Matanya melilau mencari kelibat Suhani tatkala lampu tidur di pasang. Tiada di katil. Ah sudah,mana pulak perempuan ni. Jangan buat hal sudahlah. Gumam hati Raziq. Takut juga kalau2 gadis itu nekad larikan diri. Manalah tahu,kadang2 Suhani yang ayu tu mampu berfikiran gila2 bila tertekan.
Raziq menarik nafas lega bila matanya tertacap pada susuk tubuh yang meringkuk kesejukan di lantai yang hanya beralaskan cormfoter. Jatuh kasihan melihat gadis itu. Betapa bencinya gadis itu padanya. Perlahan2 Raziq duduk di sebelah Suhani. Berhati2 dia menyelak rambut yang menutupi wajah gadis yang di pujanya itu. Lembut,bersih,penuh keibuan walaupun baru berusia 18 tahun. Dia masih ingat pertama kali bertemu dengan Suhani,gadis itu terjatuh betul2 di hadapannya yang baru pulang dari kerja ketika itu. Semuanya gara2 kotak besi yang berisi alat2 pertukangan Fikri tidak di simpan dengan baik. Sudahnya,Suhani yang ketika itu yang hendak mengampai baju jatuh terjelopok. Habis baju2 tercampak di mukanya.
Raziq tersenyum. Gelihati pula mengingatkan insiden itu. Tak pasal2 mukanya yang boleh di katakan menarik hati mana2 perempuan yang lalu menjadi sasaran. Nasib baik bukan pakaian yang 'Kecik'. Kalau tak,jatuh merudum terus sahamnya. Namun dalam diam dia berterima kasih pada kotak pertukangan Fikri. Kalau tak kerana kotak itu,entah sampai bila2,dia dengan Suhani hanya sepupu pada nama. Sejak itu baru mereka mahu berbual,berkawan,dan lama2 masing2 terpikat.
Mak dan abah juga senang dengan hubungan mesra mereka. Tapi langit tak selalunya cerah. Dia semakin jauh dari Suhani bila dia terpaksa mengikut kata2 keluarganya untuk berkahwin dengan Suri. Dia boleh saja mengingkarinya,namun bila mengenangkan Suhani yang beria2 menyuruhnya menerima keputusan itu,dia terpaksa beralah. Semuanya demi gadis ini. Demi Suhani. Entah kenapa,hatinya terlalu kasih dengan Suhani. Hingga nyawanya pun sanggup di gadai andai itu yang mampu mengembalikan waktu mereka dulu. Kemesraan mereka di rindui. Sungguh mahal cinta Raziq untuk Suhani Hasan.
"Tidurlah sayang,selamanya abang akan menjagamu.."bisik Raziq lembut di telinga Suhani. Bagaikan terdengar akan Suhani yang lena. Lantas Raziq bangun menuju ke sofa. Dia merebahkan diri di situ,merenung Suhani yang pulas tidurnya dari kejauhan. Ikutkan keinginanya sebagai suami,mahu saja dia menaarik Suhani dalam pelukannya tika ini. Namun akalnya masih waras,ingtannya juga masih jelas mengingati kata2 herdikan Suhani. Sudahnya Raziq hanya mampu menelan liur. Pandangannya di alihkan ke syiling,cuba melelapkan matanya memandangkan Subuh lagi 3 jam akan menjelma.
*****************************************************************
Pagi itu bagaikan hari permulaan pada kehancuran untuk Suhani. Semuanya di rasakan tidak kena. Baik di ruang tamu,di dapur,malah kadang di dalam bilik air pun dia terasa kekok. Bertembung dengan Mak Long dan Pak Long di dapur,lagilah dia rasa bagai di jerut. Hilang terus keramahannya selama ini. Senyuman yang di hulur juga nampak sumbing semacam!
"Woi,pecer ni?"tegur Fikri yang tergesa2 mengejar Suhani yang sudah berisap sedia mahu menghidupkan enjin motornya. Membulat mata Suhani pabila melihatkan wajah Fikri menyapa. Serta merta motornya di tolak jatuh. Helmetnya juga di buka lantas....
BUKKK!
Satu pukulan hinggap di muka Fikri. Terpelnting lelaki itu ke belakang.
"Adoi! Ape ni! Tiba2 jer,takde ribut ,takde ape! Sakit tau tak!"marah Fikri. Bibirnya yang pecah terasa perit sekali. Darah pekat mula mengalir.
"Kau tanya diri kau dulu."balas Suhani. Dia mendekat lagi pada Fikri. Tangan yang memegang helmet sudah di angkat. Dirinya sudah tak dapat di kawal lagi.
"Woi! Elek2 la!"jerit Fikri yang berusaha menjauh. Suhani di hadapannya kini bukan seperti yang di kenali dulu. Mukanya juga sudah menyinga. Naik seram di buatnya.
"Elek kau kata! Pergi mampus sama elek kau!"tengking Suhani. Dia kini meluru mendapatkan Fikri. Helmetnya bila2 masa saja di hempuk kalu kedua ke muka Fikri.
"Hani! Ape ni! Cuba bawak bersabar!"Sepantas kilat Suhani terasa tubuhnya di sambar dari belakang. Dia meronta kuat bila sedar Raziq sedang memeluknya.
"Hei,lepaskan akulah!"marah Suhani. Pautan Raziq di pinggannya terasa kejap sekali. Naik senak juga perutnya. Fikri menggunakan peluang itu untuk bangun.
"Hani,aku tak faham dengan kau ni! Kau kenapa sebenarnya!"soal Fikri. Mata Suhani di tatapnya. Merah menyala menahan amarah.
Suhani menghentikan rontaannya. Penat sebenarnya melawan kudrat Raziq.
"Kau tanya aku kenapa? Kau yang buat macam ni! Sebab kau aku kena kahwin dengan lelaki bajingan ni!"tengking Suhani. Kakinya pula menendang2 Fikri di hapannya. Sikunya pula tak sudah di halakan ke belakang,mengena rusuk Raziq. Raziq terasa sakitnya,apatah lagi mendengar dirinya di ibaratkan sedemikian rupa,namun di tahan saja, Bimbang kalau Suhani terlepas,lain pula hal akan berlaku. Silap hari bulan pecah muka adiknya itu dengan helmet.
"Itu aku tau,tapi sumpah! Aku dapat tau semalam. Aku pergi Penang 2,3 hari lepas. Aku pun pelik jugak tiba2 kau dorang kahwin. Hbis,mak and abah dah setujulah,dah tau korang sebenarnya bercinta?"soal Fikri bertubi2. Naik radang Suhani mendengarnya.
"Tangkap basahlah bodoh!!"jerkah SUhani. Helmet di campakkna ke tubuh Fikri.
Fikri terpana. Dia tidak tahu langsung tentang itu. apa yang di dapati berita dari kawannya semalam hanya abangnya dan Suhani melangsungkan perkahwinan! Sejenak matanya di alihkan pada Raziq,meminta kepastian. Raziq mengangguk perlahan.
GULP!! Fikri sudah telan liur. Pahit!!
"Sumpah aku tak tau ape2! Aku gila syok layan jamming mase tu. Handset ape semua jangan haraplah aku pegang time tu!"Jelas Fikri sambil mundar mandir di hadapan Suhani dan Raziq yang tenang di sofa. Hanya sesekali mata Suhani melingas memandang kalau2 Datin Roziah muncul.
"Habis kalau bukan kau..."Suhani menuding jarinya ke arah Raziq."Dan bukan kau...."Kemudian jarinya di halakan pada Fikri.
"Siapa yang punya kerja? Siapa yang plan semua ni?"terpacul juga soalan yang menyerbu mindanya sedari tadi. Sunyi sepi. Masing2 ligat memikirkan soalan Suhani. Mencari2 kalau2 ada wajah yang mampu menganiayai mereka sedemikian rupa. Tapi hampa. Semuanya kabur.
Raziq bangun dari sofa setelah lama sepi menyelubungi mereka.
"Hm,pikir sampai esok pun tak habis."luah Raziq sambil menuju ke pintu keretanya. Suhani hanya memandang.
"Kau nak pergi mana Ziq?"soal Fikri menghentikan langkah abangnya itu.
"Nak pergi kedai jap,bli barang. Nak join ke?"Fikri menggeleng. Raziq mengalihkan pandangannya pada Suhani pula.
"Hm,tak payah. Aku boleh naik motor sendiri."Suhani bingkas bangun,menuju ke motornya yang tergolek akibat di tolak kuat semasa marahkan Fikri tadi.
"Naik dengan abang sekali. Tu motor tu bukan elok sangat. Cermin sisi pun dah pecah."Raziq menegah. Matanya laju saja menangkap serpihan kaca yang berterabur ketika Suhani mengangkat motornya.
Ah! Pedulik hape aku. Janji aku tak pergi dengan kau. Kalau tak,mesti aku malu setahun! Bisik hati Suhani. Entah apa yang di malukannya dengan suami sendiri.
Raziq merengus bila Suhani berdegil untuk menaiki motor. Gadis itu kini dilihatnya sudah bersiap sedia untuk memakai helmetnya. Lantas helmet itu di sambar Raziq. Berkerut dahi Suhani melihat perlakuan Raziq.
Dia ni agaknya kenan dengan burung helang kot masa Mak Long mengandungkan dia! Asyik suka2 je menyambar benda kat tangan orang. Gumam Suhani tak berpuas hati.
"Cuba jangan degil!"marah Raziq. Fikri hanya memandang sekilas. Sambil2 itu dia memeriksa motor Suhani.
"Aku rasa baik kau pegi je dengan Raziq. Motor kau ni macam ada slek je."tukas Fikri.
Suhani menoleh memandang Fikri. Geram. Bibirnya di ketap kuat. Fikri pula sudah mengangkat tangan tanda tak bersalah.
Tak guna betul Fik ni. lagi aku nak elak,lagi kau nak lagakan aku dengan mamat nih! Bebel hati Suhani. Raziq merenung Suhani,meminta kata putus. Suhani mengeluh berat.
Sudahnya dia terpaksa menuruti saja pelawan Raziq. Kalau tak kerana dia benar2 terdesak untuk ke kedai,dia lebih rela menunggu hari lain,berbanding berdua dengan Raziq. Rimas!
Sebaik saja Toyota Estima milik Raziq meninggalkan laman rumah,Fikri tersengih sendirian. Lucu mengenangkan Suhani yang bawah umur darinya menjadi kakak iparnya. Kahwin tanpa rela,padahal dulu bagai nak rak bercinta!
"Hai,Suhani2... nasib kaulah. Nasib aku jugak..tak dapat kau sebagai isteri,dapat sebagai kakak ipar pun jadilah...hehe.."bebel Fikri sambil tangannya ligat meneliti setiap penjuru motor Suhani. Sesekali dia meraba bibirnya yang terasa perit.
"Aduh...macam kena penumbuk dengan Mike Tyson!"Fikri terkekek sendirian.
No comments:
Post a Comment