“Ish..mane mamat ni?? Dah dekat sejam aku tunggu ni..telefon pun tak berangkat. Selalu macam ni lah!” getus Suhani geram. Handsetnya sedari tadi tergenggam kemas di tangannya. Kelibat yg di cari masih jua tak muncul.
Pin!Pin!
Uikz..sape yang sungguh biadap main pin pin ni…ingat aku ni pak cik yang nak jual kacang tu ke? Hish…
Sebuah kelisa edisi terhad kini berhenti betul2 di hadapan Suhani. Cerminnya gelap menghalang penglihatan Suhani untuk tahu siapa pemilik kereta tersebut. Raziqkah? Takkanlah… Tatkala cermin di turunkan…
“Hye.”sapa si pemilik kereta. Suhani menundukkan sedikit tubuhnya untuk melihat dgn lebih jelas,siapa gerangan lelaki yg bersuara itu.
Ah..mamat ni lagi. Haish..lain yg aku harap dtg,lain pulak yg muncul….huh..
Suhani hanya tersenyum kecil. Rileks la Hani…cool2..
“Awk tak balik lagi ke?”soal lelaki itu lagi.
Eh..tak nmpak ke aku nak balik ni,ni semua sepsis kau tu lah yg suke dtg lambat!
“Erm..tunggu org dtg ambil.” Suhani mengetap bibirnya kemudian.
Eh..org? huh..habis takkan aku nak cakap suami aku kot
“Owh…”
Jangan Tanya siapa! Suhani meliarkan pandangannya ke tempat lain.
“Siapa org tu?”
Oh man….nape lah soalan tu wujud dalam dunia ni? Meh sini aku nak cencang sape yg cipta soalan maut tu.
“Err…abang.” Hm..abang is the best gelaran kot..hehe. kalau Raziq tau,mati aku! Tapi,kisah pulak
“Oh..dah dekat sejam saya tgok awk berdiri dekat sini. Tak sampai jugak abangnya?”soal lelaki itu lagi. Suhani mula resah.
Hai…dia ni. Skodeng eh? Tak ade kerja lain agaknya!
Suhani menggaru garu lehernya yang tidak gatal.
“TU LAh pasal. Jam kot.” Tukas Suhani.
Lelaki itu dilihatnya mengangkat tangannya sebentar,meneliti jamnya.
“Dah nak pukul 7 malam ni takkan jalan jam lagi awk? Kalau pukul 5 tu saya boleh terima lagi.”lelaki itu tersenyum simpul.
Ha ah ek…napelah aku tak terpikir benda tu tadi.?
“Awak tumpang saya jelah.”pelawa lelaki itu. Suhani membulatkan matanya.
“Awak jangan bulatkan mata macam tu,seram saya tengok!” lelaki itu terkekek sebentar. Serta merta Suhani menormalkan keadaan matanya.
Uhh…melampau sangat ke bijik mata ni terbeliak? Macam maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam tu eh? Huh..ape aku mengarut ni.
“Meh la naik dengan saya. Kita sehaluan je. Rumah pun satu kawasan la.”ulas lelaki itu lagi. Spontan mata Suhani terbeliak lagi. Namun cepat2 dia mengerdipkan semula bila tawa lelaki itu kedengaran lagi.
Satu kawasan? Biar betul? Sejak bila aku berjiran dengan dia ni? Eh,ke aku yang rabun? Mmg aku rabun pun..tapi..macam mana boleh miss dia ni? Haish..kalau macam tu,mesti dia tau aku dah…alamak..
“Suhani?”
“Hah? Ape dia?” Suhani terpinga pinga memandang ke arah lelaki itu semula. Lelaki itu tersenyum.
“Marilah,bukan saya nak makan awak pun. Lagipun tak elok jugak awak tinggal sorang2 dekat sini.”pujuk lelaki itu.
Suhani mengeluh. Kejap dia memegang kepalanya yang mula sakit,kejap dia menggaru hidungnya. Kejap lagi dia menoleh ke kiri dan kanan. Dan akhir sekali dia melihat jam di pergelangan tangannya sebelum dia menoleh semula pada lelaki itu.
“Macam mana?” soal lelaki itu lagi. Suhani dilihatnya diam kaku berdiri memandang kearahnya.
Hm…baik ikut saja dia ni. Kalau dia tahu pun apa kisah. Dia nak buat apa apa pun,aku keluar jelah dari kereta dia. Lantaklah tercampak kea pa. hehe..lantak? betulke aku sanggup? Hm..
“Oklah.”Suhani mengangguk. Lelaki itu tersenyum lantas keluar dari keretanya untuk membantu Suhani memasukkan beg2 nya ke dalam bonet. Setelah itu,mereka beredar dari kawasan itu.
Sepanjang perjalanan,Suhani hanya mendiamkan diri. Sekadar menjawab bila di Tanya sahaja. Selebihnya di habiskan dengan perasaan gemuruh ditambah lagi dengan keterujaan untuk menemui si ‘dia’ yang kian di rindui saban hari,kian tercambah benih cintanya untuk si ‘dia’.
