gLutamic aCid

Monday, April 19, 2010

Chapter 3 (Biarlah Berlalu)

Suhani leka memandang ke arah kolm ikan koi milik Mak Longnya. Terasa tenang bila berbuat begitu. Dalam diam dia memuji kerajinan Mak Longnya itu menghias kolamnya. Tiba2 lamunannya terhenti bila terdengar bunyi enjin kereta di laman rumah. Laju saja dia bangun,ingin melihat gerangan siapakah yang baru sampai itu. Sejak dua menjak ini,hatinya tak tenang. Apatah lagi bila mengenangkan peristiwa serta kata-kata ugutan dari Raziq. Dia takut. Dia tak mahu lelaki itu memutuskan pertunangan hanya kerana dia. Dia takut kalau perkara ini sampai ke pengetahuan Mak Longnya. Apatah lagi Pak Ngahnya. Pasti pipinya menjadi mangsa tamparan sulung dari PaK Ngahnya.
"Hai Suhani,u buat apa sorang2 kat sini?"tegur Suri yang kelihatan cukup anggun dengan blous putih dan jeansnya. Tampak begitu matang dan kemas sekali.
"Saja ambil angin. Dekat sini tenang."balas Suhani di iringi senyuman manis. DIa akui,dia senang dengan Suri walau kadangkala terasa mual dengan manja Suri. Tapi wanita itu amat ramah dan baik dengannya. Tak pernah langsung menunjukkan ketidak senangan melihat kehadiran dia di rumah ini.
"Hm..betullah. Not bad kawasan sini."puji Suri. Dia melangkah mendekati kerusi. Suhani hanya memerhati. Namun terasa mahu meletup pula bila terasa kehadiran Raziq di sebelahnya. Terbau2 haruman DKNY di rongga hidungnya. Sepantas kilat dia menjauh.
"Pandailah mak u decorate taman ni Raziq. Nanti bila kita kahwin,kita minta mak u nasihatkan cara yang betul buat taman mini."riang Suri memberi pendapat. Lengan Raziq di rangkulnya mesra. Raziq pula membiarkan,sekadar tersenyum membalas renungan Suri.
"Insyaallah sayang.."sahut Raziq. Juntaian rambut Suri di selaknya ke belakang. Suhani pula buat2 tak nampak. Geram pula melihat kemesraan mereka. Lagi-lagi Raziq. Kata cinta dia sorang,tpi asyik pula mengambil kesempatan atas anak dara orang! Kasanova sungguh!
"U masuk dulu letak barang ni. Nanti I masuk,I nak check enjin kereta jap."pinta Raziq. Suri mengangguk sambil mengambil beg plastik di tangan Raziq. Langkah kakinya di hayun laju menuju ke dalam rumah.
Suhani hanya memerhati hingga Suri hilang di telan dnding. Sesudah itu pandangannya di alihkan pada Raziq. Renungan tajam dari mata lelaki itu benar2 menyesakkan nafasnya.
"Kak Suri tu baik bang. Tak patut abang buat macam ni."ujar Suhani. Dia membelakangkan Raziq. Lebih selesa berbicara tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Abang buat apa?"soal Raziq kembali. Tangannya di silangkan ke dadanya. Senyumannya di sembunyikan bila dapat menangkap resah Suhani.
Saje je buat tak faham mamat nih! Menyusahkan aku betollah! Berbelit pulak lidah ni nak bercakap! Gumam hati Suhani.
"Janganlah putuskan tunang. Kak Suri sayangkan abang. Kesian dia terluka."keluh Suhani. Tangannya memintal-mintal hujung tudngnya.
"Habis,Hani punya hati tak terluka?" Suhani pantas menggeleng.
"Hm,yelah. Senang cari penggantikan."Raziq mula merajuk. Suhani sekadar menjeling sekilas. Mudahnya lelaki itu menabur fitnah padanya.
eee..aku ni naik mati nak lupakan kau,,sedap2 mulut je!
"Kalau macam tu,hati abang ni siapa pulak nak peduli kalau tak abang yang pedulikan?"
"Berkorbanlah. Kalau Hani boleh,kenapa abang tak boleh?"bidas Suhani.
"Tak nak!"Bentak Raziq. Suhani merengus kasar.
"Jangan jadi macam budak2 boleh tak?"marah Suhani. KUrang sabar melihat ketidak seriusan Raziq.
"Kalau Hani nak berkorban,so go on.. tapi abang takkan. No reason abang nak korbankan cinta abang. Abang nak sehidup semati dengan orang yang abang sayang and orang yang sayangi abang. Salah ke?"
"Habis? ABang yakin ke Hani sayang abang lagi??"bidas SUhani menyentakkan Raziq. Bagaikan terkena petir mendengar penyataan Suhani itu. Mata gadis itu di renungnya dalam. Mencari kebenaran kata2 tadi.
Tiba2 handset Suhani berbunyi. Pantas butang hijau di tekan bila tertera di skrin nama Fikri.
"Hello sayang.."Ucap Suhani mesra. Sedikit menjauh dari Raziq.
"Eh,aku mimpi ke apa ni? Sejak bila kita bersayang2 ni? Kau menang loteri ke Hani?"soal Fikri di hujung talian bertubi2. Suhani menggigit bibir,rimas pula dengan pertanyaan Fikri. Sengaja dia berbuat begitu,sebagai langkah menjauh dari Raziq.
"Hah,Hani dengan sepupu Hani ni,Raziq. Dah makan dah,abang dah makan.?" soal Suhani dengan lenggok suara yang manja. Sengaja nama Raziq di bangkitkan.
Berharap dengan cara itu Fikri mengerti.
"Owh,aku faham! Pergh! Cair taik telinga aku ni dengar suara kau mcam ni! Tak pernah2 beb. Kira masuk book of record hari ni!"Fikri terkekek. Sebal Suhani mendengarnya. Raziq pula memendam rasa. Dia tak yakin dengan Suhani. Pantas telefon di tangan Suhani di rampasnya lalu di matikan talian. Suhani mengerutkan dahinya memandang Raziq. Benci bila di perlakukan begini.
"Kalau abang tak boleh dapatkan Hani,Takda orang boleh dapat Hani!"nada suara Raziq perlahan namun kedengaran tegas. Dagu Suhani di dongakkan agar mata mereka bertembung. Takut pula Suhani melihatnya. Begitu dekat sekalin wajah Raziq denganya hingga terasa hembusan nafas mengena tepat pada mukanya.
"Sudah2 abang! Jangan terlalu obses!"marah Suhani. Tangan Raziq yang kuat mencengkam dagunya cuba di tepis namun tak berjaya. Ketakutan dan resah mula merajai hatinya kini. Bimbang kalau2 Suri melihat adengan mereka ini.
"Yes, memang abang obses. Hani penyebabnya! Dan kerana obses ni,abang sanggup mati dari melihat orang yang abang sayang jatuh ke tangan orang lain!"jelas Raziq. Cengkamannya di lepaskan bila telinganya jelas menangkap suara Datin Roziah memanggil namanya dan Suhani.
Suhani menarik nafas panjang. Bersusah payah dia mengawal riak wajahnya. Setelah itu dia berlari masuk,meninggalkan Raziq keseorangan. Seorang? Entahlah,yang pasti tidak lagi bila dia bertembung dengan Suri yang mahu menuju ke ruang taman mini.
Ya Allah,kenapa semuanya jadi rumit macam ni??? Raung hati Suhani,namun tak siapa mendengar....

No comments: