gLutamic aCid

Wednesday, November 10, 2010

biarlah berlalu 14

"kau ok tak ni Hani?" soal masayu lembut. bahu rakannya itu di sentuhnya. Suhani berpaling ke arah Masayu. dia hanya mampu tersenyum,namun dia tahu senyumannya hambar tika ini. Masayu faham.

"Aku ada belikan nasi ayam tadi. Ni,nanti kau makanlah. dah berapa hari aku tengok kau berkurung dalam bilik ni. Muka kau pun pucat semacam. bila aku tanya,kata takda apa. Penat dah aku nak tanya lagi..nih,makan. Kalau ikutkan hati,aku nak makan kau punya ni,tapi memandangkan aku on diet,alahmak,tolak tepilah nampaknye..haih.."Masayu cuba berseloroh. Namun Suhani tetap begitu keadaannya. Duduk macam patung bernyawa di meja study miliknya. Sejak cuti hari tu,dia kerap singgah di rumah besar ini. Dia sendiri terperanjat melihat rumah sebesar ini yang sahabatnya duduk selama ini. Dan paling tak sangka,Suhani sudah berkahwin..alahai dunia,banyaknya kejutanmu. tak cukup dengan itu,baru dia hendak kenal dunia Suhani,kini di kejutkan pula dgn berita tentang suaminya kemalangan. Hilang ingatan pula..aduhai sahabat..

"Mas,aku makan nanti. Thanks belikan.."ujar Suhani sambil tersenyum kecil. Setelah itu dia menyambung semula lamunannya. Cincin di tangannya sedari tadi di tenung lalu di main-mainkan di atas meja.Masayu tak mampu menahan sedih,dia segera berlalu dari situ. Suhani dah banyak berubah sejak Raziq kemalangan. Badannya pun semakin susut,mukanya pucat. Sikapnya juga banyak menyendiri.,tak banyak bercakap. Tapi bila..

"Mas,." tegur suatu suara sebaik saja Masayu menutup pintu bilik Suhani. Terperanjat di buatnya. Mahu di lempang saja pemilik suara itu. Sebaik dia menoleh,dia sendiri terkedu. hah,Masayu,kate nak lempang tadi? nape tak lempang sekarang?

"Hmm,knape Raziq,eh,akmal,eh,mal,eh..kejap-kejap,aku pun dah lupa orang panggil kau ape,ni sape yang hilang ingatan nih?" bebel Masayu sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Betullah,sepanjang dia masuk di dalam rumah besar ini,kadang dia dengar ibu lelaki malang ini memanggilnya mal,kadang raziq..aduh..berapa bnyak nama daa???

"Raziq.."ujar Raziq perlahan. Dia tersenyum kecil mendengar rapuan gadis yang agak kelam kabut itu.
"Ah,ye? Raziq. kenapa?" soal Masayu kembali serius.
"Suhani...makan?" Raziq menjengah sedikit pintu bilik Suhani. Hati lelakinya tetap gusar melihat keadaan gadis itu walau dia sendiri asyik gagal meningatkan kembali memorinya tentang gadis itu. Sudah berminggu sejak insiden itu. Dia tahu Suhani isterinya,namun sampai ke hari ini gadis itu tak pernah mendekatinya. Bilik juga sudah di asingkan..atau mungkin sebelum ini bilik mereka memang di asingkan? ahh,tak mungkin ibunya mahu berbohong tentang masa silamnya bersama Suhani..cintakah aku padanya?
"Tak tahulah Raziq,tadi dia kata letak dulu,nanti dia makan. Tapi tak taulah plak kalau dia bohong."ujar Masayu simpati. Dia sengaja tak mahu menyebut nama Raziq semasa menghulurkan nasi ayam itu pada Suhani tadi. Dia tahu,Suhani akan mengambilnya lalu di campak terus ke dalam tong sampah. Dan dia tak berani nak bertanya apa-apa bila Suhani sudah memberikan pandangan singa betinanya..aduh!
Raziq mengeluh perlahan..
"Balik dulu..nanti dia makanlah tu. Kalau tak,kebuluran nanti." pujuk Masayu lalu cepat-cepat dia beredar bila kelibat ibu Raziq sedang menuju ke arah mereka. Karang tak pasal-pasal dia jadi mangsa ejen penyisatan. huh! rimas!
"Raziq?" tegur Datin Roziah. Anak lelakinya itu dilihat sekadar tersenyum manis. Namun terasa janggalnya bila anak mata Raziq lari ke arah pintu bilik Suhani.
"Isteri Raziq tu,dia..makan..err..tak nak makan..err..tadi Raziq belikan nasi..Masayu tolongh pujuk..err.."tergagap Raziq menuturkan ayatnya. Nampak seperti kanak-kanak tadika pulak! Apahal mulut ni??
Datin Roziah mengerutkan dahinya. pelik dengan sikap anaknya itu.
"Dia makan?" soalnya.
Raziq mengangkat bahu. Datin oziah mengeluh.
"Pergilah cuba pujuk. Mak pun tak pernah nampak kamu berdua bercakap..pelik Suhani tu. Tapi pelik lagi kamu ni! Dok tercegat dari pukul 1 tadi dpan pintu ni. rimas mak tengok!" marah Datin Roziah. Bahu Raziq di tamparnya kuat! nak pjuk bini sendiri pun takut. baginya dah tak relevan alasan hilang ingatan itu di gunakan ketika ini. dah hampir sebulan. tiap hari nampak muka bini sendri walau tak sebilik macam dulu.
Raziq menepuk dahinya.
"ALahai mak...tak pernah bercakapla.."keluh Raziq. Namun di gagahkan jua kakinya bila mata Datin Roziah sudah membulat tanda geram. haish..mak..seksa anak sendiri ni..dah la hilang ingatan. Macam nak pergi jumpa awek tak kenal la!
Pintu di ketuk berkali-kali,namun masih tak bersahut. Raziq menggaru-garu kepalanya. Perlahan-lahan tombol pintu di pulasnya. klik! huh? tak berkunci??
Pintu di kuak perlahan. Matanya melilau mencari kelibat Suhani. Tiba-tiba hati lelakinya merasa tak senang. terasa seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Dia melangkah masuk ke bilik yang agak kecil berbanding biliknya itu. Namun wangian bilik itu menyenangkan hatinya. Hiasan nya juga ringkas namun sedap mata memandang..Bilik perempuan agaknya,sebab itulah kot..kot?? Ke sebab bilik bini aku? ah,merepek!
raziq menutup pintu bilik lalu melangkah perlahan ke arah katil bercadar putih,berhiaskan selimut hijau pucuk pisang itu. Gabungan warna yang cantik baginya. Matanya beralih pula ke sudut meja lampu tidur di sisinya. Ada gambar Suhani di situ. Sedang tersenyum bahagia bersama seorang lelaki. huh? oh,itu dirinya. Gambar dia dan Suhani,namun wajahnya seperti nampak lebih muda didalam gambar itu. Mungkin ini gambar lama..mungkin sebelum kahwin,mungkin masa mereka remaja. Mungkin..aduhai..brapa banyak kemungkinan lagilah yang nak menrpa hidupnya..susah benar menjadi orang yang kehilangan memori masa lampau ini. Dia merenung semula gambar itu. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman. Entah kenapa,dia seperti dapat merasakn sesuatu getaran melihat wajah gadis di dalam gambar itu. cintakah?
Biar betul...wujud ke cinta sejati konon seperti keadaannya sekarang ni? Bini sendri pun tak ingat,nak kata bercakap pun jauh sekali.,itu yang nak di katakan wujud cinta? mengarut..dunia2..
Raziq tersengih. Gambar itu di letakkannya kembali. Tatkala dia berpaling,hampir tercabut jantung di buatnya tatkala matanya menyapa mata Suhani yang sedang tegak berdiri di belakangnya. Air liur rasa tak tertelan! Serasa lemah sendinya bila melihat wajah Suhani betul-betul di hadapnanya kini.
"err..err..saya,,,.."Raziq resah. Aduh.mulut ni tak habis-habis nak kasi malu! Relaxla bro..aduh..Raziq meraup wajahnya. Mati kutu di buatnya bila Suhani semakin mendekat tanpa sebutir bicara. Tak berkelip-kelip mata gadis itu memandangnya. Hish,dia ni ok ke tak? macam kena sampuk je..aduh..
Tak semena-mena,tiba-tiba dia lihat air mata mula mengalir dari mata kuyu Suhani. Keadaannya benar-benar seperti orang gila. Dengan rambut yang tidak terurus. Dengan wajah pucatnya..Suhani...akukah penyebab kau begini?? seru suatu suara dari lubuk hati Raziq. Akhirnya Suhani rebah. Mujur sempat Raziq menyambut gadis itu dari jatuh ke lantai. Suhani pengsan? ke? Hidup lagi ke ni? aduh! Raziq kaget,risau di hatinya kian menggunung. Wajah Suhani di renungnya simpati. Puas dia menepuk2 pipi Suhani,memanggil-manggil nama gadis itu,namun tetap tidak menunjukkan reaksi ingin sedar.
"Mak!!!!" laung Raziq kuat..hatinya resah. tubuh Suhani di peluknya kejap seperti risau gadis itu diambil darinya. Ya Allah,selamatkanlah Suhani..rayuan hati Raziq semakin bergema..

p/s=maaf smua..maybe post kali ni tak memuaskan and lambat,saye makin sibuk dgn study.InsyaAllah lepas ni saye akan update dgn full idea n isi okeh? ;) thanx sudi baca~;) from>>>newbies~

No comments: