KIta nak pergi mana ni?"Raziq menoleh sekilas pada Suhani yang hanya membisu. gadis itu diam. tidak terkutik walau sedikit. Raziq mengeluh. Keluhannya sempat di tangkap pada pendengaran Suhani. Dia dengar,bukan pekak pun.
"Tadi kau yang cakap nak ke kedai. So,kedailah. Takkan pasaraya beli barang nak masak pulak."rungut Suhani perlahan. Pandangannya masih di buang ke luar tingkap. Walau bagaimana sekalipun lelaki itu menafikan perbuatannya,Suhani masih lagi ragu. Biarlah orang kata dia kejam. Biarkan org menyindir dia menyeksa suaminya sendiri. Yang pasti,dia sendiri yang terjerat! Dia sendri yang terseksa sebenarnya!!
"Sampai bila kita nak macam ni Hani?"keluh Raziq mematikan lamunan Suhani. Tangannya cuba mencapai tangan Suhani,namun pantas pula gadis itu menepis.
"Ish! Cakap guna mulut,tangan tu duduklah diam2.!"bentak Suhani kasar. Raziq terkesima. Cukup terasa namun sedaya upaya di pujuk hatinya. Suhani menjeling Raziq yang tenang memandu. Dia benci melihat ketenangan itu.
Hmph! Pura-pura suci la tu! HEEEEE bencinya!!! jerit hati Suhani.
"Abang tanya tadi,sampai bila kita nak dingin macam ni..?"Soal Raziq lagi.
"Sampai bila-bila.!"Nada Suhani tegas membuatkan Raziq bagaikan tersentak. Lantas dia menghentikan pemanduannya lalu berpusing menghadap Suhani. Wajahnya jelas tegang dengan penyataan gadis itu sebentar tadi.
"Kenapa benci sangat dengan abang? Sebab Hani still anggap abang punca semua ni? Punca kita kena tangkap? Macam tu?"bertubi-tubi soalan muncul dari mulut Raziq. Suhani tetap diam. Malas mahu mengendah dengan pertanyaan yang dirasakan sudah berjawapan itu.
Raziq mengetap rahangnya. Jelas bengang dengan sikap Suhani. Serta merta tangannya di hentak pada stereng hingga sistem pengeranya berbunyi. Di biarkan saja ia terusan berbunyi. Kepalanya di sandarkan pada kusyen. Mengurut-ngurut pangkal hidungnya. Suhani yang terkejut dengan tindakan Raziq itu pantas mengurut dadanya. Kus semangat!
"Nak bincang bukan dekat sinilah. Emo tak tentu pasal. Jangan ingat kau sorang ade kmrhan. Aku pun ade! Ingat aku suka sangat ke kau buat macam ni? Ape,nak heboh satu dunia kau dengan aku bergaduh?"marah Suhani. Raziq mendengus kasar lantas mematikan sistem pengeranya. Suasana sepi seketika. Yang kedengaran hanya bunyi kereta lalu lalang di atas jalan raya.
Raziq menarik nafas panjang. Dia merenung paras sisi istterinya itu seketika.
'Inikah dugaan aku menerima kau sebagai permaisuri sehidup semati??'gumam hati Raziq. Perlakuan Suhani yang menyeka titisan jernih yang mula mengalir di pipinya secara sembunyi di pandang sayu.
'YA Allah..kuatkanlah semangatku..beri aku sedikit kekuatan agar dapat ku harungi dugaan Mu ini..'doa Raziq terngiang di hati. Dia meneruskan kembali pemanduannya. Setenang yang mungkin dia mencuba bila berhadapan dengan Suhani,namun kocakan di hati hanya Allah saja yang Maha Mengetahui..
*******************************************************************
"Hani,boleh tolong ambilkan sayur sawi dalam peti ais tu?"pinta Datin Roziah yang tampak sibuk mengups bawang di meja dapur. Suhani mengangguk lalu melangkah ke peti ais. Dia menyelongkar bahagian sayuran.
"Takda pun mak long. yang ada cuma bayam,kang kung,taugeh and petola.."ujar Suhani menelek satu persatu sayuran yang ada.
"Hm..bayam pun bolehlah. Agaknya mak dah masak hari tu. Lupa pulak."Datin Roziah tersenyum pada Suhani yang memandnagnya sekilas. Beberapa minit kemudian dia kembali duduk berhadapan dengan Datin Roziah. Matanya hanya di arah pada cili padi yang di buang tangkainya. Gentar pula melihat senyuman penuh makna itu.
"Kenapa still panggil Mak Long? Kan ni mak mertua Hani..panggillah mak.."pujuk Datin Roziah membuatkan kerja pengupasan Suhani terhenti.
'Aduh..apa pulak alsan kali ni??'rungut hati Suhani. Patutkah dia memberitahu yang mulutnya bagaikan nak terherot bila menukar panggilan itu.
"Er..Hani dah biasa panggil Mak Long..jadi bila nak tukar..rasa..rasa..."
"Kekok?"pantas Datin Roziah menyambung kata-kata Suhani. Dilihat gadis itu segera menganggukkan kepalanya yang ayu di baluti dengan tudung itu. Dia tersenyum kemudiannya.