Tapi dendam tetap dendam. Rndu pun rindu jugak,tapi yang tak boleh tahan ni kenapa tak call,pastu tak datang langsung jemput. Ni yang paling hot ni. Takkan lupa pulak? Keciklah hati kalau macam ni
“Awk sibuk fikir pasal abang awak tu ke?”tegur lelaki itu mematikan lamunan Suhani. Dia menoleh sekilas pada amar di sebelahnya. Ya,nama lelaki itu kalau tidak silapnya Amar. Itu pun dia tahu secara tak sengaja dari kumpulan gossip si Masayu yang sring membuat liputan hangat tiap malam di biliknya. Terbayang baying wajah dan suara becok kumpulan yg di ketuai oleh Msayu itu. kecohnya kalah perdana menteri bermesyuarat selesaikan masalah Negara. Dan ketika itu yang paling bengang sekali adalah Suhani.
“Hm..pasal family.”ulas Suhani pendek. Kereta kelisa amar kini memasuki kawasan perumahannya.
“Oh…rindu? Rumah awak yang mana?” amar berhenti di simpang tiga.
Menoleh kea rah Suhani.
“Belok kanan,terus.”Suhani mengarahkan tangannya kea rah kanan. Kereta amar mula membelok. Suasana sepi lagi.
“Awak tak jawab lagi soalan saya.” Tukas Amar.
Hah? Dia Tanya apa tadi? Apasal aku asyik berangan je ni?
“Hah? Awak Tanya apa tadi. Saya tak perasan kot. Belok kiri,rumah yang warna putih tu,yang depan dia ada kereta perdana V6 hitam.” Suhani mengangkat lagi tangannya,menunjuk kea rah yang di sebut tadi. Amar hanya menurut.
“Saya Tanya tadi. Awak rindu kat family awk lah ni ye sampai asyik berangan?” soal Amar lagi. Bibirnya tersungging senyuman manis.
“Oh..mestilah. takkan tak rindu kot. Awak pun mesti rindukan family
Aik?? Pelik betul mamat ni.
Kereta kelisa amar kini berhenti di hadapan banglo mewah milik Mak Long dan Pak Longnya. Atau dalam erti kata lain,rumah dia dan suaminya,Raziq.
“Thanks sebab hantarkan.” Amar senyum sambil mengangguk. Dia lantas keluar membantu Suhani mengelurkan beg.
“Nanti kalau free datanglah rumah.”pelawa Amar. Suhani terkekek sebentar.
“Macam mana nak dating kalau rumah awak pun saya tak tahu. Baik awak jer yang dating rumah ni.” Suhani menjungkitkan keningnya.
“Oh ha ah..!”Amar menepuk dahinya sambil terkekek.
“Insyaallah kalau saya free saya dating rumah awak.”tukas Amar. Suhani mengangguk.
“Bye!” Suhani melambai lambaikan tangannya,menghantar pemergian Amar. Setelah itu dia melangkah masuk. Dia teruja,dia gembira,tapi geram pun terselit jua bila melihat kereta Raziq tersadai di halaman rumah.
Haish..ni dia ajak aku main perang dunia ke dua lagilah ni! Gumam Suhani. Lantas dia memulas tombol pintu masuk.
Aik?? Tak kunci ke??
Suhani mengerutkan dahinya. Hatinya rasa sesuatu yang tak elok,tapi cepat di nyahkan bila matanya menangkap sepatu kerja milik Raziq. Ah,rindnya dia pada lelaki itu…sampaikan kasut pun jadilah! Hehe..
Suhani membuka pintu. Kelihatan Mak Long,Pak Long serta FIkri sedang duduk di ruangan sofa. Seperti membincangkan sesuatu, spontan semua mata tertumpu pada Suhani.
Uih…terasa macam diva pulak sekarang ni. Suhani tersengih.
“Assalamualaikum.”Suhani melangkah masuk lantas menyalam tangan MAk Long dan Pak Longnya yang masih kaku memandangnya.
“Waalaikumussalam…”sambut semua di situ. Perlahan dan masih dalam nada terkejut. Suhani duduk di sebelah Datin Roziah. Dia sempat menjeling kea rah Fikri,spontan otaknya terimbas kembali pertemuannya dengan pasangan bercinta di JJ hari itu. dia ingin bertanya,namun di tahan saja memandangkan datin Rziah dan Dato Rahim masih di situ. Nanti lain pulak yang terjadi.
“Kenapa?”soal Suhani pelik bila semua mata masih tertumpu padanya.
“Hari ni
Suhani mengalihkan pandangannya pada Fikri. Dia tersenyum,namun Fikri jelas nampak sumbing senyumannya. Begitu jua Dato Rahim. Apatah lagi Datin Roziah.
Kenapa ni?? Hish,,asal tak sedap hati dari tadi ni?
“Raziq mana?”terpacul jua nama itu dari bibir Suhani. Ah,mungkin di bilik. Itulah jawapan yang di harapkan keluar dari mulut mereka,namun hampa. Hanya pandangan serba salah serta kebisuan yang keluar. Tak kurang jua dgn suara gagap Fikri.
Kenapa dengan semua orang ni?
“Mak Long,Pak Long,Fikri. Kenapa dengan semua ni? Senyap macam nampak hantu pulak.”seloroh Suhani.
Ah..Raziq…kenapa ni? Kenapa dengan semua orang ni? Suhani jadi tak keruan…..Ya Allah.
No comments:
Post a Comment