gLutamic aCid

Sunday, March 20, 2011

Biarlah berlalu 17

Suhani membuka pintu almarinya. Puas dia mencari-cari barang yang dikehendaki Raziq sejak dari semalam,masih tidak ketemu. Baik di stor mahupun di ruang kerja lelaki itu. Pelik Suhani di buatnya. Sendiri letak sendiri lupa? Ke sebab dia hilang ingatan? Ke memang dasar nyanyuk punya koala? Adohhh!!
‘kejap,dia nak dokumen,yang aku gatal bukak almari baju ni dah kenapa? Buang tebiat agaknya?’ Suhani menepuk dahinya. Saat itu matanya menangkap beberapa kepingan dokumen terselit di celah lipatan baju Raziq. ‘itu kot?’ getus hati Suhani. Lantas dokumen itu di capai lalu di teleknya satu persatu. Dia tersenyum. Ya syabas Suhani! Berjaya mencari harta karun tuan putera! Suhani bangga. Oh panda lebih bijak dari koala rupanya!
Dokumen itu di letakkan di atas katil. Niat di hatinya mahu terus ke bilik kerja Raziq,memberi lelaki itu barang yang di cari,namun beberapa helai baju yang masih belum berlipat membantutkan niatnya itu. Aduhai,pemalas agaknya suami aku ni? Mentang-mentang dari kecik ada bibik yang uruskan semua. Suhani mengomel sendirian sambil tangannya tangkas melipat dan menggantung baju-baju kerja milik Raziq.
“Panda gebu,dah jumpa belum?” tegur satu suara memeranjatkan Suhani. =___= Panda Gebu? Ouh tak perlu pandang,dia kenal siapa saja yang menggelarkan panggilan itu.
“Dah wahai koala telinga panjang lagi malas.”jawab Suhani selamba sambil meneruskan lipatan bajunya. Raziq tersengih memandang dokumen yang sudah tersedia di atas katilnya.
“Bagus panda saya. Camnilah abang sayang! Hehe..” Raziq mengusap-ngusap kepala Suhani. Suhani menghadiahkan satu jelingan makrifat. Bertambah galak Raziq menggelakkannya.
“Aduh,garangnya panda abang. Hug ketat-ketat karang!” Raziq mengusik. Pantas Suhani mencapai bantal lalu di balingnya kea rah Raziq.
“Adoi.,ok,ok,abang keluar kejap. Papa dah panggil kat ofis tu. Haishh,hujung minggu pun kena kerja ke? Baru nak main-main dengan panda gebu ni,tuai-tuai bulu dia buat selimut musim sejuk nanti.”
“Heeee…koala malas!!!”jerit Suhani geram di sambut dengan deraian tawa dari Raziq. Laju saja lelaki itu menghilangkan diri dari bilik itu,meninggalkan Suhani sendirian. Sebelum kena serangan amukan panda,lebih baik dia keluar dari situ. Tapi dia suka. Dia cukup suka mengenakan Suhani,apatah lagi bila mendengar suara gadis itu menjerit kegeraman akbat di buli oleh suami sendiri. Haha! Aduhai panda..
Suhani mendengus geram. Kalau Raziq di depannya tadi,dah lama dicekik-cekiknya lelaki itu. Malang betul perangai suami macam budak-budak. Malang lagi bila dia saja yang teruk di buli. Huh! Menyampah lagi tak puas hati ok?
Suhani mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia duduk sebentar di katil setelah habis baju di gantungnya. Kepalanya terasa berdenyut sejak akhir-akhir ini. Namun terasa makin kerap dia mengalaminya. Mungkin sebab migrainnya dating kembali. Dia sendiri tidak tahu. Ubat? Rasa macam tak elok kalau selalu bergantung pada ubat. Oh myyy…penat betul! Apa pun,dia memang berhajat mahu ke hospital esok. Menemani Fikri melawat perempuan tu. Perempuan? Ye,dia agak lupa siapa nama gadis yang muda setahun darinya itu. Dia malas mahu mengingatinya. Sebab dia sakit bila mengingatkannya. Ya Allah..
*************************************************************************
“Kau ok ke tak Hani? “ soal Fikri sebaik sahaja kereta mereka berhenti di perkarangan hospital. Suhani mengangguk.
“ Kalau kau terpaksa,tak payah teman aku. Aku boleh pergi sorang. Lagipun Suri ada jugak.” Ujar Fikri. Spontan Suhani memusingkan kepalanya. Nama itu membuatnya teringat kembali soalan yang masih berbuku di hatinya.
“ Kau dengan Suri?”soal Suhani. Fikri diam sejenak.
“ Ha ah dia yang wiling nak jenguk sekali perempuan tu.” Balas Fikri. Suhani mendengus.
“ You know I’m not asking for that answer. So please..”Suhani fed up. Fikri mengeluh kecil.
“ Maaf Hani,aku tak berniat nak sembunyikan semua ni dari semua orang terutamanya kau. Tapi sumpah Hani aku tak termasuk pun dalam plan nak kenakan kau dengan Raziq dekat hotel dulu. Aku betul-betul tak tahu apa-apa. Aku dekat penang kan praktis untuk battle of the band.”ujar Fikri bersungguh-sungguh.
“tapi korang macam menganiayai aku,dengan Raziq sekali. Kau sedar tak?”bidas Suhani lantang. Geram,dia rasa sangat di perkotak-katikkan ketika ini.
“Aniaya what Hani,korang pun saling mencintai. Suri sendiri actually di paksa dengan family dia untuk kahwin dengan Raziq. Masa tu kami dah saling kenal and cinta antara satu sama lain dah pun. It’s not a biggie deal kan?” ujar Fikri selamba. Suhani menepuk dahinya. Adoh! Ajaran apalah yang korang bawak ni??
“ Huh..dah la Fikri,aku malas nak bertekak dengan kau lagi. Sakit kepala aku ni! Sakit lagi jiwa aku tahu tak? Kalau ikutkan aku,nak je aku baling kau dari tingkat atas hospital ni.”ujar Suhani lantas keluar dari kereta. Kebetulan Suri sudah berdiri di tepi keretanya. Mata mereka bertatapan sebentar.
“ Kalau cinta sekalipun,ada mulut nak berterus terang. Ada agama nak ikuti jalan yang benar. Otak kalau penuh dengan ilmu sampai menara gading,tapi aniaya orang dengan cara macam orang tak berakal tak guna jugak..”ulas Suhani tajam sebelum meninggalkan Suri berdua dengan Fikri di situ. Ah! Biarlah dorang. Benda dah lepas,tapi sakitnya hati ni! Heeeee!!! Tenuk,cipanzi! Tenuk,tenuk,tenukk! Suhani memegang kepalanya. Biarlah,doctor,doctor!! I need your help sekarang! Adohhhh kepala ni sengal betul!
Raziq melajukan pemanduannya. Dia tak sabar. Tak sabar nak menemui Suhani. Entah kenapa dia teruja sangat-sangat mahu menemui isterinya. Hatinya berdebar,namun dia yakin debarannya hanya untuk Suhani. Biarlah banyak mana pun ingatan dan memorinya bersama Suhani hilang,dia yakin,dia mampu hidup dengan memori baru bersama Suhani. Andai memori lama itu penuh denga kesengsaraan,lagilah dia tak mahu mengingatinya. Raziq tersenyum bahagia. Suhani..! kita ada memori baru! Pasti! Jerit hati Raziq.
Pontias G6 kini berhenti betul-betul di hadapan restoran yang di sebutkan Suhani di telefon sebentar tadi. Dari luar dia sudah Nampak kelibat Suhani yang sedang duduk di kerusi makan sambil membaca novel. Oh isterinya itu kaki buku. Panda yang comel di hatinya.
Suhani mengangkat kepalanya biladia terasa ada yang memerhatikannya. Matanya cepat menangkap kelibat Raziq sedang keluar dari keretanya. Ah,kenapa dia rasa rindunya sarat tika ini?
‘Abang ke tu..Raziq? ke Mal hani dulu…’ujar hati Suhani.
Raziq tersenyum dari jauh. Matanya menoleh kekiri dan kekanan,memastikan tiada kereta melintas.
‘Suhani..kita boleh bina memori baru, abang pasti! Kita yakin kan?’ luah hati Raziq. Tak sabar dia mahu mendekati Suhani tika ini. Dadanya terasa sarat.
‘Hani rindu sangat abang..’hati Suhani menangis.
‘Abang rasa nak peluk Hani tanpa perlu berjauh lagi..abang sayang Hani..’Raziq melintas. Semakin dia mendekati Suhani,semakin dia berdebar.
“Panda lama tunggu dah?” tegur Raziq sambil mencuit pipi Suhani. Suhani menarik muka. Cis!
