saja yang di lakukannya. Fikirannya kosong. Dia seperti mayat saja lagaknya. Bila Datin Roziah mengetuk pintu biliknya,di bagi saja alasan tidak sihat. Mindanya menerawang perlakuan Raziq semalam. Pada masa yang sama,dia teringat kembali pengakuan Farhana padanya dulu. Ketika dia mula-mula dapat tahu Raziq eksiden.
saya dengan dia dah lama bercinta Hani. Even jarak umur kami sangat beza,tapi cnta itu tak benarkan apa-apa pun membataskannya!”
“JAdi? Kau nak aku buat apa?”
“Lepaskan Raziq. Biarkan kami bahagia macam dulu.”
“Tapi aku isteri dia! Kau gila ke farhana? Dia cintakan aku! Dia dah lama lupakan kau tahu tak!”
“Kau pasti Hani?”
“Apa maksud kau ni ana?”
“Kalau dia benar-benar cintakan kau,kalau betul dia dah lama lupakan aku,,dia takkan sanggup susah payah datang jumpa aku bila aku call.”
“DiA rasa bertanggujawab sebagai seorang abang! Kau yang salah faham!”
“Atau rasa sayang yang masih berbaki sebab kami ni pernah kongsi kasih sayang?”
“Ana!”
“Kita tengok,memori dia dengan siapa yang benar-benar bertakhta di hati dia. Antara aku dengan engkau Hani. Aku takkan lepaskan Raziq.”
Suhani memejamkan matanya. Hatinya sakit mengingatinya. Luruh jiwanya bila mengingati segala memori Raziq dengan Farhana. Berlegar-legar diruang mindanya,bagaimana mereka berkasihan dulu. Suhani melihat tangannya lama.
Ingatkah Raziq pada genggaman tangan aku baru-baru ni? Dulu? Mampukah tangan aku saingi genggaman tangan mereka dulu? Agaknya dalam hati Raziq ada ke memori dia melihat wayang bersama dulu ketika mereka belum di ijabkabulkan? Atau hanya memori di panggung wayang bersama Farhana saja yang di ingatinya.?
‘abang bukan dah sentuh jasad hani,abang dah sentuh hati hani jugak abang…lepas ni memori abang dating balik. Pada siapa abang nak dambakan kasih? Siapa hani pada abang tika itu? Isteri? Atau sekadar penghibur tika lapang saja? Hani ni patung kea bang?? Hani sayangkan abang..’ gema hati Suhani.
Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Kesakitannya berulang kembali. Menjalar hingga ke kakinya. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Azabnya dia menahan derita kesakitannya tika ini. Tulang belakangnya turut terasa ngilu. Ya Allah…
Suhani bangkit dari katilnya. Dia mahu segera ke bilik air. Dia tahu,ada cecair pekat yang bakap mengalir seprti biasa. Namun begitu,kakinya terasa benar-benar lemah. Baru setapak dua,dia jatuh. Tangannya tak sempat berpaut pada meja,menyebabkan alas meja jatuh bersama pasu kaca. Berderai bunyinya menyentakkan Fikri dan Datin Roziah di ruang tamu. Bergegas mereka berlari menuju ke bilik Suhani. Tombol pintu di pulas. Berkunci! Mujur Mak Jah pantas membawa kunci pendua. Fikri gusar. Datin Roziah dan Mak Jah tak tentu arah di buatnya. Puas mereka memanggil nama Suhani,namun tiada sahutan. Saat pintu terbuka,mata mereka tertacap pada sekujur tubuh tertiarap di sisi meja,dengan darah pekat mengalir tak henti di celah kakinya.
“Suhani!!!!”
******************************************************
“janji dengan aku fikri! Jangan beritahu siapa-siapa!”tegas Suhani. Fikri sebersalah.
“tapi Hani,hal ni serius! Bila kau nak ambik operation ni? Nanti dah melarat macam mana?” ujar Fikri.
Suhani diam. Pandangannya di alihkan ke tempat lain. Dia tiada jawapan untuk persoalan itu. Yang pasti,dia mahu habiskan pengajiannya dulu. Dengan hal Raziq lagi,dia sendiri tak mah lelaki itu masuk campur lagi dengan hal dirinya.
“Raziq dah lama tak balik rumah.”keluh Fikri. Suhani senyap lagi.
“Kami call dia,dia Cuma kata dia ok. Tengah uruskan hal dekat somewhere. Berahsia sangat!”ujar Fikri lagi,cuba memancing perhatian Suhani. Senyap. Fikir mengeluh.
“Apa pun,kau pikirlah baik-baik kalau nak rahsiakan hal ni. Lagi-lagi dari Raziq. Diakan suami kau. Kau masuk hospital pun kau tak mahu dia tahu. Nasib aku dah coverkan depan mak.”ulas Fikri.
“Thanks.”sepatah jawapan yang meniti di bibir Suhani. Fikri merenung Suhani. Payahnya gadis ini menyimpan rahsia besar ini. Ya Allah..hebatnya dugaan-Mu padanya..
Suhani sebak. Ayat yang meluncur dari mulut Fikri tadi menyentuh tangkai hati wanitanya..
‘diakan suami kau..’
Suami? Tapi hatinya dekat wanita lain. Sibuk agaknya mengingatkn balik memori diorang,sampaikan tak balik-balik rumah! Mahu saja Suhani menghamburkan kata-kata ini bila Fikri mengadukan Raziq hilang. Tapi dia sedar,kedudukannya. Kelak..siapa saja dia pada kelaurga mewah ini..pasti Farhana bakal mengambil alih tempatnya. Hebat!
“oh,jawapan permohonan kau dah sampai. Ni..”Fikri menghulurkan sampul surat coklat kepada Suhani. Suhani membelek isi surat itu. Dia tersenyum kecil. Terima kasih YA Allah..
“tahniah..dapat jugak kau ek merasa study luar Negara!”Fikri cuba memeriahkan suasan yang sedari tadi tegang. Suhani dilihatnya sudah mula mahu tersenyum.
“Alhamdulillah…”
“Dekat mana..?” soal Fikri lagi. Suhani senyap sebentar,memikir.
“Tokyo.” Jawabnya sepatah.
“Mak aih! Kau ambik bahagian kos engineering ke?” Suhani tersenyum simpul.
“ape salahnye! Motor cabuk kau tu pun aku yang selalu repairkan dulu. Ceh!” komen Suhani. Mereka tergelak bersama. Bagaikan tiada apa masalah yang berlaku. Suhani memandang mata Fikri dalam. Mengharapkan satu lagi bantuan sepupunya yang paling rapat itu. Fikri menanti kata-kata yang bakal keluar.
“Tolong aku rahsiakan hal yang ni sekali. Sampai masa baru aku bagitahu mak..ok?” pinta SUhani meresahkan Fikri. Rahsia lagi! Aduh!
“Bila fly?”
“another 5 months..insyaAllah..”ulas Suhani.. nak tak nak Fikri terpaksa mengangguk. Aduhai Suhani!
Suhani tersenyum puas. Dalam hatinya bergema..
tunggu kedatangan aku UK..maafkan hani abang,..’
******************************************************************
Raziq menghempaskan tubuhnya kekatil milik dia dan Suhani. Lama juga dia menghilangkan dirinya. Masuk hari ini,sudah hampir 3 minggu dia tinggalkan rumah mewah ini. Dia kemana? Biarlah rahsia. Dia mencari. Mencari Farhana. Mencari kebenaran. Dia tak ketemu gadis itu. Tapi dia ketemu jawapan baru. Ingatannya menagih memori bersama SUhani yang tak muncul tiba. Namun hatinya menariknya mendekati Suhani. Merindui isterinya itu saban waktu mereka berjauhan. Dia ingin sekali menalifon Suhani,namun dia takut. Takut dengan reaksi isterinya itu kelak.
‘rindukah dia pada aku? Ingatkah dia pada aku? Masih marah kah panda comel itu padaku?’gema hati Raziq.
Suhani melangkah kea rah bilik Raziq bila dia tersedar pintu bilik itu terbuka sedikit. Takut juga kalau-kalau pencuri dating di waktu malam-malam begini. Namun begitu,belum sempat dia menolak daun pintu,ianya sudah terbuka luas dari dalam. Siapa?? Kecut hati Suhani bila matnay menangkap sesusuk tubuh berdiri tegak di hadapannya. Suasana gelap menghalang pandangannya untuk mengenal pasti siapa di hadapannya.
“Hei hei hei!! Siapa tu!” marah Suhani. Macam melatah saja lagaknya. Dia kelam kabut dalam hal begini. Takut juga kalau perompak ke nak menerkam dirinya. Mana tahu ada pisau? Ouh myyyy!!
Suhani melangkah ke belakang setapak. Lembaga itu mendekatinya setapak. Makin berdebar Suhani di buatnya. Pantas dia memusingkan badannya kebelakang,ingin cepat lari dari situ,namun tak semena tubuhnya di paut kuat. Mulutnya di tutup. Makin sesak dia di buatnya. Suhani semakin galak meronta bila lembaga itu menarik tubuhnya masuk ke dalam bilik Raziq. Puas dia menyiku namun masih tak tertanding kekuatan lembaga itu. Kecut hatinya bila pintu sudah tertutup. Gelap. Sunyi.
“Siapa awak? Jangan main-mainlah! Saya jerit karang!”ugut Suhani. Ssenyap..Suhani meraba-raba di sekitar dinding,mencari kalau-kalau ada suis lampu. Hah! Jumpa!
Klik!
Cahaya menghiasi ruang bilik itu. Terkebil-kebil mata Suhani memandang sesusuk tubuh di hadapannya.
“Suhani..” Suhani diam. Melangkah setapak kebelakang bila Raziq menghulurkan tangannya.
“Apa awak nak buat ni?”marah Suhani. Geram bila membayagkan Raziq yang menraik tubuhnya masuk secara paksa di dalam bilik durjana ini! Huh!
“Abang tak buat apa-apa..apa just..”
“Apa apa??”bidas Suhani. Raziq mengeluh.
“Abang mintak maaf..sebabkan haritu..abang..”Raziq terhenti seketika. Raut wajah Suhani di tenungnya. Dia rindu. Mahu saja dia katakana ‘abang just rindukan Suhani..’. mahu kena penampar sulung kejap lagi. Adoh3! Suhani menjeling geram. Dia duduk di sofa yang tersedia di belakangnya. Penat pulak dari petang tadi dia ke hulur hilir membantu Mak JAh mengemaskan rumah mewah ini. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia cepat merasa penat. Mungkin sebakan ubat itu. Biarlah..abaikan.
Raziq dudk di sebelah Suhani. Kecewa sedikit bila isterinya itu menjauh sedikit darinya. Sabar..
“Hani sihat?” soal Raziq. Suhani dah susut baginya. Mungkinkah dia penyebabnya? Ya Allah..maafkan aku.
“Apa awak ni? Skema benar lah ayat. Menyampah tahu?” gumam Suhani. Sangat berterus terang bagi sesetengah orang. Raziq tersengih. Suhaninya tetap seperti sebelum dia tinggalkan 3 minggu. Bila marah,mukanya merah. Macam panda bertukar bulu merah. Haha!
“oh,baiklah. Macam ni,panda gebu sihat?”seloroh Raziq. Sudah tidak kekok. Suhani menjeling geram. Aduhai,bergetar iman Raziq tika ini. Rindunya dia..
“Mestilah tak.”ulas Suhani.
“Kenapa pulak? Rindu koala ye?” Raziq mengusik. Suhani menepuk dahinya.
“Apehallah ade mamat perasan sangat dalam rumah ni! Heeh!” meluat. Tapi dalam hati Suhani..
mestila rindu..bijak!’
“Hak alah..tak ngaku pulak..”usik Raziq lagi.
“Awak kemana je 3 minggu ni?”Suhani mengubah topic.
“kenapa? Hani risaukan abang?” Raziq menguji.
“Tolong sikit. Tu mak and abah asyik Tanya. Manalah saya tahu. Call ape pun tidak. Ingat orang dekat rumah ni tunggul kayu jati,balak meranti semualah!”marah Suhani geram. Raziq menjungkitkan keningnya. Huik?
“Eleh..dah tu,kurus bagai-bagai ni kenapa? On diet ea panda?” Raziq tergelak bila Suhani sudah mencebir.
“tolong sikit. Orang takda pesuruh nak ambikkan bamboo,nak makan. Tulah,siapa suruh koala hilang. Tak memasal orang ter on diet!”
Raziq tergelak besar. Adoh! Sejak bila isterinya ini lagi hebat mengupah lawyer buruk dari dia ni?
“LAhai…ciannya dia..”usik Raziq. Suhani memandang tempat lain. Berusaha mengontrol riak wajahnya yang ingin tersenyum . aduhai,kenapa rasa bahagia ja malam ni? Suasana sepi. Tiba-tiba Suhani terasa pehanya di tindih sesuatu. Sekilas,dia lihat Raziq merebahkan kepalanya. Suhani diam. Dia nak membantah,tapi dosanya sebagai isteri lebih terngiang tika itu. Dia lihat Raziq sudah memejamkan mata. Penat sangat agaknya?
“Hani..”panggil Raziq perlahan.
“Ya?” sahutnya lambat.
“Kepala abang sakit. Boleh urutkan?” pinta Raziq sayu. Suhani menjungkitkan keningnya. Huh? Mengadanya…adoh3! Senyap.
“Kalau tak,takpelah. Abang nak tumpang tidur kejap.”ujar Raziq. Tak lama kemudian dia terasa kepalanya di picit-picit perlahan. Dia tersenyum. Isterinya masih sayangkannya. Suhani mengambil peluang itu menatap wajah Raziq lebih dekat. Ahh,dia rindu sebenarnya. Rindu itu be-benar menyeksakan. Biar marah mamca mana,sakit bagaimana pun Raziq lakukan ke atas dirinya,namun kasih di hatinya melebihi segalanya.
“Hani..”panggil Raziq lagi.
“hmm..”sunyi seketika.
“terima kasih..”
“Sebab?” Suhani pelik.
“Sudi jadi isteri abang..sudi jatuh cinta dengan abang..”
Diam. Senyap. Suhani tiada balasan jawpaan unutk itu.
“Abang cintakan Hani..”luah Raziq sayu. Suhani terhenti seketika memicit kepala Raziq. Dia menelan liur. Meneruskan semula tugasnya memicit. Dia sebak. Air matanya di tahan sedaya upaya dari mengalir.
jangan senang katakana cinta abang..kalau dalam hati abang tak pernah niat nak letakkan Hani dalam hati abang tu..Hani sakt sebab Hani dah mula cintakan abang..macam mana? Sanggup ke Hani lepaskan abang pada Farhana bila sampai masanya kelak?’ gema hati Suhani. Persoalan yang tiada jawapannya….

7 comments:

Anonymous said...

izahh.. bes sgt okeyh.. n sedihh T-T

~dayah snow heuka

** i will support u wehehe xD

Hafia Hana said...

urmmm..
xmo la hani tinggalkan husband dia

Cik Gagah said...

@.@ ;)
to readers..izah mngkin xkan update ntuk sebulan ni..izah tgh exam mase tuh..:) insyaAllah after that bru izah ade ruang and masa ntuk update..;)
dayah haeuka>>>xD maseh dayah!
sekian...wasalam..

sinichies_girl88 said...

siannya kat hani...
banyak tul dugaan dia..
cepatla raziq ingt balik huhuh
ermmm biar hani p sambung study bersama ngn raziq huu
sambung lagi...
:)

Anonymous said...

Izah.. naseb baek suhani.. bukan hani shahila.. anywy.. stowy ni sgat best n sgat sedh~ ;(

Zass said...

kesian kat hani... takpelah sabar erk!

lama-kelamaan raziq pasti akan pulih semula ingatannya.. insya-allah..

mungkinkah sekiranya raziq kemalangan untuk kali yang kedua mampu mengembalikan semula ingatan dan cinta dihatinya yang tulus buat suhani??

jika itulah yang menjadi taruhannya...

accidentkan saja raziq tue..

tapi kesialah pulak dekat raziq.. tapi untuk berkorban demi ingatannya saya rasa itu adalah satu tindakan yang wajar...

hrmm.. memang mengada-ngada aku lewat petang nie..

hehhe.. sebenarnya aku bosan sekarang... takde n3 baru kat blog doktor luve.... ngeeeee....

hope hani dan raziq bersatu diakhirnya no matter what trouble they're facing....

good job writer!!! ada bakat besar dalam dunia penulisan...

ikhlas dari hati nurani...

Cik Gagah said...

sinichi: eh..hahaha~! xD bole jugak tu,mcm best ja idea tu

kiroro: ehh...hahahha,adedeiii..xpe2..tiap org mngalaminya tmasuk saye nih.

hani shahila: hahahha..ayaaarkkk..

thanks all and sorry sgt2 lmbt next post..=__='''