Suhani menangis lagi. Teringat bagaimana dia di hina oleh Pak Ngahnya. Kini dia malu mahu berhadapan dengan semua orang termasuk keluarga Pak Long yang kini sudah menjadi keluarga mertuanya.
Suhani memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Migrainnya datang lagi! Segera dia menyelongkar beg pakaiannya,mencari kalau2 ada panadol yang terselit di situ,namun hampa. Mungkin hatinya tawar ketika mengemas pakaiannya semalam dari rumah atuknya hingga dia terlupa langsung untuk membawa bekalan ubat yang tersedia dalam beg sandangnya.
Tiba2 pintu kamar terbuka. Suhani menoleh tapi cuma seketika bila matanya jelas menangkap susuk tubuh milik Raziq. Dia semakin benci memandang wajah lelaki itu. Kerana Raziq,dia malu mahu menghadap seisi keluarga Pak Long yang kini sudah menjadi keluarga mertuanya.Raziq mengeluh. Perlahan2 dia menapak mendekati Suhani. Bahu gadis itu di sentuhnya.
"Eh,apeni pegang2! Kau ingat kau dah dapat aku dengan cara ni,kau boleh sentuh aku suka hati? Jahanam!"tengking Suhani. Mencerlung matanya memandang raut wajah Raziq. Tangan lelaki itu di tepisnya kasar. Hilang sudah kata2 dan panggilan mesra antara mereka.
"Hani,abang tak salah. abang betul2 tak tau pasal ni. Kita sama2 terjerat!"jelas Raziq. Cuba membela dirinya.
"Kita? Hey hello! Aku yang terjerat,sebab kau punya rancangan! Baru betul! Kau jangan nak berlakon baiklah! Kalau kau tak slah,kenapa baru sekarang nak mengaku? Kenapa kau tak beritahu perkara sebenar masa aku merayu depan Pak Ngah ari tu?"Bertubi2 soalan keluar dari mulut Suhani. Dia benar2 inginkan kepastian dari mulut lelaki itu.
"Abang...abang.."
"Abang ape!!!!"bentak Suhani,memotong percakapan Raziq. Wajahnya semakin menyinga. Hilang langsung keayuan seiring dengan perwatakannya selama ini.
"Kau dengar sini! Memang kita pernah bercinta,aku ulang PERNAH! But not for this time! Aku takkan terima lelaki macam kau dalam hidup aku! Biar aku mati sekalipun! Ingat tu! Aku jijik dengan lelaki macam kau! Inikan nak pandang muka kau hari2! Jelik!"herdik Suhani lantang.
Raziq terpana seketika. Mujur saja bilik ini di buat dari bahan binaan batu. Kalau tak,pasti di dengari dek jiran2. Pengantin bergaduh besar di malam pertama! Lagi haru! Terduduk lelaki itu di birai katil. Kedua2 belah tapak tangannya di tekupkan ke wajahnya. Bukan ini yang di impikan. Memang dia tak mengaku malam itu,tapi semuanya kerana memang hajatnya ingin memperisterikan Suhani. Tapi bukan ini caranya. Dan bukan begini harus bermulanya perkahwinan yang di impikan selama ini. Kusut pemikirannya kini.
Suhani menjeling tajam. Puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia nekad kini dia harus berubah. Bukan kerana Raziq tapi demi maruah dirinya. Dia akan cuba bersihkan kembali namanya. Bukan sekadar berserah dan jatuh tunduk di kaki lelaki keparat ini!
Aduh!! Suhani memegang kembali kepalanya. Terasa menyucuk2 kembali. Raziq sudah panggung kepala. Suhani dilihatnya sudah berkerut menahan kesakitan sambil bersandar di bucu meja. Pantas Raziq bangun,ingin mendekat dan membantu isterinya itu.
'Aku jijik dengan lelaki macam kau!'terngiang2 kembali herdikan Suhani di telinga Raziq. Spontan langkahnya terhenti. Dia menjauh laliu keluar dari bilik tanpa apa2 pamitan. Suhani hanya memandang sambil tersenyum lega. Namun sakit di kepalanya masih lagi terasa.
Tak lama kemudian,Raziq muncul semula dengan gelas berisi air kosong. Beberapa biji panadol di hulurkannya pada Suhani.
"Nah,ambillah. Abang mintak pada mak tadi."Ujar Raziq. Suhani mengerutkan dahinya yang sudah tersedia berkerut menahan sakit.
Mak? Suhani merengus. Pasti lelaki itu sudah memaklumkan sakitnya pada Datin Roziah. Dia tak suka begitu. Lebih gemar sakitnya di simpan sendiri dari di heboh2kan bagai meminta simpati. Dia dah biasa berdikari sejak kecil.
Raziq mengeluh. Suhani tak mahu menyambut pelawaannya. Lantas gelas dan panadol di letakkan atas meja.
"Makanlah,nanti melarat."ujar Raziq lalu beredar keluar dari bilik.
Suhani mencebikkan bibirnya sebaik saja pintu di tutup.
'Eleh,tak nak melarat konon! Sebab kau aku jadi macam ni!'ngomel Suhani sendirian.Lantas dia mencapai paanadol tadi lalu di telannya. AIr kosong di teguknya hingga habis. Setelah itu dia mengambil cormfoter yang tersedia atas almari lalu di bentangnya di atas lantai jauh dari katil pengantin yang cantik berhias. Suhani merebahkan badannya di situ. Tanpa bantal mahupun selimut. Biarlah,dia sanggup begini. Tak sudi mahu menggunakan hak milik Raziq. Duduk dalam bilik ini juga terasa bagai di cekik2. Akhirnya dia melelapkan mata di temani titisan air mata yang kering di tubir matanya.
No comments:
Post a Comment