gLutamic aCid

Tuesday, July 27, 2010

biar berlalu 13

Kereta Raziq kini berhenti betul-betul di hadapan sebuah hospital. Ya,kereta Raziq. Fikri mengambil keputusan untuk menggunakan kereta milik abangnya itu tadi. Suhani sendri pelik. Lelaki itu tak pernah berani menggunakan kereta milik Raziq sehinggalah hari ini. Apa yg sedang terjadi? Kenapa semua keadaan nampka macam berserabut!
“Kenapa dengan hospital?” soal Suhani laju. Fikri yang sedang membuka seat belt hanya mendiamkan diri lalu keluar dari perut kereta. Suhani mengetap bibir geram. Dahlah hatinya tak tenang,di buat pula cara begini,silent treatment. Menyakitkan jntung saja!
“Jom.” Pelawa Fikri saat Suhani sudah berdiri di hadapannya. Laju saja dia melarikan pandangan dari menatap mata Suhani. Sebelum soalan lain yg keluar,baik dia yang mematikannya dulu. Belum sempat dia melangkah jauh,lengannya di rentap ke belakang.
“Fikri. Kau jangan nak main-main dengan aku. Dok senyap dari tadi. Ape dah bisu ke.? Aku punyalah resah Tanya itu ini,kau boleh senyap je. Ingat aku suka sangat ke? Pastu bawak aku kat tempat ni.,tanpa apa-apa penjelasan. Kau ingat aku nujum ke nak tau apa tujuan and motif sebenar kau?” lantang Suhani berkata-kata. Geram. Hanya itu yang sesuai di gambarkan ketika ini. Ya dia geram. Begitu jua cemas. Namun apa yang pasti,cemasnya melebihi perasaan geramnya. Dia takutkan sesuatu. Dia takut Raziq. Sesuatu berlaku pada Raziq. Apatah lagi bila Fikri membawanya ke hospital ini.
“Suhani,bawak bersabar. Ikut je aku. Aku..arghh! kau ikut sajelah!” Fikri merentap kembali tangannya. Melangkah laju masuk ke dalam hospital. Suhani mengeluh berat. Permainan apakah ini. Aduh…releks Suhani. Cool..cool..ntah2 dia saja naki buat gempak. Hmphhh…kalau dah namenya adik beradik dgn Raziq yg kaki mengusik itu,faham faham sudahlah.
Suhani memandang keadaan sekitar hospital semasa Fikri sedang sibuk menanyakan sesuatu di meja kaunter. Dup dap dup dap jantungnya hanya Allah yang tahu. Cool..suhani..cooll…..huhhhhh.. Suhani menarik nafas perlahan-lahan,kemudia di hembuskan kembali. Pandangannya tertacap pada sekumpulan manusia yang sedang mengerumuni sebuah katil. Sebahagiannya merupakan pekerja hospital,sebahagiannya lagi mungkin keluarga lelaki yang sedang terbaring di atas katil. Penuh dengan darah. Spontan mata Suhani membulat. Air liurnya ditelan bagai tersekat di kerongkong.
“Jom.” Suhani tersentak. Sentuhan Fikri di bahunya hamper-hampir meluruhkan jantungnya. Huh!
Suhani hanya membuntuti Fikri tanpa banyak soal. Mulutnya automatic terkunci bila memasuki kawasan hospital ini. Hatinya bertambah2 tak sedap. Kalau di cecah sos,di buat masak gulai sekalipun belum tentu sedap hatinya. Ouh! Apa yang mengarut2 ni Suhani! Spontan dia menepuk dahinya.
Kini mereka berhenti di hadapan sebuah pintu. Jelas tertera di situ nama seorang perempuan yang tak di kenali. Suhani mengerutkan dahinya memandang kea rah Fikri
“Makwe kau ke? Itu pun nak ajak aku teman?” Suhani tersengih sinis. Berapa ramai si Fikri ni menyimpan?? Si Lisa tu tak kire pulak?
Fikri mengeluh. Lantas lengan Suhani di tariknya. Bersama-sama melangkah masuk ke dalam bilik itu. Suhani hanya menurut. Matanya tertacap pada sekujur tubuh yang sedang berbaring lemah di atas katil pesakit. Melihatkan fikri yang melangkah ke hadapan,dia juga menurut namun matanya tak lepas dari melihat wanita tersebut. Mukanya penuh dengan calar dan lebam. Begitu jua tangannya. Ngeri pula Suhani melihatnya.
Farhana tersedar dari tidurnya bila terdengar bunyi derapan kaki. Melihatkan wajah Fikri yang menyapa.dia tersemnyum kecil. Begitu jua pada perempuan yang sedang berdiri kaku di sebelah Fikri. Dia bersusah payah untuk bangun dan bersandar di kepala katil. Mujur Fikri memberi bantuan.
“Thanks.”ucap Farhana. Fikri mengangguk.
“Macam mana? Dah ok sikit? K sakit lagi?” soal Fikri. Melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia. Suhani pula duduk di kerusi yang terletak di penjuru katil.
“Alhamdulillah. Ok sikit.”ucap wanita tersebut. Dia mengalihkan pandangan pada Suhani. Kemudia pada Fikri semula.
“Tu,Suhani.”ujar Fikri tanpa di soal. Farhana kembali memandang Suhani. Membalas senyuman.
“Isteri Raziq…” sambung Fikri lagi. Serta merta senyuman dari bibir Farhana terhenti. Raut wajah Suhani di pandangnya lagi.
“ Apa khbar? Farhana,Kawan fikri?” soal Suhani cuba beramah walaupun terasa canggungnya. Ah.ape pasal plak mulut ni! Marah Suhani dalam hati. Tiba-tiba tangannya di pegang erat oleh Farhana. Suhani terkejut. Bertambah kaget bila air mata mencurah-curah keluar dari tubir mata wanita itu.
“Suhani..saya mintak maaf..”ujar Farhana perlahan. Tersedu-sedu di pendengaran Suhani. Sayu.
“Eh,kenapa ni. Awk tak buat apa-apa salah pada saya pun.”Suhani tersenyum kecil. Dia memandang kea rah Fikri,cuba meminta pertolongan. Namun Fikri hanya diam. Farhana kini sudah cuba untuk bangun dari katil. Suhani cepat2 membantu. Secepat itu jua tubuhnya di dakap erat oleh Farhana.
“Farhana,kenapa ni?”soal Suhani tidak sabar. Dia membantu Farhana turun dari katil. Rupa-rupanya kecederaan wanita itu tidaklah seteruk mana. Kakinya masih boleh di gunakan. Hanya muka dan tangannya saja yg bercalar-calar.
Farhana mengenggam semula tangan Suhani erat. Mata Suhani di pandangnya dalam.
“Saya yang bersalah. Kalau saya tak lari dari kereta abg haritu,semuanya takkan terjadi.”luah Farhana sayu. Suhani semakin pelik. Abang? keluarganya kot. Tapi kenapa perlu mintak maaf darinya? Suhani memeluk erat bahu Farhana memberi sokongan.
“Semuanya takdir Allah mun. kita kena terima.” Pujuk SUhani lembut. Makin kuat tangisan Farhana.
“Tak2! Kalau saya tak buat hal haritu. Kalau saya tak bertengkar dengan abang haritu. Kalaulah saya tak lari dari dia,mesti takkan berlaku apa-apa pada abang Raziq.”
Suhani terpana. Mendengarkan nama Raziq terpacul di mulut wanita itu,dia bagaikan di samabr petir. Tangan yang mendakap erat bahu Farhana terlerai. Wajah Farhana di pandangnya dalam. Mengharapkan penjelasan di situ.
“Abang Raziq? Apa maksud awk,saya tak faham.”ulas Suhani sambil tersenyum kecil. Menutup gugup di hati. Resahnya yang tadi hilang.kini bertandang kembali.
Farhana mengangguk perlahan. Tubuh Suhani di peluknya kuat. Menangis di bahu isteri kepada abang angkatnya,Raziq. Dalam tangisan yang panjang,Farhana menceritakan segalanya. Apa yang terjadi,sebab dan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.
Suhani terkaku mendengar cerita Munirah. Tubuhnya yang di dakap erat oleh Farhana dirasakan longlai saja. Bagaikan tiada kekuatan,dia terduduk. Nafasnya sesak. Dia tidak mendengar sebarang penjelasan lagi dari mulut Farhana,melainkan namanya yang di panggil bertalu-talu. Fikirannya kini ada Raziq. Bayanga wajah di matanya kini hanya Raziq. Dia semakin rindu.
