gLutamic aCid

Monday, February 14, 2011

biarlah berlalu 16

Raziq menggaru kepalanya yang tak gatal. Sekejap dia menoleh ke arah Suhani yang sedang enak dduk bersandar di buaian dalam taman mini itu. Sekejap pula dia menoleh kea rah pakaian yang tersarung di tubuhnya. Aduhai..mimpi apakah ini?
“Awak,tak kesian ke dekat saya ni? Dah la baru balik dari office,belum mandi apa semua dah kena pakai macam ni? Biar betik??” soal Raziq. Cangkul di tangannya di campakkan ke tanah.
“eh,banyak songehlah awak ni. Kata nak mintak tolong saya pulihkan balik ingatan tu,ni salah satu dari treatment la ni. Haish..demand pulak.”ujar Suhani bersahaja. Dia menjeling sekilas ke raut wajah Raziq yang jelas mencuka. Nak pecah perutnya menahan gelak sedari tadi. Terasa kejang pula mulutnya terherot-herot menahan dari senyuman terukir di depan Raziq.
“Takkanlah..ape kena mengena zaman silam saya dengan karakter tukang kebun ni? Aduhhh…”Raziq menepuk dahinya. Terasa dirinya di perkotak-katikkan pula dengan isteri sendiri. Sudah lah tu,sesi treatment bersama isteri sendiri pun tak di benarkan heboh pada maknya. Bagai ada yang tak kena. Aduh..takkanlah pulak bini aku nak main-mainkan aku. Muka macam suci habis,.macam? macam? Hmmmm…=___=’’’
“Saya lapar ni awak..cuaca pun terik nih..”ujar Raziq perlahan. Antara dengar ataupun tidak. SUhani menjeling sekilas. Kesian pulak dah aku tengok..adesss..kejam sgt la kot..
“Hm,takpelah awak,harini kira off day la..”ujar Suhani sambil berpura-pura menelek buku studynya. Dia tak boleh bertentang mata dengan Raziq. Nanti dia pulak yang melayang sampai jatuh bedebuk! Sejak insiden di hospital kelmarin,nak pandang muka Raziq pun naik segan di buatnya..alahai..malu2 cat pulak dgn suami sndri..hahah!
Raziq tersengih mendengar ayat Suhani. Aduh dia ni,ayat nak boom smuanya..haihh. Raziq menuju kea rah Suhani duduk lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Suhani.
Suhani menoleh sedikit ke sisi Raziq yang bersandar di sebelahnya. Aduh! Ni yang lagi nervous tahap karma ni! Dia duduk dekat pulak dah..adoi..bedebak bedebuk jantung nih.
“Eii awk,duduk jauh sikitlah,dah la belum mandi,duduk sebelah saya yang dah sedia wangi ni. Haihh,sebotol bau minyak wangi pun boleh hilang macam gini.”ngomel Suhani.tangannya dari tadi sibuk menulis sesuatu di helaian muka bukunya.
Raziq mencebik. Paras sisi isterinya di pandang lama. Aduhai,bilalah aku dapat ingat balik tentang kau?
“Eleh,dah awak yang seksa saya macam ni,balik je office terus suruh tukar baju ni.eii,ingat saya pun suka sangat ke berpeluh-peluh macam ni? Hamis tahu?”
Suhani mengangkat kepalanya laju.
“eh eh,nak ingat balik ke tak nak? Nak saya tolong ke tak nak?”ugut Suhani. Spontan matanya di bulatkan.
“erkkk…err..yelah..”Raziq mengeluh. Mahu tercabut jantungnya melihat mata bundar Suhani begitu. Macam nenek sihir nak makan orang pun ada jugak!
Suhani menruskan kembali pembacaannya. Dalam pada itu,dia mengambil segelas air oren yang terletak di bangku sebelahnya,lalu di hulurkan kepada Raziq. Raziq yang mulanya terkejut,hanya tersengih sambil menyambut gelas itu. Aihh..garang-garang hitler,sayang jugak…
“eh,kan saya ambikkan untuk awak minum tadi?” soal Raziq. Ahh,pura-pura Tanya,air dah lalu dekat tekak dah..haha!