“Ye Koala kenapa lama sangat. Panda dah buhsan ni tahu tak?? Wayang dah nak start ni!”omel Suhani. Dilayan saja loyar buruk suaminya itu. Dia mahu gembira. Mahu gembira sangat-sangat bersama Raziq hari ni. Lupakan semua Suhani. Lupakan semua buat sejenak ini.
“ wayang? Ouh sayang,pertama kali Hani ajak abang tengok wayang! Sebelum ni jual mahal.”usik Raziq. Suhani mencebik.
“Orang tak nak ganggu waktu kerja orang tu. Kan dia sibuk memanjang. Ceh!” balas Suhani yang sudah berdiri bersebelahan Raziq. Mahu cepat beredar dari situ.
“Eh eh,yeke?? Aishhh..”Raziq mencuit hidung Suhani. Dia suka lihat Suhani menjeling begitu. Panda yang sungguh menawan. Awww!
Suhani menepis tangan Raziq lalu beredar ke kaunter bayaran.
‘Janganlah buat saya macam ni..saya tak tahan tengok koala ni..’keluh hati Suhani. Belum sempat dia membuka purse untuk membayar minumannya,Raziq sudah terlebih dahulu menghulurkan duit kepada cashier itu. Suhani hanya mampu memandang geram. Laju saja dia melarikan mukanya bila Raziq sudah mahu mencubit pipinya. Sakit tahu tak!
“ So,dekat mana? Nak dekat GSC yang Carefour ke dekat MP sana?” soal Raziq. Suhani berhenti memikir.
“MP.kita pergi kedai baju kejap.” Suhani mendang kea rah Raziq. Raziq tersenyum.
“Nak tambah koleksi kostum panda ke?”usik Raziq.
“Taklah,nak beli perapi bulu panda sekali.”balas Suhani selamba. Sekali lagi hidungnya di tarik geram oleh Raziq.
“Pandai dah kenakan abang ye?” Raziq membulatkan matanya. Suhani menjelirkan lidahnya.
“Jelir lagi,cium baru tau!” ugut Raziq. Ok,Suhani senyap dah. Bukan boleh percaya suaminya itu. Silap hari bulan ada pulak adengan romantika tengah-tengah tempat letak kereta ni. Raziq tergelak besar. Aduhai,dia bahagia hari ni..
“sayang!!!” laung Raziq dari fitting room. Suhani yang sedang memilih beberapa helai pakaian lelaki terkejut. Lantas dia menjenguk. Dia tersenyum puas melihat penampilan Raziq.
“Awww koala saya!!” jerit kecil Suhani. Bertambah geli hati melihat riak muka tak puas hati Raziq. Haha!
“perlu ke baju macam ni nak tengok wayang dengan sayang??” soal Raziq tidak berpuas hati. Di belek-beleknya penampilan di hadapan cermin.
“Perlu!” ulas Suhani pendek. Raziq mendengus geram.
“Heee sesuai ke? Abang dah 25 ok. Pakai baju style urban ala-ala budak university. Nanti apa orang cakap? Tua tak sedar diri..adoh!” adu Raziq.
“Abang dah tua ke?”soal Suhani memotong percakapan Raziq. Raziq terdiam sejenak memikir.
“erkkk…belum-belum,dewasa je. Heheh..” Raziq tersengih. Suhani meneliti muka Raziq.
“Ok miss,saya nak baju ni,abang bayar ok? Hani tunggu dekat luar.” Suhani beredar laju. Raziq menangakat kening kea rah pelayan kadai itu. Mereka hanya mampu menjungkitkan bahu sambil tergelak kecil.
Suhani menunggu di luar kedai. Sebaik saja Raziq tiba di sebelahnya,laju saja dia menarik tangan Raziq menuju ke salon rambut di hadapan.
“Aduh ape pulak kali ni sayang?” soal Raziq.
“Ikut ajelah…”Suhani tersenyum kecil. Sebaik tiba di dalam salon,Suhani bercakap-cakap sebentar dengan tukang gunting rambut itu. Sambil-sambil itu tangannya ikut terawang-awang sambil menunjuk kea rah Raziq. Aduhhh isteriku..ape lagilah agenda kamu ni? Ouh,tangan panda terawang-awang..comel!! jerit hati Raziq. Dia tersengih sebelum dia di pelawa oleh salah seorang amoi kedai itu untuk duduk di kerusi yang terletak di depan cermin besar kedai itu. Gunting! Adoh!
Suhani berjalan-jalan di sekitar kedai berhampiran menunggukan Raziq siap. Teddy bear besar di kedai Lovely Lace itu benar-benar menarik hatinya. Laju saja tangannya menyentuh patung besar itu. Ouh,rasa nak peluk ok?
“Once hug consider sold..”tegur ssatu suara membuatkan Suhani menarik kembali tangannya. Pantas dia menoleh. Ouh ok,mamat ni yang pernah tumpangkan aku sampai dekat rumah. Kali teakhir jumpa masa tu la. Atau lebih tepat sekali,waktu dia mengetahui Raziq eksiden. Sejak itu dia macam zombie,ke kuliah macam orang tiada perasaan saja bila berjalan. Itu bak pendapat masayu lah.
“I’m just touch it,not hug.”ulas Suhani pendek. Lelaki itu tersenyum.
“ Sorang ke?”
“Taklah dengan husband.”ujar Suhani selamba. Turut membalas senyuman.
“ have just married??” Lelaki itu terkejut.
“Almost 2 years..” Suhani tergelak kecil. Pasti ramai yang tak mempercayainya. Kahwin di usia muda. Yup! Tiba-tiba matanya menangkap kelibat gadis yang berdiri tak jauh darinya. Berdiri elok di sebelah lelaki itu. Dia mengangkat keningnya.
“ouh,kenalkan ni Farhana,my…”
“Awek??”potong Suhani sebelum sempat Amar menghabiskan ayat. Amar hanya tersengih. Suhani tersenyum sinis kea rah gadis muda setahun darinya itu. Hebat kau wahai perempuan.
“Since when?” soal Suhani lagi. Anak matanya tak lepas memandang kea rah Farhana.
“Almost 3 years jugaklah kan awk?” soal Amar memandang Farhana yang sedari tadi diam. Farhana mengangguk perlahan.
“OUh okay..hai farhana,nice to meet you.”ujar Suhani sambil melambaikan tangannya. Dia tak sudi rasanya mahu bersalaman dengan gadis itu. Hatinya sakit. Sakit teramat.
“Suhani!”laung Raziq dari jauh. Suhani menoleh. Hatinya berdebar. Luruh jantungnya tika itu bila Raziq menghampirinya. Penampilannya,penampilanya! Raziq mengahmpiri Suhani. Dia tersenyum lebar kea rah Suhani. Pandaku,kacak tak koala hari ni? Hehe~
“Abang rasa aura baru hari ni. Aura muda! Aww!” bisik Raziq ke telinga Suhani. Suhani tersenyum. Suara Raziq benar-benar mengusik tangkai hatinya.
‘aku mahu tempat di hatinya seorang..’bisik hati Suhani.
“Kenalkan ni kawan Hani, Amar..yang itu…”Suhani memandang kea rah Farhani yang tak lepas memandang Raziq.
“saya…farha..na..”ujar FArhana tersekat-sekat. Amar hanya memandang pelik. Kenapa malu sangat gadis ini hari ni?
“OUh..apa? far..??”ulang Raziq.
“far..ha..”
“Ana!”sebut Suhani tegas. Memotong percakapan FArhana. Ya,dia sakit! Sakit menyebut nama itu! Jiwanya luruh,namun pantas dia menoleh tepat kemuka Raziq. Dia mahu lihat perubahan riak wajah lelaki itu,namun hampa.
‘ouh abang dah lupa..’Suhani mengeluh.
“Ouh Farhana?” ulang Raziq. Farhana mengangguk perlahan.
“Kenapa macam pernah jumpa ya?”soal Raziq lagi. Ya,dia macam pernah lihat wajah itu. Wajah itu juga seakan menimbulkan getaran di hatinya tiba-tiba. Ya Allah..memori apakah ini?
Suhani menoleh ke tempat lain. Ya Allah,takkanlah sekrang waktunya..takkanlah sekarang waktunya aku kehilangan cinta aku.. Dia tak sanggup,tak sanggup melihat bibit pertemuan semula pasangan kekasih itu. Hatinya berdarah!
Farhana diam. Amar memandang kea rah Raziq dan Farhana bergilir-gilir.
“Maybe pelanduk dua serupa agaknya.” Amar memecahkan suasana sepi. Seperti ada yang di sembunyikan oleh gadis itu. Suhani juga kelihatan tidak senang dengan situasi itu.
“yelah agaknya. Maaf.”ujar Raziq. ‘Farhana..’ hatinya memanggil tiba-tiba. Kenapa dia rasa sakit di dadanya tika ini.
“Errr..kami pergi dulu lah,wayang pun nak start dah ni.”ujar Raziq. Dia memandang kea rah Suhani. Suhani..mana getaran hati abang bersama kamu tadi?? Ke mana hilangnya sayang?? Rintih hati Raziq.
‘Abang…Hani tak mahu hilang abang..’rayu hati Suhani. Dia tersenyum hambar. Latas mereka berlalu dari situ. Tanpa pamitan dari mulut Suhani,mahu padangan terakhir dari Suhani buat FArhana dan Amar . Biarlah…dia penat,dia mahu bergembira sebentar harini. Hatinya sakit.
Kedua-duanya sepi sepanjang menuggukan wayang bermula. Masih memikirkan peristiwa tdi. Walau sejenak,namun membangkitkan seolah-olah seribu persoalan di hati Raziq,namun seribu kesakitan di hati Suhani. Tiba-tiba dia terasa tangannya di genggam erat oleh Suhani. Dia menoleh kearah gadis itu. Cahaya yang suram menghalangnya untuk melihat lebih jelas.
“abang yakin kita boleh bina memori baru?”soal Suhani perlahan. Raziq terdiam.
“Yakin sayang…abang cintakan Hani,itu yang abang rasa sekarang. Dulu pun macam tu kan?”soal Raziq kembali.
“Abang cintakan saya bersandarkan kenangan lalu yang abang sendri tak pasti?” bidas Suhani. Raizq terdiam. Dia mengeluh. Tak tahu pergolakan apa yang sedang berlaku. Siapa gadis tadi? Ada kena mengena denga masa silamnya? Entah! Dia mahu gembira! Dia hanya mahu SUhani di sisinya saja sebentar tdi. Tapi kini seakan berbelah bahagi.
“Abang tak ingat sayang…”keluh Raziq. Suhani terdiam sejenak. Dia takutkan itu. Takutkan keraguan yang bakal timbul di sebalik kenangan lama suaminya yang mula timbul. Suhani memejamkan matanya. Air matanya mengalir perlahan. Tangannya melepaskan genggamanya sebentar tadi. Namun pantas pula Raziq mencapai kembali tangannya. Menggenggam erat. Lampu di matikan tanda wayang sudah mahu bermula. Saat itu dia dapat rasa tubuhnya di peluk hangat oleh Raziq. Dia menyembamkan mukanya di dada Raziq.
‘Ya Allah abang..kalaulah abang tahu betapa sakitnya saya nak terima kisah abang yang lalu..betapa peritnya saya nak menyedari saya hanya org ketiga. Betapa payahnya nak terima hak saya hilang di sebabkan dia..’jerit hati Suhani.
‘Apa yg sedang berlaku Ya Allah…?’ soal hati Raziq. Dia bingung.
“Abang nak hari ni jadi memori kita yang bahagia..kita gembira,kita kuat. Kita boleh jadi superkuatkan?”pujuk Raziq perlahan. Makin erat dia memeluk Suhani. Kenapa sakitnya dadanya tika ini? Sesak benar rasanya. Suhani diam. Hanya esakannnya yang kedengaran di telinga Raziq. Mujur audio system di situ kuat,meneggelamkan esakan SUhani dari orang ramai.
“Nanti kita makan koneto sama-sama nak panda?”ujar Raziq cuba berseloroh. Suhani diam lagi.
“Jawablah panda,nanti koala tuai bulu tu sampai habis karang, takpun cabut bulu dia satu-satu sampai dia menjerit. Gunung pun boleh runtuh denagr panda jerit!” seloroh Raziq lagi. Tiba-tiba dia rasa ada satu cubitan hinggap di perutnya. Adoi! Ketam dah mari! Panats saja Suhani menolak tubuhnya jauh. Dia tergelak. Ya,bahagia. Moga bahgia ini berkekalan,paling tidak pun sepanjang hari ni Ya Allah..
‘aku cintakan dia Ya Allah…’raung hati Suhani di tutupi dengan senyuman palsunya.

4 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

yeah..entry baru...lame cik writer tak update..huhu

Hafia Hana said...

update la slalu..
dh x brape ingat citer ni

Zass said...

aku tak faham jalan critannya... apa maksud hani dia orang ketiga???? bila masa pulak raziq bercintun ngan farhana??? arhh... keliru seyh... tak mungkinlah raziq cari lain.... bukan dia cintakan suhani separuh mati ke sebelum kemalangan mereka dulu??????? plis sambung cepat...................................

Cik Gagah said...

~.~ maaf semua..lmbat mengupdate smpai lupe2 jln crite~ aduhai..maaf3..busy lately,nih pun curik2 mase je update sambungan dia..ha? ehehe..misteri sikit kali ni,nnti smbungan insyaAllah dcritakan sdikit demi sdikit rhsia dsebalik post yg ini~^^, maaf komplikated skit..eheheh..ape pun sye sgt2 hargai kamu2 sudi ikut and baca~