gLutamic aCid

Sunday, January 22, 2012

Biarlah Berlalu 24

Setahun telah berlalu sejak berlakunya pembedahan itu. Raziq duduk berteleku di keretanya,memandang kelibat sekumpulan manusia yang bersurai sedikit demi sedikit meninggalkan perkarangan Tanah perkuburan Ampang. Amir yang sedari tadi berdiam diri disebelahnya di toleh sekilas. Bahu pemuda itu di tepuknya perlahan bagai memberi semangat disitu. Amir menoleh,tesenyum membalas senyuman Raziq.
“Sabarlah Amir,Allah lebih menyayangi arwah.” Ujar RAziq sayu. Amir dilihatnya sekadar mengangguk. Suaranya bagai hilang bersama semangat arwah.
“Perancangan lepas ni?” Amir menoleh. Dia berfikir sejenak.
“Sambung study.” Pendek jawapannya. Raziq mengangguk.
“Lepas grad ni,datang lah syarikat abang,dah siap sedia jawatan kosong untuk pelapis baru di situ.”pelawa Raziq. Dia sedikit sebanyak hiba dengan nasib pemuda di sebelahnya ini. Kehilangan dua insan yang di sayangi sekaligus dalam satu hari,benar-benar mengejutkan. Siapa sangka,seminggu selepas Farhana datang menziarah bagi memohon kemaafan,sejurus selepas itu mereka di kejutkan dengan berita kemalangan yang dialami oleh gadis itu. Keretanya bertembung dengan kereta yang kebetulan di pandu oleh En.Rashid,bapa kepada teman lelaki Farhana sendiri,Amir. Kedua-dua kereta itu bertembung lalu jatuh ke dalam gaung.
“InsyaAllah bang. Lagipun saya ingat nak teruskan perusahaan arwah ayah. Tak nak usaha arwah sia-sia macam tu saja.” Ujar Amir memecah kesunyian yang terbina antara mereka sebentar tadi.
“Hmm..bagus jugak tu. Kalau ada apa-apa pertolongan,call saja kami. insyaAllah mana yang dapat kami bantu,kami akan usahakan sedaya upaya.”
“InsyaAllah..terima kasih bang.” Raziq mengangguk sambil tersenyum puas. Mereka berjabat tangan sebelum masing-masing menaiki kereta,meninggalkan perkarangan tanah perkuburan Ampang.
‘Tenanglah disini Ana..moga rohmu sentiasa dicucuri rahmat-Nya..’ Raziq menoleh sekilas kea rah tanah perkuburan sebelum keretanya memecut laju menuju ke rumahnya.
Dari jauh kelihatan Datin Roziah serta Dato Rahim sedang terbongkok-bongkok di tepi kolam ikan koi yang terletak dalam taman mini milik Datin Roziah. Kedua-dua orang tuanya mesra meskipun di mamah usia. Di satu sudut pula kelihatan Fikri dan Lisa sedang bergurau senda di kolam renang. Alhamdulillah,dia terasa keluarganya semakin bahagia. Segala bebanan kerjanya tidak terasa dengan adanya sokongan kuat dari ibu bapa,adiknya serta Lisa yang turut membantu dalam mengendalikan kerja syarikatnya. Lisa meskipun bekerja sebagai pensyarah di UKM,namun dalam hal-hal syarikat juga wanita itu tampak pakar mengendalikannya. Dia juga sekarang makin bahagia dengan adiknya,Fikri.
Raziq menggeleng-gelengkan kepalanya bila teringat kembali sewaktu dia mengetahui umur sebenar Lisa. Ini semua gara-gara Mak Jah lah yang tersilap dengar dari perbualan Lisa dengan maknya.
“Hei! I baru 25 ok? You gila ke I dah 28? Tuanya i!Mak Jah ni pun tak beragak betul bagi umur i. huh!” jerit Lisa geram. Raziq tergelak kecil bila mengingat kembali riak wajah Lisa yang nyata geram dengan hal itu.
“Alah..salah tulis nombor je atas kek tu. You ni heboh betullah Lisa. Bukan I ni atuk kebayan pun tulis-tulis terus pling! You jadi makin tua.” Seloroh Raziq sambil mengajuk Lisa yang sedang bercekak pinggang.
Pantang sungguh soal umur silap. Ini baru kesilapan menulis angka umur di atas kek. Belum lagi yang lain.Pasti ada yang meletup!
‘Hai lisa..tak lama lagi nak jadi bini orang pun dah. Masih sensitive betul.’ Ujar Raziq dalam hati. Dia turun dari keretanya. Laju menuju ke dalam rumah tanpa disedari kehadirannya oleh mereka.
Raziq membuka pintu kamar milik dia dan Suhani. Kosong. Raziq mengeluh kecil. Tubuhnya yang terasa letih di rebahkan di atas katil. Sepi menyelubungi dirinya. Gambar Suhani di meja lampu diambil lalu ditatapnya lama sebelum di bawa ke dakapannya.
“Abang rindu hani..”ujar Raziq sayu. Matanya di pejam. Berharap dengan cara itu,Suhani bakal menyembuhkan rindunya walau hanya sekadar dalam mimpi.
**********************************************************************************
“Kau dah siapkan assignment Prof. Linda?” soal Suhani sambil menyusun-nyusun kertas yang baru di printnya sebentar tadi. Gadis yang masih bermalas-malasan di katilnya hanya sekadar mengangguk.
“sebab tu lah aku dah macam mumia hari ni. Tak cukup tidur kau tau?” Suhani tergelak kecil.
“Itu lah kau,aku dah pesan siapkan awal. Kau nak jugak last minute. Haritu aku ajak pergi cari bahan dekat libry,jual mahal. Nak date dululah. Itulah,inilah.” Suhani membebel. Alia Syahirah mengajuk-ngajuk bebelan Suhani. Sengaja berbuat begitu. Mak neneknya ini kalau dah membebel memang kalah neneknya sendiri!
BUKK!! Satu objek lembut tepat mengenai wajah Alia Syahirah. Kus semangat!
“Oih!! Nasib bantal. Kalau benda keras tadi habis muka cun aku ni tau?” marah Alia. Bantalnya itu di campak kembali kea rah Suhani yang sudah mengekek ketawa.
“ehh..perasannya dia!” ejek Suhani. Mencicit dia lari bila Alia sudah bangun dari pembaringannya,mahu mencubit Suhani. Yanti dan Munirah juga terperanjat bila Suhani dan Alia sudah mula berlari mengengelilingi mereka. Tak cukup dengan itu,bantal-bantal kusyen habis berserakan di baling sana- sini. Sudahnya Yanti dan Munirah juga ikut berlari mengejar dan membaling semula bantal kea rah Suhani dan Alia. Habis berserakan semuanya.
Suhani menekan-nekan perutnya akibat senak dengan gelak tawa. Tercungap-cungap dia di satu sudut,memerhati gelagat Yanti yang bercekak pinggang,Munirah yang tak sudah membaling bantal dan Alia yang tertonggeng-tonggeng menahan tembakan bantal berdas-das dari Munirah. Suhani menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak senonoh betul diorang ni!
5 bulan selepas pembedahan itu,Suhani nekad dengan keputusannya untuk menerima tawaran dari JPA untuk menyambung pelajaran ke UK dalam bidang kejuruteraan. Raziq berkeras mahu dia menolak tawaran itu dan hanya menyambung di dalam Malaysia saja,namun SUhani enggan. Kali ini biarlah dia dengan keputusannya sendiri. Lelaki itu berat mahu melepaskannya. Dia masih ingat lagi ketika di lapangan terbang. Raziq memeluknya erat,seakan tak mahu melepaskan Suhani pergi. Kali kedua dia melihat riak dingin Raziq sejak mereka menghadapi masalah bersama arwah Ana. Suhani mengeluh. Pemandangan suasana malam di luar rumah sewanya di pandang sayu. Hatinya di hambat rindu kepada Raziq.
BUKK!! Tak semena-mena Suhani terasa kepalanya di baling objek lembut. Dia berpaling menghadap kawan-kawannya yang sudah mengekek ketawa melihat mukanya yang merah padam. Saat Suhani sudah mengangkat kembali bantal yang dibaling tadi,mereka sudah mencicit lari masuk ke dalam bilik bila Suhani sudah mengejar bagaikan orang gila!
“Kau tunggu sini kejap. Kitorang nak beli roti dekat Salvior En el’cottage tu “ ujar Yanti sambil mengajuk gaya percakapan ala-ala Mexican. Suhani menahan gelaknya sambil mengangguk,mengiakan percakapan Yanti. Tak habis-habis dengan kedai roti Mexican itu. Dia faham benar dengan perangai gatal teman serumahnya itu. Bukan roti yang menarik mereka untuk singgah di kedai itu hari-hari,tetapi penjual roti itu sendiri yang pada mereka punyai daya tarikan tersnediri. Bak kata munirah ‘datang Marcos dalam cerita dekat tv3 tu pun tak dapat tanding abang roti aku.’. Sudahnya mereka pastikan bergaduh,berebut-rebut mengakui lelaki penjual roti itu adalah ‘abag roti’ mereka.
Suhani membetul-betulkan sedikit lipatan tudungnya. Lengannya mendakap erat tubuhnya,menahan kesejukan malam. Dari jauh kelihatan sepasang warga emas barat sedang menikmati pemandangan malam sambil berpelukan sesame sendiri. Suhani tersenyum. Bahagianya mereka walau sudah menjelang hari tua. Dia teringat akan perbualannya dengan Raziq malam semalam. Seronok benar lelaki itu bercerita mengenai persiapan mak dan abah untuk menunaikan haji.Alangkah bagusnya kalau Raziq juga disini bersamanya tika ini?
Tiba-tiba Suhani terasa pinggangnya di rangkul erat dari belakang. Jantungnya bagaikan terhenti tika itu. Perogolkah? Terbayang-bayang kejadian rompak serta rogol yang sering berlaku di kawasan perumahan mereka baru-baru ini.
“Please don’t hurt me” tersekat-sekat suara Suhani merayu. Dia memejamkan matanya saat terasa ada objek sedang menekan perutnya. Pasti pisau! Suhani sudah terasa mahu menangis. Kenapa tiada siapa mahu menolongnya tika ini? Di mana kawan-kawannya. Asyik benar agaknya dengan abang roti mereka.
“You already hurt me first.”ujar suara di belakang cuping telinganya. Terasa hamper sekali hingga terasa hembusan nafas hangat di pipinya. Ape mamat ni mengarut. Siapa yang pegang pisau,siapa yang hurt siapa dulu ni! Suhani mendengus marah. Pasti perompak itu sengaja mempersendakan dia. Pantang sungguh! namun rontaannya terhenti pabila objek yang menekan perutnya itu di pandangnya sekilas. Coklat? Suhani mengerutnya dahinya. Biar betul mamat ni? Tak ada modal sangat ke nak beli pisau sampai kotak coklat pun jadi? Matanya menangkap sebentuk cincin di jari manis lelaki itu. Pantas tangannya melekap di tangan pemuda itu. Cincin itu di teleknya sebelum dia berpusing dengan linangan air mata yang tak mampu ditahan.
“Abang!” hamper menjerit Suhani bila wajah Raziq menghiasi pandangan matanya. Berkali-kali dia menggosok matanya memastikan yang dia tidak bermimpi. Lengannya juga di cubit kuat.
“Ouch!” Suhani mengaduh bila terasa perit akibat cubitannya sendiri. Raziq cemas. Pantas lengan Suhani di usap-usapnya dengan harapan dapat meredakan kesakitan itu.
“Abang lah ni. Kenapa sampai cubit-cubit lengan sendiri ni.”marah Raziq. Geram dengan tindak-tanduk Suhani. Suhani tidak menjawab,malah tubuh suaminya di peluknya erat. Dia menangis di dada bidang Raziq. Rindu! Ya dia teramat rindu dengan lelaki itu. Baru tadi dia berharap agar suaminya berasa disisi,kini bagaikan Tuhan mendengar dan mengabulkan doanya.
“Bila abang sampai? Apa abang buat dekat sini?” soal Suhani bertalu-talu. Wajah Raziq dipegang lalu di usap-usapnya. Raziq pula tersenyum sambil mengesat air mata Suhani. Tahu pun rindu,dulu bukan main jual mahal! Raziq tergelak mendengar suara hatinya sendiri.
“Abang mimpi malam tadi. Orang tu menangis-nangis rindukan abang,sampai tak lalu makan minum. Sebab tu lah abang datang ni,nak cari-cari mana orang tu. Hani kenal tak orang tu?” seloroh Raziq cuba mengusik isterinya itu setelah sekian lama tidak berjumpa. Suhani menarik muncung . Dada bidang Raziq di pukulnya perlahan.
“Abang ni! Eleh dia tu,dengan jambang dekat muka tu apa? Haihh..teruknya penangan dia kan sampai berjambang-jambang. Dah buruk koala sekarang ni. Haihh..” Suhani buat-buat mengeluh. Dari tadi matanya tak lepas memandang wajah Raziq yang sedikit cengkung dengan bulu-bulu halus mula meratahi wajah suaminya itu. Tak lama lagi musang berjanggutlah kalau di biarkan!
Raziq tergelak mendengar statement Suhani itu. Pelukannya di eratkan lagi. Dahi Suhani di kucupnya lembut,turun pula ke hidung isterinya itu. Suhani terasa hembusan nafas hangat Raziq di wajahnya. Dia rindu dengan kucupan itu. Rindu denga kehangatan itu. Rindu suara romantic itu. Rindu segala-galanya tentang Raziq. Panahan mata Raziq terasa menusuk ke jantung.
“Ya..abang rindu sangat dekat isteri abang ni. Hidup abang ,masa abang semua abang tumpu seratus peratus dekat office. Sebab abang geram and marah dengan diri abang sendiri yang tak dapat kawal diri bila rindukan Hani. Abang rasa macam tak tenang dah duduk dalam bilik tu tanpa Hani. Bersantai dalam rumah tu tanpa Hani di sisi abang. Abang tak boleh!”lirih suara Raziq mengadu kepada Suhani. Berharap gadis itu mengerti akan bebanan rindu yang di tanggungnya saban hari.
Suhani sayu mendengar penjelasan Raziq. Pipi suaminya di kucup penuh kasih. Sampai begitu sekali Raziq terseksa dengan perbuatan Suhani. Dia rasa sebersalah mendengarnya. Patutlah Raziq dilihatnya sedikit kurus dengan cengkung di wajah. Bukti lelaki itu parah merindukannya. Suhani memeluk Raziq erat. Dia juga benar-benar rindu.
“Abang tak nak jauh denga Hani lagi..”luah Raziq kesal. Suhani menggigit bibirnya. Bagaimana? Dia harus menyudahkan lagi 2 tahun disini dengan pengajiannya. Takkan dia harus berhenti setengah jalan?
“Tapia bang..Hani tak boleh balik..lagi 2 tahun lagi nak di sudahkan..”Suhani memandang wajah sayu Raziq,mengharapkan pengertian. Raziq tersenyum.
“tak apa,abang pindah sini duduk dengan Hani.”ujar Raziq bersahaja. Suhani mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Senang-senang saja membuat sebarang keputusan.
“abang ni,sedap dia saja buat keputusan kan? Orang cakap betul-betul dia main-main pulak.” Suhani mencubit lengan Raziq geram. Suaminya itu sekadar tersengih mengaduh kecil.
“Apa main-main pulak. Betullah. Abang pindah sini,duduk denga Hani. Tunggu sayang habis study baru kita balik Malaysia balik.” Dagu Suhani di cuitnya.
“Habis? Syarikat macam mana? Abang jangan main-main.” Suhani mengetap bibirnya.
“Fikri kan ada sayang. Dia dah boleh uruskan sendiri syarikat tu. Lagipun kan Lisa si buah hati dia ada untuk tolong tunjukkan mana patut. Bagilah chance abang nak rehat bercuti.” Jelas Raziq memimpin tangan Suhani. Mereka berjalan-jalan menikmati pemandangan indah di waktu malam disitu.
“oh..”Suhani diam sejenak,kemudian dia tersenyum bahagia. Bahagia! Raziq tak lagi perlu berjauhan darinya. Sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk bermanja daripada melihat teman serumahnya menghabiskan masa dengan bergayut di telefon masing-masing,ber date 24 jam! Suhani memeluk erat lengan Raziq. Dia terasa kepalanya di kucup hangat.
“Lagipun..abang nak honeymoon dengan sayanglah ni. Untung-untung dapat tambah umat cepat..”ujar Raziq perlahan namun jelas di pendengaran Suhani. Laju saja di larikan pandangannya ke tempat lain bila Suhani sudah memandangnya.
“Abang cakap apa tadi? Ulang balik!” Suhani menarik wajah Raziq agar memandang ke arahnya. Lelaki itu sekadar mengangkat bahu berpura-pura tidak tahu.
“Gatall!” Sudahnya mereka berlari berkejaran disitu. Tidak dihiraukan lagi sekeliling,termasuk teman srumah Suhani yang sudah tergelak melihat aksi mereka. Suhani melepuk-lepuk sepuas hatinya lengan Raziq. Geram bila di usik tentang hal-hal itu. Raziq tergelak lalu menarik Suhani dalam pelukannya.
Suhani membuka handsetnya lalu disuakan kepada Raziq. Muzik dari hanset itu mula berkumandang.
“Lagu untuk abang walau bukan Hani yang nyanyi..! hehe” Suhani menjelirkan lidahnya bila Raziq mengangkat kening. Beberapa saat kemudian lagu Christina perry,Thousand Years berkumandang.
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have love you
For a thousand years..
Time has brought your heart to me,
I have love you for a thousand years..
I love you for a thousand years..
Raziq leka merenung Suhani yang ikut menyanyi lagu tersebut. Menghayati tiap bait lirik yang terbit dari mulut gadis yang di sayanginya itu. Bukan dari gajet tidak bernyawa itu. Terima kasih Ya Allah atas nikmat hati yang Kau berikan kepada kami berdua..getus hati kecil Raziq. Dia tergelak kecil bila Suhani berkerut-kerut mengingati lirik yang terlepas. Sudahnya Raziq menariknya lalu bibirnya bersatu dengan bibir kecil itu lama. SUhani tergamam apatah lagi bila Raziq merenungnya lalu berkata..
‘I love you too…’
Bahagia menyelubungi mereka kini. Tiada lagi sangsi yang menerpa. Tiada lagi keraguan yang menjengah. insyaAllah..moga perjalanan rumah tangga mereka seterunya di rahmati serta di lindungi Allah..

P/s : Alhamdulillah setelah bertangguh berbulan-bulan..hehe..dapat habiskan cerita ni. segala kekurangan datangnya dari saya,dan segala kelebihan dalam cerita ini datangnya dari Allah yang mengizinkan saya untuk berkongsi bersama anda. :D Maaf lambat sambung. Trimas ntuk sokongan anda yang singgah apatah lagi yang sudi baca and follow..~hehe! InsyaAllah saya akan buat another story. If any idea nak kongsi tentang next story,sangat di alu-alukan. :D Sekian. Assalamualaikum..

5 comments:

peace said...

Salam..baru jumpa blog ni..best cite ni.cite ni dah habis ke?

Blurry Han said...

waalaikumussalam..
ha'ah..hehe..nanti nak wat citer baru lak. :D thnks sbb sudi baca..:D

Anonymous said...

thank you for the story..:)

Blurry Han said...

thank you jugak sbb sudi baca xD

Anor said...

sudah lama menunggu cite ni akhirnya
jumpa juga dan dah berakhir pun.
best cite ni, happy ending lagi.
tahniah dan semuga dapat menulis
cite baru yg lebih mantap lagi dn
teruskan berkarya kami disini selalu
menyokong...