Suhani memicit-micit kepalanya yang terasa sakit. Berdenyut –denyut sejak dari pagi tadi. Sebab itu dia tidak turut serta Raziq turun bersarapan tadi. Dia sekadar berbaring di atas katil,dan mendengar lagu-lagu di dalam mp3 nya bagi menghilangkan bosan. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik hotel di buka. Pasti Raziq sudah balik dari bersarapan. Suhani hanya memejamkan matanya,tidak berniat mahu membuka kelopak matanya hinggalah dia terasa katilnya senget sebelah. Aroma wangian DKNY milik Raziq menusuk rongga hidungnya. Dia senang. Senang dengan bau minyak wangi suaminya itu. Dalam ramai-ramai kawan lelakinya atau mana-mana lelaki yang melepasi Suhani,aroma wangian mereka pasti menyakitkan hidungnya,tetapi tidak wangian Raziq. Suhani tersenyum di dalam hati. Tangan Raziq terasa begitu dingin melekap di dahinya. Perlahan Suhani membuka kelopak matanya. Raut wajah Raziq yang kerisauan menjamah pandangan matanya.
“demam ke ni sayang?” suara Raziq mula kedengaran. Suhani sekadar menggeleng. Matanya tak lepas memandang raut wajah Raziq. Tiba-tiba saja dia merasa begitu rindu dengan Raziq,walhal baru berapa jam saja lelaki itu meninggalkan dia berseorangan di dalam kamar ini.
“Masih pening ya. Mari sarapan sikit. Abang ada belikan roti garlic dengan mushroom sup tadi. Sayang makan sikit,lepas tu baru boleh makan ubat ok?”Suhani menggeleng lagi.
“Tak selera abang.” Raziq mengeluh.
“Sikit pun jadilah Hani. Jangan biar perut tu kosong.” Raziq memujuk lagi. Dia membantu Suhani bersandar di kepala katil. Kemudian dia bangun mengambil dulang yang tersedia mushroom sup serta roti garlic yang dibelinya tadi lalu di letakkan bersebelahan dengan Suhani.
“Abang nak kemana?” soal Suhani bila Raziq berlalu ke dapur.
“Buatkan milo panas sayang. Makan dulu.” Ujar Raziq. Kelibatnya sudah hilang ditelan dinding dapur yang memisahkan mereka. Suhani sekadar mencebir memandang dulang berisi sarapan untuknya itu. Handset miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Pantas Suhani mencapai. Skrin handsetnya di pandang sekilas,lalu butang hijau ditekan.
Raziq dari dapur hanya sekadar memasang telinga. Kedengaran suara Suhani seakan berbisik-bisik. Hati lelakinya di pagut curiga. Sambil tangannya lincah menggodak milo panas,sambil itu fikirannnya ligat memikirkan siapa yang menalifon isterinya pagi-pagi ini. Aduh…cemburunya hati seorang suami ini. Mana tahu,mungkin saja Suhani dan bekas kekasihnya masih berhubung. Mana tahu,kalau-kalau waktu sebelum dia kehilangan ingatan dulu,memang Suhani berhubungan dengan bekas kekasihnya? Raziq memejamkan matanya. Cepat-cepat dia beristighfar panjang. Menghalau setan-setan yang cuba menghasut akal fikirannya.
“ok,nanti saya balik kita bincang semula hal ni.” Suhani mematikan talian setelah memberi salam. Dia mengeluh panjang. Tangannya spontan memegang perutnya,namun pantas di tarik semula bila matanya menangkap kelibat Raziq keluar dari balik dapur menatang 2 gelas milo panas. Dia tersenyum bila Raziq senyum kearahnya.
“Siapa call tadi?” soal Raziq. Dia bersandar di kepala katil,bersebelahan dengan Suhani. Dulang berisi makanan itu dilihatnya tidak di sentuh-sentuh. Cuma kedudukannya saja kini berubah di atas riba Suhani.
“Kawan satu kos. Diorang nak buat perjumpaan.” Bohong Suhani. Roti garlic di capainya lalu di siat-siat masuk kedalam mushroom sup. Saat sup itu lalu di tekaknya,dia terasa seperti pasir masuk kedalam tekak! Payahnya mahu menelan. Dia menoleh kearah Raziq dengan muka berkerut. Raziq tergelak kecil.
“makan sayang…kejap lagi nak makan ubat. Paling sikit pun makan je sup tu.” Raziq mengusap-usap kepala Suhani. Bagaikan sedang memujuk anak kecil untuk makan saja rasanya. Suhani hanya menurut dalam terpaksa. Raziq mencapai earphone Suhani lalu di sumbatkan ke telinganya. Mereka kini berkongsi mp3,berkongsi lagu yang sedang bermain di gajet moden itu. Suhani melayang fikirannya sambil menikmati sarapannya. Raziq pula sibuk menukar-nukar lagu mp3. Sepi menyelubungi mereka.
‘Esok kami harap puan dapat dating untuk buat pemeriksaan selanjutnya. Ada perkara yang kami mahu bincangkan dengan puan.’
‘Saya tak sure lagi doctor Aida. Lagipun saya masih di Pahang ni. Mungkin lusa baru saya balik. Jadi boleh tak kalau postpone appointment?’
‘baiklah. Around 9am tu puan dah boleh datang. Nanti saya cuba setkan privacy time.’
‘hmm..perkara apa doctor Aida?’
‘tentang syst and kalau-kalau…’
“Suhani?” ulang Raziq untuk kesekian kalinya. Suhani terjaga dari lamunannya. Cuak dia memandang Raziq.
“Ya?” seperti orang ‘loading.’ Suhani di mata Raziq. Raziq sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah Suhani.
“dah sampai mana dah?” ujar Raziq lagi. Suhani mengangkat keningnya.
“Sampai mana apa?”
“tu berangan jauh sangat,dah sampai mana dah?” ulang Raziq sambil tersengih. Mp3 di tangannya ligat di tekan sana sini. Mencari lagu-lagu yang dirasakan sedap untuk di dengar.
“Adoii..orang teringat mama dengan papa dekat rumah. Entah macam mana la diorang tu. Mesti sunyi,Fikri bukan boleh harap nak duduk rumah.”luah Suhani. Bohong lagi…haduiii..
“Eh,tak payah nak risau dekat mama dengan papa. Diorang semalam dah bertolak ke bali,honeymoon sambut anniversary diorang.” Jelas Raziq. Membulat mata Suhani. Hamper tersedak dia di buatnya.
“Awat tak habaq awai-awai anniversary diorang semalam???” Suhani geram melihat Raziq yang masih selamba.
“Hee…janganlah kacau orang tengah honeymoon. Tak manis. Kita focus dekat honeymoon kita je ya sayang?” Raziq tergelak bila Suhani menjelingnya tajam. Marah betul.
“orang nak wish la,bukan nak kacau. Abang tu yang pikir negative siapa suruh.” Suhani menjelir lidahnya. Geram betul dia dengan sikap Raziq yang satu itu. Tidak ambil kisah.
“Alahai..abang dah send message wish dekat diorang bagi pihak kita dua. Janganlah risau,dah-dah. Makan tu habiskan. Membebel je sayang ni.” Raziq menggeliat kecil.
Suhani diam. Ubat yang tersedia di dalam dulang di ambil lalu di telannya. Pahit! Laju saja dia mencapai gelas milo yang Raziq sediakan di meja lampu. Saat bibirnya laju mahu menelan air milo itu,dia sudah mengaduh sakit. Panas!!!! Terkapai-kapai tangannya menahan perit dibibir.
“Ya Allah..kan panas air tu,sayang rajin benar nak makan ubat minum air panas kenapa?” Raziq bingkas bangun mengambil botol mineral yang terletak di meja solek lalu dihulurkan kepada Suhani. Dulang tadi dibawa kedapur semula.
Aduhh…serius bengkak kang. Memang kalah Angelina jolie la kan. Letak jawatan terus dia tengok bibir aku. Wakakakakakak! Sempat lagi aku meroyan-royan time camni. Suhani tersengih-sengih sendirian sambil mengemam bibirnya. Raziq yang muncul semula dari dapur kembali berbaring di sebelahnya. Menyambung eksplorasinya terhadap mp3 milik Suhani.
Laki aku ni,dah kenapa obsess benar dengan mp3 aku ni? Suhani mengerutkan dahinya. Dia merebahkan tubuhnya bersebelahan Raziq. Memejamkan mata sambil menghayati lagu yang dipilih oleh Raziq. Dia seakan tertarik dengan bait-bait lirik yang menerjah pendengarannya.
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Suhani ingin menangis,lantas tubuh Raziq dipeluknya. Sengaja dia menyembunyikan wajahnya. Tak mahu Raziq menyedari linangan air matanya.
‘mengulang kembali lagi cinta kita’
Bagaikan bergema sebaris ayat itu di hatinya kini. Semakin erat tubuh Raziq di peluknya,bagaikan tanda semakin sarat hatinya ,menahan persoalan dan simpulan tali yang bagaikan tiada pengakhirannya. Suhani mahu lena,lena disisi suaminya yang semakin disayanginya. Dia tak mahu mengingati siapa-siapa selain Raziq tika ini. Dia penat. Penat mahu meresahkan hatinya. Penat mahu mencari jawapan kepada persoalannya. Dia mahu rehat. Mahu benar-benar rehat tika ini.
Akhirnya Suhani terlelap jua. Dia benar-benar keletihan. Saat Raziq membalas pelukannya,dia telah hanyut dalam mimpi indah kesan dari ubat yang ditelannya tadi.
Raziq mencium dahi Suhani. Rambut isterinya itu dibelai-belai lembut. Lagu Kehilangan nyanyian Firman itu di ulang ulang dalam mp3 itu. Handset Suhani dimatikan. Dia cemburu jika alat perhubungan itu mengganggu waktu dia dan Suhani. Apatah lagi saat Suhani sedang sakit kepala begini. Dia marah,tapi dia sendiri tidak pasti pada siapa dia patut melepaskan kemarahannya. Takkanlah setiap kali panggilan handset Suhani masuk dia perlu merampas panggilan itu lalu memaki tiap pemanggilnya? ‘macam orang tak betul aku ni.’ Bisik hati Raziq. Dia cemburu benar tika ini.
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Yaa..cinta Suhani merasuk dirinya. Dia boleh gila jika Suhani tiada disisinya. Dia yakin,hatinya untuk Suhani seorang. Dia yakin,kasih sayangnya yang bercambah walau bermula dengan sisa yang kabur,ia tetap utuh mekar kerana Suhani
.
******************************************************************************
“sayang,cepat sikit siap tu. Abang dekat lobi ni.” Ujar Raziq di hujung talian. Laju saja Suhani menyikat-nyikat rambutnya setelah panggilan ditamatkan.
“hishh dia ni. Bukan nak cakap awal-awal ada event syarikat dkt sini. Kacau honeymoon betullah diorang tu.” Bebel Suhani sambil ligat tangannya melilit pashmina di kepalanya ala-ala style Hana Tajima. Weheheheh,first time ni,nasib pernah cuba sorok-sorok sebelum ni. Suhani tersengih. Takda la dia terkial-kial mahu melilit. Setelah itu dia menyapu sedikit compact powder,sedikit lip gloss,sedikit eyeshadow. Matanya yang agak kuyu itu di letakkan eyeliner agar tampak segar. Handsetnya yang berbunyi-bunyi dibiarkan saja.
“Tak menyempat la dia ni. Sabar la kejap..adohhh” rungut Suhani. Setelah siap,dia menelek-nelek seketika penampilannya. Ok la ni. Kang lebih-lebih pulak segan. Lantas wedges warna coklat kulit di sarungkan ke kakinya. Laju saja langkahnya menuju ke lobi. Saat pintu lif terbuka,dia boleh lihat kelibat Raziq mundar mandir. Mengalahkan kucing hilang anak!
“Abang!” Suhani memanggil Raziq. Laju dia menuju kea rah lelaki itu. Raziq pula bagaikan dipukau melihat penampilan Suhani. Tak pernah-pernah lagi dia merasakan Suhani bagaikan memukau dia sehebat ini.
“Cantiknya sayang…”ujar Raziq sambil meneliti Suhani dari atas hingga bawah. Suhani terasa panas mukanya bila ditegur begitu. Aduh…mamat ni,cair aku kat sini.
“ohh..sebelum ni x cantik lah ya?” duga Suhani. Keningnya di angkat tanda memerli suaminya. Raziq tergelak kecil.
“Bukan,hari ni lagi cantik ,bertambah cantik.”puji Raziq lagi.
“Elehhh,abang nak upah ape ni puji-puji ni? Lebih-lebih pulak dia puji hari ni. Ada udang balik meek an???” Suhani mencebir. Langkah mereka seiringan menuju ke dewan.
“Ohh,itu dekat bilik nanti.” Raziq mengenyitkan matanya nakal. Bertambah merah muka Suhani. Bagaikan udang terbakar!!! Dia ni saja ja nak BBQ aku harini.
Satu cubitan hinggap di pinggang Raziq. Raziq mngaduh kecil.
“Aduhhh..ketam dah mari dah.. panda mixed dengan ketam! Patutla sayang guna tema putih merah harini ya?” seloroh Raziq.
“Abang!” Suhani membulatkan matanya. Dah mula dah panda koala ketam dia. Kalau di ikutkan hatinya,mahu saja dia salotep mulut Raziq ketika itu. Geram dibuatnya.
Raziq masih dengan sisa tawanya pabila melihat Suhani merah mukanya menahan geram. Bagaikan tak memerlukan blusher ,sudah cukup asli cantiknya merah di pipi isterinya itu. Raziq bahagia. Tangan Suhani di genggamnya kemas. Sesekali dia mencium tangan itu. Suhani sekadar membiarkan. Terasa dirinya seakan puteri sedang diberi layanan tika itu. Saat mereka sampai di pintu dewan,semua mata tertumpu kea rah mereka.
Aduh!!!!! Segannya! Jerit hati Suhani. Bukan supermodel sampai pun. Terasa mahu terpelecok kakinya tika melintasi tangga-tangga. Cover Suhani! Malu seribu tahun kalau jatuh ni. Satu tangga,dua tangga,tiga tangga..saat mata Suhani menyapa kelibat seseorang,kakinya tersalah pijak lalu tubuhnya hamper melayang. Mujur dia sempat berpaut pada bahu Raziq. Mujur juga Raziq sempat memaut pingganya. Aduh!! Kan dah cakap..
“Are you ok sayang?” soal Raziq cemas. Takut-takut kalau sakit kepala Suhani berulang kembali. Suhani sekadar mengangguk. Tangannya menepuk-nepuk jaket hitam Raziq,seolah-olah ada habuk disitu. Selebihnya dia mahu cover malunya. Wakakakak! Eh? Dia teringat sesuatu. Matanya melingas kembali mencari kelibat seseorang tadi.
“Hani cari siapa?” Raziq memegang tangan Suhani kejap. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Suhani tampak kelam kabut tadi. Suhani memandang Raziq. Wajah mereka begitu dekat sekali. Suhani tergamam seketika. Wajah serius Raziq mengecutkan hatinya. Tajam mata suaminya bagaikan menikam-nikam jantungnya tika itu.
“Hai both.” Tegur suatu suara. Serentak Raziq dan Suhani berpaling. Sepasang kekasih di hadapan mereka kini benar-benar mengganggu ketenteraman percutian mereka. Raziq mengetap-ngetap rahangnya,Suhani pula terasa mahu runtuh dunianya tika itu. Ya Allah…dugaan apa lagi kali ini??
No comments:
Post a Comment