“Saya tak haus,boleh ambik sendiri nanti. Agipun kang orang tu demand kata orang seksa dia pulak kan…”ujar Suhani sambil mengangkat keningnya kea rah Raziq. Raziq tersenyum. Ya,dia dah start dah. Dan dia orang yang paling suka bila sampai ke bahagian ini. Berdebat dengan Suhani yang degil lagi keanak-anakkan itu.
“Yeke? Bukan ape,saye takut orang tu pulak jatuhkan gelas lagi,pastu terpijak kaca lagi..aduh!” ujar Raziq setelah habis air di minumnya. Ekor matanya menejeling pada raut wajah Suhani yang jelas tidak berpuas hati. Ok,mula dah!
“hei,mengungkit ea,kalau awak tak panggil nama saya kuat-kuat haritu,saya tak terpijak kaca la! Panggol orang macam jarak sebatu! Huh!” Suhani mencebik.
“yela,dah itu nama awak,takkan saya nak panggil opss mak cik!!! Tak pun opss nenek!!! Tak pun paling comel nama ni..opsss panda!” Raziq mengusik. Suhani mencerlungkan matanya.
“heiiiii!!!! Ape panda-panda nih! Muka saya macam panda sangat ke! Manusia ok!” Raziq sudah tergelak. Dia menjungkitkan bahunya. Saja mahu menambah api kemarahan Suhani.
“Boleh tahan la,tu bahagian mata tu,tak cukup tidur. Takpun,spek awak tu pun dah dekat sama dengan bulatan gelung hitam dekat mata panda.” Ujar Raziq selamba. Dia menoleh sekilas pada Suhani. Oh,dah macam udang terbakar pun ade jugak muka isterinya itu tika ini. Haha! Takpun,panda tgh mengamuk? Ohhh…haha!
“Fine! At least panda tu comel! Tak macam awk! Tuh,tlinga capang macam beruang koala tahu tak! Lepas tu suka tidur,hah,memang elok sangatlah tu nama koala dengan diri awak!”lawan Suhani,tak mahu mengalah. Kini Raziq pula yang tercengang. Koala di panggilnya aku?
“EEEE…tak nak lah koala. Awak amiklah koala,saya nak panda. Lagipun banding panda dgn saya,koala lagi banyak bulu dari saya!” ujar Raziq..errkkk..ape yang aku cuba maksudkan? Ah,bantai jela..
“huh? Hei,tak nak! Awak ambiklah koala tu,saya nak panda! Panda comel,gebu,paling best warna hitam and putih. Bervariasi tau,tak macam koala,warna kelabu! Eww..warna malap!” Suhani tersenyum bangga. Ok,ni sekarang rebut apa? Tittle? Nickname? Huh?? Ok,blurr dah..redah je Suhani! Janji jgn kalah! Yeah!
“Huh? Tak nak! Nak bagi awk koala jgak jugak! Koala comel pe,dukung-dukung,telinga lebar boleh tarik bila nakal!”tegas Raziq.
“huh? Tak nak!! Saya nak panda!!!”Suhani lagi tegas. Pandangannya di hala tepat kea rah Raziq.
“Koala!”
“panda!!”
“koala jugak!! “Raziq juga tak mahu mengalah. Matanya juga tepat kea rah Suhani.
“Tak nak! Nak panda!!!”ulang Suhani. Matanya juga tak mahu lepas dari bertentangan dengan Raziq. Raziq mengeluh.
“haihhh..oklah,awk ambik panda,saya ambik koala ok?”pujuk Raziq.
Suhani tersenyum kemenangan. Hahah,syabas mera bhete!
“perasan tak tangan koala,bila duduk,tangan dia macam nak mintak orang dukung dia kan? Comel!”ulas Raziq. Suhani berfikir sebentar.
“ha ah la..tapi panda pun comel jugak. Wahh..boleh hug!”
“Eh,panda tak boleh sentuh,spesis terancam.”ujar Raziq masih mahu berdebat. Suhani memandangnya geram.
“eh awak ni,tak puas hati pulak dia..jangan jeles panda comel..bayangkan bila hug panda…awww..tenggelam tau tangan,betapa gebunya..aww..tak macam koala,tak mesra alam langsung. Orang nak hug pun kuku dia tu bahaya!”ujar Suhani.
“Alah,kuku tu untuk mempertahankan diri. Nanti kalau panda nakal sangat,dengan kuku yang power tu,carik-carik bulu dia. Tuai semuanya buat selimut musim sejuk sambil minum milo panas..wah..selesanya..”seloroh Raziq.
“heee!!! Senyap la awk!!” Suhani mengambil bukunya lalu di hentak kuat ke peha Raziq.
“adoi! Ganasnya panda ni! Cepat telefon orang zoo,tangkap panda ni simpan dalam kurungan.”Raziq masih mengusik. Tiba-tiba guruh berdentum menandakan hari nak hujan.
“eh,baju belum angkat lagi ni. Nak hujan dah.” Ujar Suhani sambil bergegas menuju ke ampain. Alang-alang dah depan mata,takkan lah nak tunggu bibik jugak. Mujur saja kakinya dah boleh di gunakan walau tak sepenuhnya.
Setelah mengangkat semua baju-baju,Suhani menuju kea rah Raziq yang sudah mengangkat buku-buku study milik Suhani. Sedang elok saja dia melihat lenggok Suhani,tiba-tiba terbayang panda berjalan. Haha! Comellah..! aaaa!! Jerit hati Raziq beserta dengan sengihan yang cuba dia sembunyikan dari Suhani. Aduhai..kalau panda betul-betul,mahu saja dia menerpa lalau memeluk isteri jelmaan panda nya.. aaa?? Haha!
Tatkala Suhani hampir tiba dekat dengan Raziq,tiba-tiba entah bagaimana,kakinya tersalah pijak,lalu tersadung hingga tercampak baju-baju yang baru diangkatnya tepat ke muka Raziq. Aduh!! Adoi adoi adoi!
Raziq tercengang. Apatah lagi ada baju-baju yang tak sepatutnya tersidai di atas kepalanya. Aduh! Di pandangnya Suhani,bergilir dengan ‘barang’ di atas kepalanya. Untuk beberapa saat kemudian,serta merta meledak tawa Suhani kuat,mengalahkan halilintar. Malu-malu pun,dia memang tak dapat tahan tengok muka blurr suaminya itu,apatah lagi dengan hiasan di atas kepalanya. Haha! Comel!! Bayangkan koala dengan benda alah tu..awww….comel!! aaa!! Jerit hati Suhani. Kalau lah di depannya ini suaminya jelmaan koala,dah lama di peluknya,di tarik-tarik telinga dan pipinya! Haha!
Saat itu,hujan mulai turun menitik-nitik,dan Suhani masih dengan sisa tawanya. Raziq pula mencuka sambil mengutip baju-baju yang bersepah. Ketika itu juga muncul Fikri yang tiba-tiba lalu di situ. Terhenti langkahnya sambil memandang pelik kea rah mereka berdua.
“kenapa dengan korang? “Tanya Fikri.
“Ni,aku terjatuh tadi,baju tercampak pastu…haha!” Suhani menyambung gelaknya. Raziq masih lagi diam. Tak puas hati betul! Jatuh saham lelakinya!
Fikri bertambah pelik. Tiba-tiba matanya tertacap pada kotak alat pertukangan yang di gunakan pagi tadi. Memang dia terlupa nak simpan..tapi..benda tu membuat dia teringat sesuatu.
“korang tengah buat treatment ken i?” soal Fikri dengan nada tersekat-sekat. Spontan Suhani dan Raziq memandang ke arahnya. Pelik. Itu yang bermain di fikirang mereka berdua. Orang dah jatuh macam ni dia boleh kata tengah buat treatment?
“Ape pulak?”soal Suhani.
“Kenapa fik?” soal Raziq pula.Fikir memandang kea rah mereka berdua silih ganti. Kemudian jarinya menunjuk ke arah kotak pertukangan di tepi kaki Suhani. Serentak mereka memandang kea rah yang sama.
“err..bukan ini scene waktu korang mula-mula nak kenal and rapat ke?” luah Fikri. Suhani tersentak. Raziq mengangkat kening. Berminat dengan ayat yang baru di keluarkan oleh adiknya itu. Dia memandang kea rah Suhani,meminta penjelasan di situ. Suhani menelan liur. Gulp! Ni déjà vu ke ape? Aku pun lupe! Ouhhh myyyyyyy..

2 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

sweet pulak diaorang berdua ni :)..

writer : cpt smbung k..hehe

sinichies_girl88 said...

tul...tul...
sweet y amat....
lagi sweet klu raziq dah pulih hehe
sambung lagi
:)