"Kau kenapa ni? Nak makan ke tak? Kuis sana sini. Termenung,tu dahi tu silap hari bulan berkedut seribu tau! Hah, time tu aku lah yang paling Hensem!"seloroh Faizal. Raziq mendengus.
"Aku ade masalah la Zal."luah Raziq akhirnya. Faizal mematikan senyumannya bila wajah Raziq jelas nampak ketegangannya. Mula memberi perhatian pada masalah rakannya itu.
"Pasal Suri."tambah Raziq pendek. Faizal angkat kening.
"Ape masalahnya lagi. Kau orang dah nak kahwin pun. Jangan buat hal pulak."getus Faizal. Bimbang juga kalau2 rancangan perkahwinan rakannya itu berubah sekelip mata.
"Aku...aku tak cintakan dia!"Membulat mata Faizal. Tika ini,nasi yang masuk kekerongkongnya seolah mahu tersembur balik!
"Dah tu sape suruh kau masuk meminang! Eh,samdol betullah kau ni! Benda macam ni kau ingat main2 ke?"marah Faizal. Raziq dilihatnya sudah mula meraup muka beberapa kali.
"Bukan aku yang nak. Aku terpaksa! Family aku yang nak semua ni,aku tak cintakan Suri Zal! Dah aku cuba pupuk rasa sayang ntuk dia,sikit pun tak berhasil!"keluh Raziq.
"Sikit pun tak??"soal Faizal inginkan kepastian. Raziq pantas menggeleng.
"Hati aku cuma untuk sorang Zal! Tak boleh berbahagi!"
"Siapa?"Faizal bersemangat ingin tahu. Siapakah gerangan gadis yang benar2 menjadi penakluk hati rakannya itu.
"Kau kenal."Faizal mengerutkan dahinya, Cuba mengimbas satu persatu wajah yang mungkin menjadi pilihan Raziq.
"Banyak calon2 nyer Ziq. Senang kau bagi tahu jelah! Masak aku nak berteka teki!"rungut Faizal. Raziq menyandarkan tubuhnya. Nafasnya di tarik panjang. Tatkala itu matanya menangkap kelibat Suhani bersama Fikri di seberang jalan tak jauh dari gerai tempat mereka makan.
"Suhani."terpacul nama itu di bibir Raziq. Kali ini Faizal benar2 tersembur minuman dari mulutnya. Mujur sempat di hala ke tempat lain. Kalau tak,pasti muka Raziq menjadi sasarannya!
"Kau bbiar benar! Budak tu jauh muda dari kau!!"getus Faizal sambil mengesat mulutnya.
"Kenapa? Aku ni dah tua sangat ke?"soal Raziq. Faizal terkekek sebentar mendengar soalan yang di rasakan agak bodoh tu!
"Takdalah tua bagi aku. Cuma jarak hubungan korangn tu,jauh! Budak tu baru habis ambik result SPM,dah kena sunting! Kau ingat ni zaman dulu ke?"
"Tak kelakar Zal! Kalau kau kat tempat aku,kau tu apa rasanya jatuh cinta! Naik gila di buatnya! Memang nonsense,tapi itu kebenarannya,i've fall in love with my own cousin yang muda 7 tahun dari aku!"bidas Raziq. Faizal memandang seketika wajah Raziq. memang benar,Lelaki itu sedang serius. Tiada tanda2 ingin bergurau.
"Habis,budak tu cintakan kau?"Raziq mengangguk. Kelibat Suhani sudah menghilang dari pandangannya.
"Kalau betul,kenapa pulak dia rela je kau tunangn dengan Suri?"soal Faizal lagi.
"Dia terpaksa jugak Zal. AKu yakin,dia masih cintakan aku. Cuma dia tersepit dengan kehendak keluarga aku. Mesti dia anggap dia bukan siapa2 nak halang keluarga aku. Kesian dia Zal."keluh Raziq. Faizal tumpang simpati.
"Habis kau nak buat apa?"soaln Faizal memecahkan tembok sepi yang terbina antara mereka sebentar tadi. Raziq mengalihkan pandangannya ke arah sepasang suami isteri yang sedang enak menjamu selera di meja yang tak jauh dari mereka.
Nampak mesra dan begitu bahagia sekali.
"Aku akan buat cara aku!"luah Raziq penuh rahsia. Faizal juga naik bingung mendengarnya.
*************************************************************
*Jumpa dekat hotel Straits Meridian hari ni. Jam 5 petang. Tunggu aku dekat lobi.-Fikri*
Suhani mengerut2kan dahinya membaca pesanan ringkas itu semula. Sambil itu langkahnya laju menuju ke motornya.
Ape kes plak mamat ni. Takda tempat lain nak jumpa ke? Ah,mungkin dia dah dapat recomendkan kerja ntuk aku kot. Getus hati Suhani. Motornya kini di pecut menuju ke tempat yang tertera di skrin telefonnya sebentar tadi. Hatinya berbunga riang memikirkan kerja yang bakal di dapatinya.
Wah,besar gak hotel ni! Fuh,terbau2 fulus dah! Sure income banyak nih!! Suhani tersenyum gelihati mendengar bisikan hatinya. Kawasan sekeliling hotel itu ralit di perhatikan. Sebaik saja kakinya jejak ke kawasan lobi,tiba2 ada seorang bell boy datang ke arahnya.
"Cik ni Suhani Hasan?"sapa lelaki itu. Suhani mengangguk.
"Bos saya suruh cik ikut saya pergi bilik dia. Mari."pelawa lelaki itu. Suhani sekadar menurut. Di dalam lif, becok saja mulutnya bertanya itu dan ini pada bell boy itu.
"Saya dapat kerja kat sini ke? Fikri pun mesti kawan awakkan. Dia kata suruh saya datang harini."soal Suhani. Lelaki itu hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya. Suhani diam. Penat pula mulutnya. Sudahnya,dia mengikut saja langkah lelaki itu menuju ke bilik yang tersedia.
"Cik masuk dulu,kejap lagi bos saya datang."ujar lelaki itu lalu beredar,meninggalkan Suhani yang terpinga-pinga di dalam bilik itu. Lama menunggu,dia mula merebahkan diri di atas katil empuk yang tersedia. Dalam hatinya juga ligat berfikir. Kenapa perlu tunggu di sini? Ingatkan pejabat.
KRAK...Suhani pantas bangun tatkala menyedari ada bunyi yang datang dari balik almari. Membulat matanya bila ternampak sesusuk tubuh keluar dari bilik air. Suhani terpegun. Raziq??
"Ape kau buat dekat sini?"terpacul soalan itu dari bibir Suhani.
"Kau pun buat apa kat sini? Ni bilik aku!"soal Raziq pula. Suhani meggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Saat itu juga terdengar ketukan bertalu-talu dari luar.
"Hah,bos tu datang agaknya!"Suhani berlari membuka pintu tanpa mengesyaki apa2. Raziq mengesyaki ada sesuatu yang tak kena. Pantas dia berlari ke arah Suhani,ingin menghalang dari gadis itu membuka pintu,namun terlambat. Sebaik saja pintu dibuka,Raziq menepuk dahinya. Suhani tergamam!
No comments:
Post a Comment