"Dah dekat 3 bulan Hani..cubalah ya.."pujuk Datin Roziah lagi. Tangannya memegang erat tangan Suhani. Suhani menggigit bibir. Dia mengangguk saja akhirnya.
"Dengan Raziq macam mana?"bisik Datin Roziah lagi. Suhani tersentak. Merona wajahnya tika itu. Datin Roziah tersengih melihat kekalutan gadis itu. menantu instantnya. Fuh,,bukan maggie saja instant! Datin Roziah meneruskan kupasan bawangnya sambil senyuman yang tidak lekang menghiasi bibirnya.
'Heee...time ni pulak nak cakap benda tak masuk akal! Rimas betul!'gumam Suhani dalam hatinya yang resah.
"Hmm..mak msak apa hari ni?"tegur Raziq yang muncul dari runag tamu dengan briefcasenya. Suhani menoleh sekilas pada lelaki itu yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Tiba-tiba dia terasa kepalanya di usap lmbut oleh tangan Raziq. Di biarkan saja. Nak di tegah,nak di marah takut mak longnya terasa hati. Datin Roziah menjeling dari ekor matanya kemudian tersengih.
"Masak lauk kegemaran kamulah...bini kamu nak belajar masak lauk kesukaan suaminya.."ujar Datin Roziah laju. Tersentap Suhani di buatnya. Gedebak gedebuk jantungnya mendengar pernyataan mak longnya itu yang sah2 tak benar!
'Apakah salahku..apakah dosaku...'berkumandng lagu pasrah nyanyian erra fazira di dalam hatinya kini. Terkulat-kulat dia memandnag Datin Roziah yang selamba meneruskan kupasan bawang.
"Iya?? sayang nak belajar untuk abang??"soal Raziq bgaikan tak percaya. Jelingan Suhani yang tajam itu sudah cukup memberikan dia jawapannya. Sengaja dia bertanya,lebih-lebih lagi bila di hadapan maknya. Dalam erti kata lain,..some drama please!!
Suhani senyum simpul memandang ke arah Raziq.
'Perasan!'ejek hatinya.
"Awak nak air apa? Saya buatkan."Suhani bingkas bangun dari kerusinya. Dia berlalu ke peti ais. Berkira-kira untuk mengambil air kosong sejuk untuk Raziq.
"Air kosong dahlah sayang..tak payah susah ntuk abang.."ujar Raziq penuh romantik. Suhani mengangguk. Saat dia menyorokkan wajahnya di balik pintu peti ais,dia mencebik semahu-mahunya.
'Euuu!! Sarkastik!! Geli btol! SAYANG? SAYANNG???'rungut hati Suhani lagi. senyuman semanis mungkin di berikan bila dia menghulurkan segelas air kosong pada Raziq. Raziq turut membalas senyuman Suhani walau dia tahu ianya bukan ikhlas. Namun baginya tika inilah saat yang sesuai dan bahagian bila melihat Suhani tersenyum begitu padanya. Kalau bila berduaan,jangn kata senyum,pandang pun naik kempunan dia di buatnya!
'Aduh..bilalah kau nak buka pintu hatimu sayang??'keluh hati lelaki Raziq.
"Abang,saya ingat nak sambung study."luah Suhani,memecahkan lamunan Raziq. Sdah lama dia ingin berbincang dengan Raziq tentang perkara itu. Cuma dia takut reaksi Raziq.
Ah,untuk apa dia risau pada penerimaan lelaki itu? Dia sendiri berhak tentukan masa depannya. Dia tak mahu hidup sekdar ilmu setakat spm. Duduk di ceruk dapur,berlatih jadi isteri mithali di umur 18 ini. TIDAK!!
Raziq menoleh seketika pada Datin Roziah. Maknya sekadar mengangguk perlahan tnpa di lihat oleh Suhani yang sedang menyambung kupasan cilinya.
"Baiklah.."jawab Raziq pendek. Serta-merta Suhani menoleh padanya,mngharapkan kebenaran dari keputusan itu. Mata Raziq yang redup itu di renungnya. Lama sebelum Raziq mengangguk buat kesekian kalinya. Suhani tersenyum,kali ini tanpa rasa terpaksa. No Drama,no awfull feelings... Di rasakan seperti mahu memeluk saja tubuh Raziq tika itu.
'Haish!! Kan aku tgh perang dingin dgn mamat ni! Mane boleh!'marah hati Suhani. Dia meneruskan kembali kerjanya. Hatinya lapang tika ini..
"Tapi in one condition..."luah Raziq menghentikan pergerakan Suhani. Perlahan-lahan dia menoleh semula pada lelaki itu.
"Abang akn hantar and amik syang walau jauh atau dekat mana pun. And kalau boleh please tolak syarat duduk di hostel."tegas Raziq memberi arahan. Tangannya di awang-awangkan ke kiri kanan. Suhani melopong.
"Tapi.."Raziq mengangkat jarinya. Suhani mengeluh..kali ini hatinya y tadi lapang,rasa di himpit dengan dentuman kereta yang acident!
'Suke hati je buat syarat sendiri!!! Geramnyer!!!!!!!!!!'jerit Suhani namun tak terluah di bibirnya. Raziq menahan tawa bila melhat muka kelat Suhani.
'Sorry sayang...abang takut bini abang kna kebas!'Raziq tersenyum mendengar bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment