Raziq membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih disekelilingnya terasa sekana-akan menikam anak matanya. Perit. Dia melihat sekitarnya,hanya putih yang menemani tubuhnya yang bersendirian di situ. ‘aku dekat mana ni?’ Raziq berkata sendirian. Dia bangun dari pembaringannya lalu berjalan tanpa arah. Dia bingung. Setahu dia,dia bersama Suhani,bercuti di Cameron Highland. Kemudian mereka menangkap gambar bersama di ladang teh,strawberry..dan..
‘Abang?’ tegur satu suara membuatkan lamunan Raziq terhenti seketika. Kepalanya pantas menoleh mencari-cari suara itu. Setahu dia itu suara Suhani. Suara yang dirindunya saban hari,jam,minit dan saat. Dia tersenyum lega pabila anak matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang berdiri di belakangnya ,memandang sambil tersenyum manis.
‘Suhani..’ Raziq menggenggam erat huluran tangan dari wanita itu.
‘Hani cintakan abang..’luah Suhani lagi sambil tersenyum. Raziq ikut senyum. Bahagia menyelubungi dirinya tatkala ini. Namun senyumannya mati bila wajah Suhani seakan-akan keruh pula. Bagai ingin menghamburkan tangisan yang di tahan-tahan.
‘Hani..? kenapa?’ soal Raziq mendekat. Genggaman tangan isterinya juga tiba-tiba terlerai.
‘Abang,jangan tinggalkan saya.’ Raziq berpaling. Suara siapa pula tu? Berkerut dahinya tatkala pandangannya disapa oleh seseorang yang sedang berdiri tegak di belakangnya sambil menangis. Raziq memandang tajam wajah yang lencun dengan air mata itu. Huluran tangan itu dipandang dingin. Raziq menoleh semula kea rah Suhani. Wanita itu semakin menjauh darinya. Raziq kaget. Dia ingin mendekati Suhani namun kakinya seakan di paku.
‘Abang tipu Hani abang? Abang tak pernah cintakan Hani?’ ujar Suhani sayu. Selangkah demi selangkah dia menjauhi Raziq.
‘Tak hani. Abang cintakan Hani. Demi Allah! Jangan tinggalkan abang,syg.’ Pujuk Raziq resah. Tangannya sedaya upaya cuba menggapai tubuh Suhani,namun hampa. Suhani sekadar menggeleng ,manakala sebelah tangan Raziq sudah di genggam erat oleh Farhana.
‘Lepaskan aku Ana! Hani jangan tinggalkan abang!’ keras suara Raziq memanggil Suhani. Wanita itu hanya semakin menjauh dengan air mata yang mula bercucuran. Kepalanya berdenyut tiba-tiba. Dia mahu berlari namun tak berdaya. Kepalanya di pegang kejap. Tangan Farhana yang memeluk erat lengannya juga serasa tak mampu ditepis lagi.
‘Suhani…’Raziq memejamkan matanya. Mulutnya berulang-ulang kali memanggil nama isterinya.
“Raziq?” seru suatu suara yang lain pula. Nafas Raziq seakan beralih tahap kelajuan. Deras. Goncangan serta genggaman erat ditangannya dibalas kejap. “Raziq!” spontan Raziq membuka matanya. Jantungnya berdegup kencang bagaikan baru menyudahkan acara lumba lari.
“Anak saya dah sedar doctor.” Suara ibunya,Datin Roziah kedengaran. Saat itu juga matanya menangkap raut wajah yang tidak di kenalinya menghampiri. Kelopak matanya di periksa serta disuluh. Denyutan nadinya juga di periksa. Raziq hanya mendiamkan diri. Dia bingung seketika. Satu persatu wajah yang mengelilinginya di pandang. Dato Rahim serta Datin Roziah risau melihat pandangan kosong anak mereka. Takkanlah hilang terus ingatan kali ini sekali lagi?
“macam mana doctor anak saya?” Dato Rahim memandang wajah pemuda itu dengan harapan yang tinggi.
“Dia ok Dato. Cuma tekanan darah dia tinggi. Kepalanya juga seperti mengalami tekanan. Sebab tu en.Raziq rebah semasa hantar isterinya tadi.” Ujar doctor Irham pedek dan jelas. Mereka tersenyum lega mendengarnya. Raziq ingin bingkas bangun bila telinga menangkap perkataan isteri dari mulut doctor itu,namun pergerakannya terbatas dek tiub yang di cucuk kemas di tangannya.
“Nak kemana Raziq?” soal Datin Roziah mmebantu anak sulungnya itu untuk bangun dari pembaringan.
“Suhani..” hanya itu yang keluar dari mulut Raziq. Dia mahu melihat Suhani. Dia mahu tahu keadaan isterinya itu. Itu yang menggusarkannya tika ini.
“Rehatlah dulu,isteri kamu ada dalam bilik rawatan. Kamu tu pun kena rehat untuk kesihatan diri.” Tegur Dato’ Rahim bila doctor muda tadi telah pergi bersama dengan 2 jururawat pembantunya. Datin Roziah mengangguk mengiakan kata-kata suaminya itu. Geram pula dia di buatnya bila melihat Raziq sekadar menggeleng.
“Nanti kamu pulak yang sakit.” Datin ROziah bersuara. Teragak-agak dia bila melihat Raziq sudah berdiri tegak. Tangannya erat memegang lengan Raziq,cuba menghalang anak lelakinya itu. Raziq menoleh kea rah wajah ibunya. Tangannya menyentuh tangan ibunya sambil anak matanya menikam tepat ke dasar anak mata Datin Roziah.
“Mal nak jumpa nyawa mal.” Ujar Raziq pendek. Datin Roziah serta Dato Rahim terpana. Bukan kerana kata-kata itu,tapi kerana nama panggilan itu. Setahu mereka,nama ‘Mal’ itu hanya kerap di gunakan sebelum insiden yang menyebabkan anak mereka itu hilang ingatan. Datin Roziah tersenyum gembira. Ya Allah…terima kasih Ya Allah Kau pulangkan kembali ingatan anak kami. Datuk Rahim sekadar mengangguk sambil menepuk-nepuk bahu anaknya itu.
Ketika mereka melangkah keluar dari bilik,serentak itu juga Fikri menerpa kea rah abangnya. Kerisauan jelas terpancar dari wajahnya.
“Kau ok ke?” soal Fikri memandang Raziq dari atas hingga bawah. Raziq satu-satunya abang yang dia ada. Cukuplah insiden yang lepas membuatnya seakan kehilangan Raziq yang sebenar. Raziq mengangguk sambil tersenyum tawar. Matanya menangkap kelibat Lisa,bekas tunangannya berdiri tegak di belakang adiknya. Kemudian dia memandang semula Fikri.
“Jaga Lisa baik-baik. Bekas tunang aku tu.” Ujar Raziq sambil tergelak kecil,menepuk-nepuk bahu adiknya. Fikri dan Lisa melopong. Bekas tuning? Ini bermakna Raziq di hadapan mereka ini adalah Raziq dulu. Ingatannya telah kembali. Fikri tersenyum lega bila mak dan ayahnya turut mengangguk,mengiakan persoalan dari pandangan mata anak mereka itu. Dia sikit pun tak terasa dengan kata-kata Raziq sebentar tadi. Dia tahu itu gurauan kasar abangnya dan dia dah terbiasa dengan ‘Raziq’ yang ini. Raziq turut menghadiahkan senyuman buat Lisa yang agak gugup disitu. Dia tahu wanita itu sebersalah terhadapnya. Namun apa lagi yang harus di pertikaikan? Dia cintakan Suhani. Dia perlukan Suhani. Pertunangan mereka sebelum ini juga sekadar memenuhi kehendak ibu bapa serta kehendak Suhani sendiri.
Suhani mencelikkan matanya tatkala dia terdengar bunyi pintu dibuka. Sebak dadanya bila raut wajah Raziq menghiasi pandangannya. Wajah suaminya itu Nampak lemah,begitu juga dengan pergerakannya. Suhani menguatkan kudratnya untuk duduk bersandar di kepala katil. Member ruang untuk lelaki itu duduk disisinya. Air matanya sedaya upaya di tahan dari mengalir di hadapan Raziq tika ini.
Raziq duduk disisi katil,menghadap wajah pucat Suhani. Luluh hati lelakinya melihat isterinya dalam keadaan begitu. Ingin saja dia mencabut tiub air dari tangannya serta tangan Suhani. Dia tahu sakit. Dia tak mahu benda itu mencacati tubuh wanita yang di sayanginya. Raziq mengenggam kemas tangan Suhani lalu di bawa ke bibirnya. Di kucupnya penuh rindu. Wajah Suhani juga di usapnya lembut. Tiada siapa bersuara. Hanya mereka berdua saja yang ada di dalam bilik itu. Suhani hanya memandang perlakuan suaminya itu. Dia juga rindu. Namun dia takut untuk luahkan. Dia takut untuk berharap. Apa guna kalau Raziq tidak ingat kenangan mereka. Apa yang lelaki itu ingat hanya kenangan percintaan dia dengan Farhana. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Dia tahu dia bakal kehilangan Raziq suatu hari nanti.
“Kenapa rahsiakan dari abang tentang penyakit Hani?” soal Raziq lembut. Matanya redup menikam anak mata Suhani. Terasa getaran maha hebat di dadanya. Dia tahu dia akan hadapi situasi seperti ini,namun tak dijangka se awal ini. Suhani terdiam.
“Kenapa tak benarkan abang tahu rahsia Hani yang besar ni?” sola Raziq lagi. Dia mengucup lembut tangan Suhani. Dinginnya tangan isterinya tika itu. Dia mahu menjadi pemanas Suhani. Dia mahu menjadi apa saja yang mampu memanaskan isterinya tika ini. Suhani mengigit bibirnya. Pandangannya di alihkan ke bawah. Tidak sanggup rasanya memandang wajah Raziq.
“Sayang tak mahukan abang lagi?” Raziq mendekat. Tangannya mengusap rambut Suhani. Suhani diam. Masih lagi menekur pandangan ke bawah.
“sayang tak cintakan abang? Tak perlukan abang dalam hidup sayang?” Suhani sudah tersedu sedan mendengar pertanyaan pilu Raziq. Mengapa serasa kejam benar pertanyaan suaminya itu? Tak tahu kah dia ,saban hari dia merindukan Raziq. Saban waktu dia terlalu memikirkan kemungkinan yang berlaku jika kehilangan Raziq buat kali kedua.
Raziq mengucup dahi Suhani lembut. Terasa mahu saja di zahirkan segala beban cinta hatinya melalui ciuman hangat itu kerana dia sudah letih mahu meyakinkan. Serasa letih mahu hatinya lara kerana di tinggalkan. Wajah Suhani di angkat agar memandang ke arahnya. Dia tak kira lagi samada Suhani mahu menyambut sahutan cintanya atau menolak kali ini.
“Suhani Binti Hasan. Abang,Mohd Akmal Raziq Bin Dato Rahim,cintakan syg seikhlas-ikhlasnya. Biar dunia nak cakap abang ni kaki perempuan,abang ni mainkan hati perempuan. Biarkan dunia dan orang sekeliling cakap,cinta abang palsu,cinta abang rekaan,cinta abang tak masuk akal hanya kerana usia kita. Apa yang abang tahu,hati lelaki abang terbuka kembali dengan kehadiran insan di depan abang ni.” Raziq menahan sebaknya. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Suhani. Dia mahu Suhani dengar,rasa,dan fahami kata-kata yang terbit dari hatinya.
“Cinta abang bukan di jual di pasar lelong. Senang-senang Hani nak serahkan pada orang lain. Hati abang menjerit-jerit nama Hani. Jiwa abang dahagakan kasih sayang dari isteri abang. Bukan Farhana. Percayalah abang,sayang.” Raziq mengusap pipi Suhani yang sudah lencun dengan air mata. Tangisan isterinya mula kendengaran. Suhani mengogoi. Sendunya tak dapat di tahan lagi. Tangan kekar Raziq yang menjalar di pipinya di capai lalu di kucupnya penuh syahdu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menafikan tanggapan suaminya tentang ketidakcintaan nya sebagai seorang isteri kepada suaminya.
“Samada Hani nak percaya abang atau tak,abang dah jatuh hati dengan Hani saat pertama kali kita jumpa. Saat Hani terjatuh sampai baju-baju semua tercampak dekat abang..”Raziq tergelak kecil diringi tangisan. Air mata lelakinya jatuh untuk wanita di hadapannya ini. Terbayang pertemuan pertama yang kelam kabut itu. Dia membalas pandangan suhani yang agak terpana mendengar ayatnya itu.
“Saat Hani paksa abang serahkan hati abang dekat Lisa,abang turutkan bukan sebab mak dengan ayah. Tapi sebab Hani. Abang sedih bilamana orang yang abang sayang sendiri paksa abang serahkan hati ni dekat orang yang abang tak pernah cinta sekalipun sayang. Abang sedih.” Raziq meraup wajahnya penuh kesal.