Suhani mengalihkan wajahnya perlahan-lahan ke arah Fikri yang sedari tadi memanggil namanya. Genggaman tangan Fikri menyedarkannya semula. Titik jernih mula mengalir dari mata Suhani. Hanya beberapa titik,namun reaksi mukanya bagaikan tak berperasaan. Bagaikan boneka yang di tugaskan untuk mengeluarkan air mata saja.
“Raziq…”hanya itu yang terpacul dari mulut Suhani. Lengan Fikri di genggamnya kuat.
“Raziq hilang ingatan???? Raziq dah tak kenal aku fikri??”soal Suhani bertubi-tubi. Fikri hanya mengeluh. Cengkaman tanga Suhani terasa begitu perit sekali,namun perit di hatinya melebihi segala-galanya.
Suhani menggeleng-gelengkan kepalanya. Bagaikan tak mempercayai.
“Kau tipukan? Permainan ape lagi ni Fikri,hahaha! Sangat lawak! Cepat! Bawak aku pergi jumpa Raziq. Dia mesti dah lame tunggu aku.”Suhani bingkas bangun. Dia membetul2kan kemejanya. Tudungnya di lipat agar nampak kemas seperti tadi. Air matanya di kesat.
“Suhani..aku tak main apa-apa permainan dah..”ujar Fikri perlahan. Bahu Suhani di sentuh perlahan. Munirah masih dengan sendunya.
Suhani pantas menepis tangan Fikri.
“Ah! Kau jangan nak tipu aku lah Fikri,ak lawak pun ok. Kau dgn abg kau Raziq tu same je,suka main2 kan org. Dah. Yang kau perempuan. stop crying! Aku rimas! Hentiikan lakonan!” marah Suhani. Dia melangkah laju namun di tarik kuat oleh Fikri.
“Lepaskan aku lah! Aku nak jumpa Raziq. Banyak yang aku nak cerita pada dia! Aku nak cakap,exam haritu aku dpt buat dgn baik! Aku nak ckp aku study tak main2 mcm yang dia pesan! Aku nak cakap lagu Justin Bieber yang dia nyanyi haritu sgt sumbang! Aku nak marah dia sbb tak jemput aku tadi. Lepaskan aku Fikri!”Suhani meronta bagaikan orang hilang akal. Tangisan Farhana semakin kuat kedengaran. Suhani memandang tajam pada Farhana. Tak semena beg tangannya di campak ke arah Farhana,tepat mengenai tubuh wanita yang sedang menagis itu.
“Aku dah cakap berhenti menangis! Memekak! Aku nak jumpa Raziq! Kau senyap!” marah Suhani. Tangan yang di genggam erat oleh Fikri dipulas-pulasnya.
“lepaskan aku Fikri! Tolonglah! Aku nak jumpa Raziq…”rayu Suhani. Air matanya kembali merembes. Fikri hanya menggeleng. Dia tak benarkan Suhani berjumpa dengan Raziq dalam keadaan begini. Tak boleh!
Suhani terduduk semula. Dia menagis sepuas-puasnya. Dia bagaikan terbayang-bayang kenakalan Raziq. Kesungguhan lelaki itu mempamerkan cintanya. Keberanian lelaki itu menegakkan cintanya. Hingga mereka sah menjadi suami isteri walaupun menerima tamparan yang buruk dari orang sekeliling. Suhani kesal. Kesal dengan segala yang berlaku. Kesal dengan 3 minggu yang terlepas begitu sja tanpa melihat senyuman Raziq,tanpa menerima usikan lelaki itu. Tanpa kucupan dan salam dari seorang isteri. Dan……Suhani memegang dahinya perlahan.
Dan tanpa kucupan dari suaminya sendri..suami yang dirinduinya..dan sudah pun di cintai..terlambatkah dia???
Suhani menangis lagi.
“Raziq…”hatinya berlagu rindu. Sepinya semakin menyelubungi. Cintanya semakin melemaskan hati. Namun segalanya bagaikan di paksa untuk mati. Berhenti. siapa kau sebenarnya dalam hidup suami aku??

1 comment:

Hafia Hana said...

urmmm
sedey
cpt smbg ek!