gLutamic aCid

Saturday, May 1, 2010

biar berlalu 12

Suhani menguak daun pintu kamarnya perlahan-lahan. Dadanya berdebar,namun di gagahkan jua untuk melangkah menaiki tangga sebentar tadi. Kesabarannya semakin tipis bila tiada siapa yang mahu memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Untuk itu dia bergegas mencari Raziq. Mencari suami yang dirinduinya itu. bagaimanakah dia sekarang? Sihatkah? Sakitkah? Masih lagi kuat mengusik seperti dulu?
Dan yang paling penting,masihkah ada benih cinta yang baru kini di rasakan ketulusannya di dalam hati lelaki itu setelah hamper 3 minggu mereka tak bertemu.
Ah Suhani..kau terlalu pesimis.. pasti Raziq sedang menunggu di dalam bilik itu dengan buku di tangannya. Dengan kaca matanya yg kadg kala di tolak ke pangkal hidung. Dengan reaksi meraup rambut yang terjuntai di dahi kebelakang bila sedang bercakap dgn seseorang. Ah..rindu,hanya itu yang mampu terucap di dadanya kini.
Tatkala pintu terkuak,Suhani melilaukan pandangannya ke sekitar bilik,mencari kalau kalau Raziq ada di situ. Namun hampa. Kosong. Lantas Suhani mengeluarkan handsetnya,mendail nombor Raziq. Mana tahu kalau kalau lelaki itu saja main hide and seek dgnnya. Huh,lelaki seperti Raziq itu kadang bukan oleh di percaya sangat. Ada saja fiilnya serta kenakalannya mengusik sesiapa saja termasuk suhani.
Belum sempat Suhani menekan butang hijau,tiba-tiba matanya tertacap pada sesuatu yg kelihatan seolah olah sudah pecah di sisi meja tulis. Spontan dia mendekat lalu tangannya menguis serpihan serpihan itu. eh? Handset pecah? Ni..kan handset Raziq? Kenapa pecah? Emo kot? Haha..SUhani tersenyum sendirian mendengar kata hatinya. Kelakar nya SUhani..kelakar..atau dalam maksud sebenarnya dia sedang menyahkan rasa hatinya yang semakin tidak enak.
Suhani menguak pula pintu tandas yang terbuka sedikit. Manalah tahu kalau2 suaminya itu bersembunyi di situ pula.
KREETTTT..pintu terkuak. Suhani semakin berdebar. Dia menjangah sedikit. Hampa lagi. Raziq tiada di situ. Tiba –tiba bunyi derap kaki di muka pintu menarik perhatiannya. Segera dia menoleh. Pasti itu Raziq.
Suhani melebarkan senyumannya namun pantas pula ia mati bila wajah yang menyapa bukannlah wajah yang di harapkan. Bukan. Bukan Raziq. Itu Fikri. Ah,dia nak apa pulak ni?
“kenapa fikri?”soal Suhani bila Fikri masih tercegat memandang ke arahnya. Fikri menggaru garu kepalanya yang tak gatal.
“Aku rasa kau kene ikut aku ke satu tempat ni dulu. Nak terangkan payah. Aku tak tahu nak mula ang jelaskan macam mana. So,better kau ikut aku je.”ulas Fikri perlahan.
SUhani tersengih.
“Kau ni ada2 je la Fikri. Ape kes sampai kaku nak explain ni?? Haish..nanti2 bile nak usha perempuan pun kaku macam ni kot?”Suhani gelak kecil. Fikri hanya tersengih.
“Tapi Raziq mana? Aku tak nampak dia pun dari tadi?”soal Suhani lagi. Dia berjalan mendekati Fikri,bersiap dengan tas tangan yang di sandang di bahunya. Fikri di lihatnya hanya diam untuk seketika.
“Ikut aje la.”ulas Fikri dan terus berlalu. Suhani mengerutkan dahinya. Ape kena mamat ni? Huh..apasal la semua pelik hari ni? Raziq pun entah2 triple pelik. Haish…pening!
Suhani menggeleng2kan kepalanya sambil tersenyum sendirian.

3 comments:

Mama Delima said...

bestnye, bl lg nak smbg..

Hafia Hana said...

apa dh jd?
asal dr 11 trus ke ep 14
mane raziq?

Cik Gagah said...

slh type~haha! sorry2..dlm 2 mnggu lagi akn bsmbung~very2 busy lately~