“Ya Allah…abang..” tangisan Suhani makin kuat. Spontan dia memeluk tubuh Raziq. Dia menangis sepuas-puasnya di dada Raziq. Tubuh suaminya itu di peluk kemas. Raziq dah kembali! Suami yang dirinduinya telah kembali. Serasa sesak dadanya berlumba-lumba menghamburkan kerinduan waktu ini.
“Hani mintak maaf abang..”Suhani bersuara dalam tangisannya. Raziq membiarkan Suhani melepaskan tangisan di dadanya. Dia mahu dengar kata hati Suhani. Dia mahu Suhani sendiri menyatakan apa yang tersembunyi di hati nya selama ini.
“Ni Hani nak lupakan abang yang dah sah jadi suami Hani ni ke? Kenapa Hani rahsiakan? Hani anggap abang suami atau tak. Abang tak sanggup kehilangan isteri abang,Hani tau tak?” Kepalanya yang sedikit berdenyut itu di urut perlahan. Ya Allah,besarnya cinta yang Kau salurkan untuk isteriku melalui hamba-Mu ini. Suhani memaut leher suaminya. Memeluk lebih erat. Besar rindunya,besar rasa serba salahnya tika ini.
“Tak abang..demi Allah Hani tak sanggup lupakan abang. Hani terpaksa abang. Hani sedar Hani siapa ja dalam hidup abang. Hani bukan siapa-siapa abang. Hani tak ada apa-apa istimewa nak dibandingkan dengan Lisa. Macam enggang dengan pipit abang tahu tak?” Suhani menumbuk perlahan dada suaminya. Dia geram dengan perasaan ini. Perasaan rendah diri yang teramat hingga dia rasa terpaksa melupakan cintanya terhadap Raziq. Faham kah suaminya itu?
“Tapi hati abang pilih siapa? Pilih sayangkan? Jiwa ni meronta sebabkan dahaga cinta siapa? Cinta Suhani yang abang kenal di depan ni. Bukan Lisa sayang. Bukan dia. Dan bukannya Farhana. Demi Allah abang dah lama lupakan dia. Abang tak buat apa-apa masa jumpa dengan dia semula. Dia call sebab nak mintak tolong,bukan abang nak curang dengan Hani. Abang tak beritahu Hani pasal Farhana,sebab abang tak rasa dia tu diperlukan dalam hubungan kita. Dia tu tak penting bagi abang. Hani nak beri abang pada orang yang buang abang dari hidupnya sewenang-wenangnya sampai abang rasa abang ni macam sampah tak guna. Macam tu ke yang Hani nak?” lirih suara Raziq di pendengaran Suhani.
“Maafkan Hani abang..Hani cintakan abang. Terlalu cintakan abang sampai Hani takut Hani terluka kerana terlalu berharap. Hani mintak maaf abang…”. Suhani memandang tepat kea rah wajah suaminya. Rindunya dia Allah saja yang tahu. Wajah Raziq di usapnya penuh kasih. Dia memejamkan mata saat terasa dahinya di kucup hangat sebelum tubuhnya di bawa semula ke dakapan suaminya.
“Jangan tinggalkan abang..abang perlukan Hani dalam hidup abang..”ujar Raziq penuh pengharapan. Rambut isterinya di usap dan di kucup penuh cinta. Suhani mengangguk. Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan Raziq. Gema hati Suhani memanjat kesyukuran.
**********************************************************************************
“Mama denga papa tunggu dekat luar. Kamu cepat-cepat sikit.” Ujar Datuk Rahim sebelum melangkah keluar dari bilik persediaan pembedahan. Raziq sekadar mengangguk. Wajah Suhani yang lemah itu dipandangnya penuh kasih. Raziq mendekatkan wajahnya denga wajah Suhani. Mask di mukanya di buka lalu di kucup lembut pipi isterinya itu. Tangannya erat menggenggam tangan dingin Suhani,sebelah tangannya lagi mengusap-ngusap dahi isterinya yang sudah lengkap dengan persalinan pembedahan. Lagi 10 minit pembedahan akan berjalan. Walaupun doctor menyatakan peratus untuk pembedahan selamat 80%,namun gusar tetap bertandang di benaknya. Dia benar-benar takut kehilangan Suhani. Dia ingin menyatakan ketakutannya itu,namun dia tahu,dia perlu kuat sebagai perangsang semangat untuk isterinya itu menjalani pembedahan secepat mungkin.
“Janji dengan abang,Hani takkan tinggalkan abang ok?” Raziq berbisik di telinga Suhani. Bergenang air mata SUhani tika itu. Dia mengangguk,berjanji dengan suaminya. Tangan suaminya di genggam erat dan di kucupnya lama. Begitu juga dengan Raziq. Bagaikan keduanya takut tidak dapat bertemu lagi selepas ini.
“tu tengok doctor tu,dia pun tengah nervous. Kita cool kan? Kita sama-sama kuat,sama-sama hyperkuat bila berdua kan?” Raziq tergelak kecil denga kata-katanya sendir. Begitu juga Suhani tatkala matanya memandang kelibat doctor Irham kehulur hilir menyediakan peralatan. Bagaikan lipas kudung pergerakannya. Cekap.
“Janji dengan abang,Hani mesti kuatkan diri. Abang tunggu Hani tak kira berapa lama pun.”ujar Raziq penuh yakin. Sekali lagi dahi isterinya itu di kucup. Mengalir air mata Suhani melihat kesungguhan suaminya.
“Nanti selawat ke atas Nabi sebanyak mungkin. Ingat Allah,jangan lupa.”hidung Suhani di cuitnya sambil tersenyum. Suhani menjelingnya manja. Aduhai,aku mahu melihat lagi jelingan itu selepas pembedahan ini Ya Allah. Moga Kau selamatkan semuanya.
Doktor Irham mendekati mereka berdua,menunjukkan isyarat badan bahawa pembedahan akan di jalankan sekarang. Raziq mengangguk tanda faham dengan permintaan doctor muda itu.
“Janji dengan abang,takkan tinggalkan abang. Abang nak sayang dengar abang main gitar lepas sayang bangun. Janji.” Raziq mengucup kedua-dua belah pipi suhani,kemudian dahi isterinya di kucup lama. Suhani tersenyum. Ada-ada saja suaminya ini. Pipi Raziq di sentuhnya.
“Tunggu Hani ya abang..”Suhani melihat Raziq mengangguk sambil mengesat linangan air mata yang mengalir dpipinya. Dia menghantar pemergian suaminya ke pintu keluar hanya dengan pandangan penuh kasih.
‘tunggu Hani abang…’hati kecilnya bergema. Pandangan Suhani mulai malap setelah 5 minit bius di salurkan ke dalam tubuhnya. “Allah..” satu kalimah meluncur keluar dari bibirnya sebelum semua nya menjadi sunyi sepi.
Di ruangan menunggu. Raziq resah di tempat duduknya. Doanya tidak putus-putus mengharapkan Suhani selamat menjalani pembedahan itu. Ketumbuhan sebesar buah rambutan itu rupanya bukan saja boleh menyekat saluran tiub fallophian isterinya hingga menghalang untuk mendapatkan zuriat,malah ketumbuhan itu mampu membesar hingga memecahkan saluran itu,menyebabkan pendarahan dalaman. Raziq menggeleng-gelengkan kepalanya bila meningatkan kembali penjelasan doctor Irham. ‘selamatkanlah dia Ya Allah..’
Raziq memandang jam didinding. Menunjukkan jam 1.30 tengahari. Bermakna sudah masuk waktunya zohor. Dia meminta kebenaran Dato Rahim dan Datin Roziah untuk bersolat di surau hospital. Dia ingin menenangkan diri menunggu pembedahan Suhani tamat disitu. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke surau,dia terserempak dengan kehadiran Farhana disitu. Saat Farhana ingin berkata-kata,Raziq terlebih dahulu mengangkat tangan sebagai isyarat untuk Farhana berhenti.
“Aku dah maafkan kau Ana. Pergilah kau hidup dengan kekasih baru kau. Jangan carik aku lagi tagih cinta lama. Cinta aku untuk kau dah lama hilang. Hilang sejak kau campak aku keluar dari hidup kau macam sampah. Aku rasa terhina. Sudahlah Ana,kalau kemaafan yang kau pinta dari aku hingga mmebawa kau ke sini,aku dah maafkan kau. Tapi kalau kau datang cari aku semata-mata inginkan kembali keadaan waktu kita bercinta dulu,aku mintak maaf,aku tak boleh. Hati aku dah dimiliki Suhani Hassan sepenuhnya. Tak ada secebis ruang pun untuk kau mahupun orang lain. Maaf.” Raziq menamatkan kata-katanya. Farhana hanya sekadar tertunduk diam,menyesali perbuatannya serta kesal denga nasib dirinya.
“Tapi aku tak bahagia dengan dia,aku bahagia dengan kau..”Farhana cuba menagih simpati. Raziq menghentikan langkahnya.
“Kau bahagia atau tidak bukan urusan aku. Ayat kau yang inilah yang kau terlepas cakap depan aku dulu Ana..tak bahagia. Jadi mengapa kau tagih aku kembali?” soal Raziq sinis. Farhana tersandar di tiang bangunan itu. Bodohya aku! Air matanya tumpah menangisi ketelanjuran perbuatan dan kata-katanya. Dia malu. Malu dengan Raziq malah malu dengan dirinya sendiri. Sayu pandangannya memandang kelibat Raziq yang semakin jauh meninggalkannya tika itu. Maafkan aku Raziq..
Raziq melangkah laju menuju ke kawasan surau yang berdekatan disitu. Hatinya lapang kini. Lama dahinya mencium lantai,memanjatkan kesyukuran di atas ingatannya yang telah pulih. Panjang doanya,tidak putus merayu dan mengharapkan belas ihsan maha Pencipta untuk isterinya yang sedang berjuang di bilik pembedahan.
'Ya Allah tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku seorang hamba-Mu yang lemah,yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Mu Ya Allah..Kau telah kurniakan kehidupan yang senang,yang aman merdeka,Kau telah kurniakan aku tubuh badan yang sihat,rezeki yang mencurah Ya Allah... dan paling aku hargai,Kau telah hadirkan aku seorang isteri yang mithali. Yang elok budi pekertinya,yang tinggi peribadinya,yang indah agama serta tuntutan ibadat yang dia ikuti di bawah panji-panji kibaran agama-Mu,iaitu Islam Ya Allah... Aku tak sanggup kehilangannya di waktu terdekat ini Ya Allah, di waktu kami baru ingin menyulam kasih penuh pengharapan,penuh bebanan rindu sebagai seorang hamba-Mu. Aku sebagai hamba-Mu yang lemah hanya mampu mengangkat tangan kepada-Mu,merayu,mengharap agar Kau tidak ambil dia dariku Ya Allah.." Raziq menahan sendunya.
" Namun Ya Allah,jika benar takdirku yang Kau telah tetapkan dengan kehilangan dia dari hidup-Ku,jika itu yang terbaik untukku dan dirinya,maka aku relakan pemergiannya Ya Allah..begitu aku mengharapkan Kau teguhkanlah hati ini,kuatkanlah hati ini untuk menerima kepemergian isteri ku itu. Sesungguhnya Engkau adalah penentu tiap detik dan hidup perjalananku sebagai seorang hamba-Mu yang kerdil di muka bumi -Mu ini Ya Allah...selamatkanlah isteriku..amin..." Raziq meraup muka mengaminkan doanya yang terakhir. Mengalir air matanya pabila menyebut perkataan pergi itu. Ya Allah....
8 comments:
sedihnye........ sambg lgi ok, dharapkn bhgia ada untk dorg...... cik writer xmo kejam2 ok
mmg touching meh. huhuhu... but moga makbul doa Raziq tu. semoga suhani selamat n pulih kembali.
semoga suhani selamat dan mrk dpt hidup dgn happy lps ni..
cik writer sye xpaham la, si farhana tu yg bcinta dlu dgn raziq or suhani?
bukan ker dier bcinta dgn suhani msa suhani remaja agi?bla pla dier bcinta dgn farhana? uiks, konpius la...
as salam..
zawani : huhu..dia jmpa farhana and bcinta dgn farhana dulu b4 suhani..tp xlama sbb Farhana pilih org lain sbbkan bosan dgn rutin Raziq yg dewasa-means kerja2..sdgkan Farhana tu remaja,suka enjoy ..^,^ sorry ye rumit sikit..hehe..lagi bape chapter ja na abes ni,after this nak buat lain lak. xD ty smua kerana sudi singgah and follow.
uiks baru paham... thanxs cik writer... ala dah nk habis ker? nanti rindu la dkt raziq....dah la besh giler criter ni, baru sye tahu, raziq ni selera dier budak2 sek, remaja gitu.... thanxs again
weheheheh..adesss saje na timbulkan kelainan sikit..xD asyik dgn cinta org dewasa-dewasa ja...wkwkwkwk takde hal la wani,ape2 hal yg kurang tegur2 la kite yek..:D
cik writer? lmao!!! panggilan follower kat kak long = cik writer? LMAO!!! <<<<< nak mampos gelak. wkwkwkw!! lawak gila bunyik. =-=''
Post a Comment