gLutamic aCid

Friday, October 7, 2016

Jangan Banyak Songeh 14



TOK! TOK! TOK!

            “Masuk.” Ujar Alya saat pintu pejabat yang tertera nama Harris Ryqal itu diketuk beberapa kali. Wajah Rizal menjengah masuk bersama beberapa dokumen di tangannya. Alya yang sibuk meneliti pelan lukisan di mejanya hanya memandang sekilas Rizal sebelum mempersilakan lelaki itu duduk.

            “Al, ni dokumen yang u mintak semalam kan? Sorry I baru dapat siapkan harini. Ada few things I kena settle dulu tadi pagi.” Jelas Rizal meletakkan helaian dokumen tersebut di meja.
            “Its ok la zal, tak urgent sangat. Cuma pelan yang ni I tak berapa faham sangat, tadi client call komen pasal pelan tak ikut macam yang dia nak. U tolong tengokkan boleh?” pinta Alya berharap dengan wajahnya yang jelas keletihan.
            “Sure Al. nak bila ni?” Alya diam sejenak mengecek tarikh sticker note yang bertampal di tepi skrin computer.
            “Next week client datang balik tengok. I nak check pun tak sempat sebab I kena handle bahagian interior design dekat tempat lain. U ok tak?” Alya risau seandainya permintaannya ini menyusahkan orang lain pula.
            “Alright. No problem I try my best. U pun kalau ada benda lain nak mintak tolong, cakap je dengan Sara sekali. tak menang tangan u nak handle sorang-sorang nanti.”
            Alya sekadar mengukirkan senyuman kecil dan mengangguk. Saat itu juga pintu diketuk sekali lagi dan Sara menjengulkan wajahnya.
            “Speak of the devils Zal. Panjang umur Sara.” Ujar Alya seraya mempersilakan wanita itu duduk bila Sara sudah mencebik tanda tak kisah.
            “Tau la you all mengumpat I kan. Lagi-lagi si Rizal ni. Kaki bodek ni. U better watch out Al.” mencerlung mata Rizal mendengarkan statement tak berasas Sara.
            “Hello, I tak ada masa nak kipas Alya ok. She always trust in me. His husband my best buddies anyways. You tu menyebok. Syuhh.” Rizal mengibas-ngibas tangannya seolah menghalau Sara.
            “Eleh Zal, tak payah nak acah macho dekat sini. Best buddies konon. Ryqal marah sikit, ngadu dekat makwe kau Hani tu kan. Macam la aku tak tahu.” Balas Sara melibaskan pula rambut panjangnya. Teringat aksi Rizal yang kadang tertunduk-tunduk akur bila Ryqal tegas sewaktu membetulkan kesalahan Rizal itu.
            “Hahah wait. Cis tak boleh pakai punya makwe. Dalam selimut pun nak bagitau makcik ni ke. Huh!” Sara tergelak kemenangan bila Rizal sudah menjeling tak puas hati.
            “Guys, I dekat sini lagi ok. Alya ni Alya. Hello???” sampuk Alya. Naik pening bila mendengar mereka bertelagah.
            “Yela-yela I pun nak chow dulu, panas pulak ada makcik sebelah ni. Eh by the way Alya lusa Hani kata nak buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran anak sedara dia. Mind to join? Bawak Ryqal sekali. I missed him by the way.” Jelas Rizal bingkas bangun dari kerusi menuju ke daun pintu keluar.
            “InshaaAllah Zal, nanti I inform u back. Thanks.”
            “alright.” Daun pintu ditutup dan kelibat Rizal menghilang. Alya mengfokuskan pandangan pada Sara.
            “Ye Cik Sara ada apa saya boleh bantu?”
            “Ni beb I bawakkan McD. U tak lunch langsung pun kan harini?” ujar Sara lantas menolak plastic McD ke hadapan Alya. Berkerut wajah Alya lantas membelek jam di tangannya.
            “Ya Allah Sara dah pukul 4! Cepatnya masa berlalu. I ingatkan baru pukul 11 pagi.” Alya mengeluh. Pelik kerana tak berasa lapar. Mungkin sebab pagi tadi dia sudah sarapan nasi goreng ibu mertuanya. Tak lupa juga secawan kopi yang menemaninya sepanjang hari. Sara menggelengkan kepalanya.
            “I tau dah u kalau buat kerja mana sedar bom meletup sekalipun kan. Nasib baik I ada dekat office harini boleh tengokkan u. semalam and hari sebelum entah macam mana u tu.” Bebel Sara.
            “Hehe thanks Sara. I owe u a lot. Selalu tengokkan aku since dari Ryqal tak ada akan?” ujar Alya lantas membuka penutup plastik itu. Kecur liur pula bila bau GCB kegemarannya sudah menusuk hidung.
            “Nothing la beb. Makanlah. Untuk u dengan baby sekali. I nak baby tu sihat dan fluffy macam anak Che Ta tu tau.” Alya tergelak mendengarkan permintaan Sara itu.
            “U ingat ni kaunter delivery McD jugak ke boleh order-order. Hahaha inshaaAllah u doakan yang terbaik.” Sara mengangguk membiarkan Alya menjamah makanannya sebentar. Sambil itu matanya melingas ke merja kerja Alya dan menangkap sejambak mawar merah disisi wanita itu. Berkerut keningnya.
            “Al sorry, but siapa bagi tu?” soal Sara menunjuk kea rah jambangan bunga mawar merah itu. Alya menoleh. Diambil jambangan itu lalu di serah pada Sara.
            “I don’t know. Tak ada nama pun. Dari bulan lepas lagi bunga tu keep on datang.” Jelas Alya.
            “Ish u tak seram ke? Peminat misteri mana ni?” Alya tergelak.
            “Nonsense. Nak takut apa. Maybe ada mana-mana kedai yang I selalu beli barang diorang hantar ni. Marketing strategy kot.” Sara pelik.
            “Hello? Kalau for special occasion yes I do agree untuk marketing strategy. Tapi ni u kata dari bulan lepas means hari-hari. Kaya nya kedai tu? And look, 3 roses means? I love you like seriously kedai nak cakap macam tu?” Alya terdiam sejenak. Kunyahannya juga terhenti mendengarkan usulan Sara tu. Ada benarnya jugak. Dia terlalu sibuk hingga malas nak ambil port sangat pengirim bunga itu. Bila ditanya pada pengirim bunga, mereka sekadar mengangkat bahu dan berlalu pergi. Lama-lama Alya sendiri malas menyiasat. Di biar saja bunga datang dan layu sendiri di mejanya atau di tong sampah.
            “U nak tak bunga tu?” soal Alya pada Sara. Laju saja Sara menggeleng.
            “Tak nak i. kot ada mandrem apa-apa dalam ni. Tak pasal I kena.”
            “Choi beb u ni mulut. Tak baik cakap macam tu. Buang jela bunga tu. Esok kalau datang lagi I buang je malas cakap banyak.” Lantas sara menghumban jambangan bunga tersebut di dalam tong sampah berdekatan.
            “Eh u nak pergi ke nanti majlis Hani tu? Ryqal?” soal sara bila teringatkan pelawaan Rizal sebentar tadi.
            “Tengoklah dulu macam mana. I tak boleh janji sangat Sara. Lots of work ni dateline pun dekat-dekat. Lagipun Ryqal tu susah nak pujuk dia. Ada je membentak.”
            “Qal still tak nak jumpa orang ramai?” Alya menggeleng.
            “Dia ok sikit dah. Cuma still takut-takut sikit. Nak kena pujuk betul-betul baru dapat.”
            “hmm..rindunya Ryqal yang dulu…”ujar Sara membuat Alya turut bungkam.
            “Me too Sara..” keluh Alya menguis-nguis burger di tangannya. Cepat-cepat Sara menggosok lengan sahabatnya itu.
            “Takpelah dugaan. Kita doakan yang terbaik untuk both of you. Mungkin hikmah dia nak praktis u lebih bersedia jadi seorang mak. Who knows kan?” pujuk Sara dibalas cebikkan Alya.
            “Yela tu, sampai I pening melayan. U bayangkan kuat merajuk. Angina naik pasang surut tak tentu pulak tu. Pernah oneday tu dia merajuk sampai menyorok belakang almari?” berkerut wajah Sara mendengarkannya.
            “Seriously? Merajuk sebab apa tu?”
            “Sebab I tak bagi tengok kartun doraemon dia je tu pun. Bayangkanla macam mana I nak pujuk dia. Takkan la I nak ikut sekali menyelit belakang tu dengan perut bulat ni. Memang tak lah.” Meledak tawa Sara. Tak dapat di bayangkan bagaimana Ryqal yang dulunya dikenali sebagai seorang lelaki yang professional kini jadi kanak-kanak yang kuat merajuk.
            “Then u buat apa beb?”
            “I pura-pura sakit perut. Baru dia kelam kabut keluar. Dia memang macam tu. Ugut kartun, ugut perut I ni, laju la dia mengalah. Tu taktik terbaru I belajar nak buat dia menurut arahan.”
            “Hahaha wow. Sayang betul dia dekat baby tu kan?” Alya tersenyum mengangguk. Geli hati bila teringat kejadian itu.


            ‘tak nak keluar! Siapa suruh Kak Ya tutup laptop tu! Eqal tak habis lagi tengok episode yang baru tu!’ marah Ryqal dari belakang almari.
            ‘bukan tak bagi tengok la. Bagi rehat kejap laptop tu panas dah. Eqal pun tak makan apa lagi kan? Cepat keluar. Kotor tau duduk belakang ni berhabuk. Nak aiskrim tak? Erm sedapnya panas-panas ni makan aiskrim.’ Pancing Alya. Ryqal mencebik.
            ‘tak nak!’
            ‘betul tak nak ni?’ Diam. Alya mati kutu dibuatnya. Apa lagi la nak di buat supaya lelaki itu keluar dari belakang almari. Sudah dekat setengah jam dia memujuk. Alya mengusap sejenak perutnya yang terasa senak. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
            ‘Aduh! Aduh! Eqal tolong kakak cepattt!’ jerit Alya. Nada suaranya pura-pura dalam kesakitan. Ryqal yang mendengarkan terasa cemas. Dia mengeluarkan sedikit kepalanya menjenguk Alya yang duduk di birai katil. Alya yang perasan lantas menyeringaikan wajahnya seolah-olah dalam kesakitan. Perutnya di usap-usap menambah perisa lakonan.
            ‘Kakak kenapa?’ soal Ryqal terkebil-kebil memandang perut buncit Kak Ya nya.
            ‘Aduhh Eqal..perut kak ya sakit. Yan mengamuk sebab Kak Ya tak makan lagi. Dia lapar.’ tipu Alya. Dia mencelikkan sebelah mata melihat reaksi Ryqal. Lelaki itu masih mencebik tidak mahu keluar.
            ‘Siapa suruh kakak tak makan.’ Alya berdecit. Issh mamat ni, orang fikirkan dia tak makan sekali, pandai pulak dia menjawab.
            ‘Yan kata nak makan dengan Eqal, tak nak makan sorang. Aduh..’ Alya menguatkan lagi lakonannya. Sengaja dia buat aksi mahu terbaring menahan sakit. Melihatkan itu cepat-cepat Ryqal keluar dari belakang almari menarik tangan Alya bangun.
            ‘Hish Yan ni saja susahkan kita. Kakak pun siapa suruh tak makan! Kan dah sakit.’ Marah Ryqal membawa Alya keluar dari bilik. Tersengih-sengih Alya bila lakonannya menjadi. ‘Tau pun risau..’ getus hati Alya. Dia menarik semula tangan Ryqal berhenti dari bergerak ke dapur. Di kibas-kibas dahulu seluruh badan lelaki itu yang melekap dengan habuk dan sawang.
            ‘Dia ikut perangai Eqal la tu degil nak makan. Degil la lagi.’ Tukas Alya. Ryqal mendengus kasar.
            ‘Yelah kita nak makan la ni.’ balas Ryqal lantas memicit kuat hidung Alya sebelum dia mencicit lari sambil tergelak meninggalkan Alya yang terkial-kial mengejarnya dengan perut mak buyung. 



            “Sayang baby je, I tak disayang pun.” Tukas Alya mematikan lamunannya.
            “Ishh jangan cakap macam tu. Trust me. Ryqal sayangkan u sangat-sangat. Even Rizal know about this. Dulu masa mula-mula kahwin, Rizal la kena dengar bebelan Ryqal tentang macam mana nak pikat u. sometimes bila dia mengelamun, sampai tersasul sebut nama u waktu orang panggil. From that we know u are always in his mind.”pujuk Sara.
            “Thanks Sara..”
            “Its ok Alya.. by the way doctor dah sahkan dah apa masalah Ryqal?” Alya menggeleng.
            “Still taka da apa-apa pengesahan. Dorang sendiri pun anggap ni special case. Sebab majority autism started since early age tau. Tapi ni since excident and koma tu, might be the main reason. I pun dah putus asa nak selidik Sara. Kami semua just follow the flow. I pun tak nak Ryqal stress terpaksa kehulur hilir hospital countless time.”
            “If u said so, then kita doa banyak-banyak supaya keadaan kembali pulih. At least kita dah sama-sama usaha nak baikkan Qal, tinggal tawakal saja. U banyak-banyakkan sabar ok. Jangan stress. Tak elok untuk baby.” Alya mengangguk faham. Perbualan mereka terhenti sebentar dengan deringan telefon Alya. Nama Puan Iman tertera di skrin. Lantas Alya mencapai phone lalu diangkat panggilan. Sara hanya diam memerhati.
            “Ya mama? Kenapa?” soal Alya bila suara keluhan Puan Iman kedengaran di hujung talian.
            “Alya balik pukul berapa?”
            “Macam biasa pukul 5 habis la ikut office hour. Kenapa Ma? Qal ok tak dekat sana?” Alya teringatkan Ryqal yang ditinggalkan di rumah Puan Iman dek kerana Mama Sal terpaksa keluar menguruskan hal yang lain hari ini.
            “Baliklah cepat kalau boleh Al. Mama pening dah Ryqal merajuk buat hal lagi. Kali ni lagi dahsyat. Dengan papa kamu naik angina dibuatnya.” Jelas Puan Iman.
            “Ryqal buat apa tu sampai papa naik angina?” Alya sudah berkira-kira menutup computer serta laptopnya. Sebelah tangan lagi mengemas lebihan makannnya.
            “Atirah la pergi menyakat suami kamu tu. Habis dia mengamuk, di balingnya barang sampai pecah kena TV papa kamu. Mana tak naik angina orang tua tu.” Ya Allah..beristighfar panjang Alya dibuatnya bila mendengarkan penjelasan Puan Iman.
            “Ok kejap lagi Al sampai. Mama try la pujuk papa jangan melenting. Al takut nanti di tengkingnya Ryqal. Ryqal kan tak sihat ma..”
            “Ya mama tengah pujuk papa kamu la ni. Tu Ryqal ada dalam bilik dengan Mama Sal dan Tasha. Mogok tak nak makan dari pagi tadi.” Berkerut wajah Alya tika itu. Bukan kerana mogokkan Ryqal, tetapi tatkala nama Tasha terbit dari bibir Puan Iman.
            “Tasha ma?”
            “Ye Tasha datang sekali dengan Mama Sal kamu dari tengahari tadi. Cepat sikit balik tu! Mama nak letak phone dah ni. Entah apa pulak bising-bising dekat atas tu. Hati-hati balik. Ok bye.” Talian diputuskan secara tergesa-gesa oleh Puan Iman. Alya turut terdengar jeritan Dato Adri sebelum talian mati. Bingkas dia bangun.
            “beb why? Ok ke semua?” soal Sara yang turut bingkas bangun.
            “Tak tahu la Qal buat hal lagi.  I kena balik cepat. Sorry sara and thanks for the meal.” Lantas Alya mempamitkan diri. Laju saja langkahnya menuju ke parking lot. Fikirannya kini bukan menggunung pada kerenah Ryqal, tapi kerana kehadiran Tasha disitu.
Entah kenapa hatinya terasa di paku-paku mendengar nama itu. Pasti Ryqal menyenangi kehadiran Tasha disitu. Lihat saja perbezaan penerimaan Ryqal sewaktu dia mula sedar dari koma. Tasha mendahului segalanya di mata lelaki itu. Tasha ni Tasha tu. Nak Kakak Sha tak nak Kakak Ya. Sampaikan sanggup Ryqal menolaknya keluar dari rumah Mama Sal sewaktu dia cuba menarik tangan Ryqal dari lengan Tasha. Arghh. Sempat Alya melempar katalog iklan entah apa-apa yang melekat di cermin keretanya.

            “Tepilah! Orang nak cepat ni!” omel Alya geram. Tak pasal kertas tak bersalah tu jadi mangsa amukan cemburu. Myvi kelabu kini membelah jalan raya laju dengan aura kegeraman Alya. i'm on fire right now dude.


No comments: