Nota kepala : Seriously ! Thanks readersss. Maseh jenguk blog and cerita ni! Kalau ada pendapat and komen boleh pm tepi atas bawah kiri kanan depan belakang atau mana-mana saja yang anda mahu! Heheh.
Honda Accord milik Hafi kini berhenti betul-betul di
perkarangan rumah Hana. Hafi mengambil bungkusan hadiah di seat sebelah
penumpang lalu bergegas keluar dari keretanya. Sempat dia membetulkan rambut
serta kemejanya yang agak berserabut dek kerana bergegas bila teringat akan
janjinya pada Ecah dan Hana. Ketiadaan Hana dan Ecah di kedai kek membuatkan
dia hadir di rumah Hana setelah sekian lama dia cuba menjauhkan diri dari
wanita itu. Arghh silapnya juga terlalu ikutkan perasaan. Kini dia rindu pada
keletah si Ecah. Tak lupa juga bebelan Hana dan rupa wanita bermata sepet itu.
Untuk harini saja, biarlah dia melupakan sejenak kehadiran semula Iskandar
persis nak potong line tu!
Hafi berdiri di
depan pintu masuk. Di ketuknya sekali dua disertai dengan helaan nafas panjang.
Gugup pula bila kenangkan dia terlupa akan harijadi Ecah. Teringat bila Hana
mengatakan Ecah senantiasa menyebut-nyebut nama Uncle Hafi.
Saat pintu terbuka,
wajah Hana menyapa pandangan Hafi. Terkulat-kulat dia mengukirkan senyuman bila
melihatkan wajah dingin Hana.
“Maaf kami tak
beli karpet. Kami tak ada pesan apa-apa bungkusan. Harap maklum.” Ujar Hana berura
mahu menutup kembali daun pintu namun pantas di halang tangan kekar Hafi.
“Karpet? Saya
yang hensem ni awak samakan dengan bangla jual karpet tu? Sungguh tak patut.”
“Oh yeke? My bad
sebab tengok warna kulit pun macam nak sama je tahap mendung tu.” Membulat mata
Hafi mendengarkannya. Amboi makcik ni baru berapa hari tak jumpa dah pandai
tembak pakai machine gun.
“Eh walau pun
tahap mendung tu nak sama, tapi level kemanisan wajah tetap saya juara dari
dulu tau. Awak patut bersyukur dapat kenal bakal Tansri Manis macam saya ni.” Ujar
Hafi masuk lif tekan butang sendiri.
“Saya hari-hari
menghadap kek manis-manis tu, tak heran langsung manis muka awak tu aih.”
“Yela-yela .Kot
ye pun jemputlah saya masuk dulu. Ecah mana? Serius saya lupa pasal birthday
tu.”
“Ada dekat bilik dia. Demam. Takpelah saya
faham awak sibuk. Ecah pun faham.” Hana membuka pintu grill untuk menjemput
Hafi masuk. Pintu dibiarkan terbuka luas memandangkan tak manis bertutup rapat
dengan kehadiran Hafi yang bukan muhrimnya itu.
“Demam? Dah bawak
ke klinik? Tak bagitahu saya pun?”
“Kalau sy bagitau
pun, awak boleh datang ke? Mestilah tak kan? Sibuk dengan kerja so tak apa saya
dah biasa handle sendiri.
“La saya minta
maaf lah pasal birthday Ecah tu, saya betul-betul lupa. Bukan sengaja pun.”
Ujar Hafi berterung terang. Memang benar dia terlupa akan harijadi Ecah dek
terlalu leka menghabiskan masa dengan Jasmine dan temannya yang lain pada malam
itu. Sudahnya dia telat pulang ke rumah hingga tidurnya membawa ke petang baru
bangun. Hari ini baru dia berkesempatan datang itupun setelah dia teringat
tentang Ecah pabila melihatkan anak kecil salah seorang staff di pejabatnya.
“Tak payah minta
maaf dekat saya. Pergi mintak maaf dekat Ecah tu. Lain kali kalau dah tau tak boleh tepati janji, jangan berjanji.
Lebih-lebih lagi dengan budak kecik. Paham?” tegas Hana dengan suara perlahan
tapi nadanya cukup kriteria seorang cikgu garang.
Lantas Hana berlalu ke pintu bilik Ecah di ekori Hafi yang
sudah mengeluh sambil menggosok-gosok belakang kepalanya. Baik madam. Getus
hati lelaki Hafi. Tak pasal kena bebel dengan mak budak. Ah mak budak ni la
yang kau rindu Hafi. Bebel pun rasa macam tengah dengar mp3.
Daun pintu di kuak
lalu Hana memberi ruang kepada Hafi untuk masuk menjenguk Ecah yang kelihatan
terbaring lesu di atas katil dengan tuala demahan melekap kemas di dahi anak
kecil itu. Lantas dia duduk di birai katil. Kepala Ecah di usapnya penuh kasih.
Ecah yang terjaga pantas menghalakan pandangannya ke arah Hafi yang tersenyum
sambil menarik kedua belah telinga tanda memohon maaf.
“Uncle Hafi!” riang
Ecah memanggil lelaki yang mendapat tempat di hati kecilnya itu. Suaranya
diselangi batuk kecil. Berusaha Ecah bangun memeluk Hafi.
“Kenapa uncle tak
datang semalam. Umi buat kek cantik. Umi masak sedap-sedap. Kawan Ecah banyak
datang. Ecah tak nampak uncle pun..” sayu Ecah bertanya. Matanya polos
memandang riak Hafi yang sudah serbasalah.
“Uncle mintak maaf
ok. Uncle sibuk tolong kawan semalam sampai lupa..” bohong Hafi. Ah tolong
kawanlah sangat Fi. Padahal kau pergi berpoya-poya hilangkan serabut otak ni.
“Tapi kan Uncle dah
janji nak datang…” Ecah mencebik dengan mata berair. Kaget Hafi melihatnya.
Hana dari tadi sekadar berdiri memeluk tubuh di pintu, memerhatikan mereka dua
beranak. Lantas Hafi meletakkan kotak hadiah sebesar pemeluk itu di hadapan
Ecah kemudian menarik kedua belah telinganya. Riak wajahnya di buat sedih
sambil berbisik sorry memandang Ecah.
“Uncle janji tak
buat lagi. Sorry..nanti kita ketuk ketampi..” seloroh Hafi. Dia tersenyum lega
bila melihatkan Ecah sudah terkekek ketawa sambil memeluk hadiahnya.
“Sape tak ikut
janji nanti kita rotan!” Hafi mengangguk-angguk akur dengan arahan Ecah. Hana
di belakang sudah terherot-herot bibirnya menahan gelak bila melihat telatah
Hafi dan Ecah. Kotak hadiah dibuka. Ecah menjerit keriangan saat patung beruang
lembut berwarna coklat menyapa pandangannya. Lantas dia memeluk erat patung
itu. Jelas terpancar riak bahagia di muka Ecah.
“Maceh uncle Hafi.”
“Ecah suka tak?”
soal Hafi dibalas anggukan laju dari Ecah. Lega dapat memujuk anak kecil itu.
Rindu pula dia dengan keletah Ecah.
Tiba-tiba Ecah menarik
lengan baju Hafi. Sebelah tangannya menggosok perutnya.
“Uncle..Ecah
lapar..”
“Lapar? Tak makan
lagi ke?” Ecah menggeleng. Lantas Hafi memandang Hana yang setia dari tadi
menyaksikan dramanya. Rindu la tu. Getus hati Hafi. Dia tersengih bila Hana
melarikan pandangan mata kea rah lain.
“Umi..umi masak
ape, kami lapar nak makan ni.” Ujar Hafi dengan suara yang sengaja di
budak-budakkan. Berkerut muka Hana mendengarkannya. Ihh meluat tak sudah mamat
ni. Ingat comel sangat ke? Tak pun ok!
“Err..ada tu umi
dah masakkan bubur untuk Ecah.” Terkulat-kulat Hana membalas. Ecah menjerit
keriangan lantas menarik tangan Hafi untuk turun dari katil. Hafi sekadar
menurut tarikan Ecah. Sempat dia menarik sekali pergelangan baju kurung yang
dipakai Hana. Terkejut, tapi entah kenapa Hana sekadar membiar saja Hafi
menarik lalu dia mengikut langkah mereka.
“Untuk Ecah je?
Untuk saya tak ada?” soal Hafi merenung wajah Hana yang turut melangkah menuju
ke dapur. Sekali tengok dah macam origami yang panjang atau pun tren
bersambung-sambung menuju dapur.
“Ishh makan jela
bubur tu. Siapa suruh tak datang semalam.” Getus Hana menjeling tajam. Tangan
hafi dijentiknya kuat agar lelaki itu melepaskan pegangannya dari baju Hana.
Degil. Hafi sekadar mengaduh tapi baju Hana tetap tak dilepaskan.
“Takpe untuk Ecah
saya sanggup.” Ujar Hafi tersenyum manis kea rah Hana. ‘Apa je tak kisah
asalkan awak yang masak..’ ayat itu bergema di hati Hafi. Dia tergelak kecil
mendengarkan bisikan hati lelakinya. Ah Hafi. Untuk hari ini saja kan?
“Ishh ada je lauk
semalam. Tapi takkan nak bagi tamu pulak. Awak duduk la dulu dekat depan dengan
Ecah, temankan dia makan bubur sambil-sambil saya gorengkan nasi.” Hafi
menggeleng.
“Panaskan jela lauk
semalam. Banyak lagi tak? Jangan membazir. Lagipun dah lapar sangat, malas nak
tunggu awak terhegeh-hegeh masak. Lambat.” Selamba Hafi. Hana berdecit geram
mendengarkan perlian lelaki itu. Tak sah kalau tak menyakitkan hati sejak
kebelakangan ni. Bulan ni saja dia rasa macam jururawat tak bertauliah kena
jaga dua orang demam dan beriya masak bubur. Haritu hafi demam, ni Ecah pulak! Berjangkit
ke apa tak tahulah. Haihh.
Sudahnya Hafi
sekadar meneman Ecah makan di ruang dapur sambil matanya sesekali mencuri
pandang Hana yang sibuk memanaskan lauk-pauk serta nasi untuk dihidangkan. Jam
sudah menunjukkan pukul 12 lebih. Ngam waktu untuk dia lunch. Pagi tadi pun
sekadar alas dengan kopi secawan.
Bertambah hebat
keroncong yang bergema di perutnya saat bau kari yang dipanaskan menerjah ruang
hidungnya. Konsert rock dah perut ni! Lantas Hafi bangun membantu apa yang
patut. Nasi yang dah masak dicedokkan ke dalam mangkuk lalu di bawa ke meja
makan. Tak tahan rasanya duduk diam menunggu dengan perut macam ni. Hana
sekadar membiarkan Hafi membantu. Lapar sangatlah tu. Nak tergelak rasa bila
melihat wajah Hafi saat membuka periuk kari ayam yang sudah panas. Nampak
sangat kecur liurnya.
Usai menghidangkan
semua, mereka duduk menjamah sambil melayan Ecah yang petah bercakap. Hafi pula
tak sudah menambah kuah kari di pinggannya. Terasa sudah lama dia tak makan
nasi lauk campur begini. Kangkung goreng di cedok. Sambal belacan yang
terhidang juga menambah seleranya.
“Air air. Ahhh
pedasnya!” ujar Hafi meminta air dari Hana. Cepat-cepat Hana menghulurkan
padanya lalu diteguk rakus.
“Kot ye pun lapar,
makan lah slow-slow. Tu sambal belacan tu siapa suruh ambil banyak. Tamak noh.
Memanglah pedas.” marah Hana. Dia mendengus bila Hafi sekadar memekakkan
telinga. Ecah dia layan pulak. Aku ni ditunggulkan. Cis.
“Tak tahu pulak
saya awak pandai masak. Last saya makan masakan awak yang nasi goreng garam
tumpah tu.” Ujar Hafi sambil menambah nasi di pinggannya. Hana menjeling.
“Amboi yang tu awak
ingat pulak kan?” Hafi tergelak.
“Mana boleh lupa.
Kena darah tinggi terus saya bila makan tu.” Hana mencebik. Eleh membohong
lebih.
“Umi masak sedap
kan uncle! Nanti uncle datang la selalu, boleh makan umi masak.” Sampuk Ecah.
“Betul tu. Lepas ni
tiap hari uncle datang. Tapi uncle tak janji la sebab uncle sibuk kerja..” Ecah
diam sebentar mendengarkan jawapan Hafi. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
“Ha! Kalau macam tu
uncle duduk la sini dengan umi, dengan Ecah. Nanti hari-hari Ecah dapat jumpa
uncle kan umi!” riang Ecah mengusulkan cadangannya. Tersedak-sedak Hana yang
sedang makan. Tak tertelan rasanya nasi ketika itu. Cepat-cepat dia meneguk
air. Hafi yang melihatkannya terasa mahu tergelak namun sedaya upaya
ditahannya.
“Mana boleh!” Hana
menggeleng.
“Kenapa pulak umi?”
soal Ecah. Hana kematian kata. Hafi di pandangnya meminta pertolongan untuk
menjawab. Terherot-herot bibir Hafi menahan senyum.
“A’ah kenapa pulak
umi?” balas Hafi dengan muka serius. Sengaja mahu mengenakan Hana. Ihhh tak guna
punya mamat.
“Errr..sebab uncle
kan ada rumah sendiri nak jaga. Ha! Ada kucing dekat rumah uncle. Nanti siapa
nak jaga. Nanti ada perompak masuk rumah uncle macam mana. Kesian unce.” Apa
punya alasan lah Hana. Lantaklah! Janji ada jawapan. Tak memasal kena perah
otak time-time makan macam ni. Ni semua sebab Hafi. Hana menjengilkan matanya
kea rah Hafi bila lelaki itu sudah terkekek-kekek ketawa.
“Macam mana awak
tahu rumah saya ada kucing? Awak skodeng eah? Padahal masa awak datang haritu
pun Si Gebot tu saya hantar dekat jiran sebelah. Musykil ni.”
“Diamlah!” marah
Hana. Nasi di pinggannya di tonyoh geram. Rasa macam nak tonyoh-tonyoh mulut
Hafi yang menjawab tu.
“Uncle ada kucing?
Umi uncle tak marah ke bela kucing? Umi Ecah marah. Umi kata nanti kucing tu
gigit kita.”
“Percayalah cakap
umi tu. Kucing mana gigit. Kalau umi tu yela mengigit. Kucing baik je nanti
Uncle bawakkan untuk Ecah satu ok?” ujar Hafi disambut jelingan tajam Hana.
Ecah sudah tersenyum keriangan.
“Umi uncle tak
marah ke..” soal Ecah lagi. Hafi tersenyum nipis mendengarkan ‘umi uncle’ itu.
Tahu ia merujuk pada ibunya.
“Takdelah. Uncle kan
tinggal sorang. Uncle takda umi..takda papa..takda ayah..takda mak..” Hana
sekadar diam mendengar. Dia juga sedia maklum Hafi hidup sendirian sejak kedua
orang tuanya meninggal dalam satu kemalangan kereta sewaktu dia masih kecil.
“Sian uncle..macam
tu mesti uncle pergi tadika sorang-sorang kan..” berkerut Hafi mendnegarnya
sebelum dia mengangguk kecil.
“Ecah pun macam
uncle jugak..Ecah pergi tadika naik kereta Pakcik Man. Selalu Ecah nampak
kawan-kawan yang lain ada ayah dorang hantarkan. Kawan selalu tanya mana ayah
Ecah..” Ecah diam seketika sambil menyuap bubur ke dalam mulutnya. Hana sudah
terdiam memandang Ecah. Hafi pula berkerut mendengarkannya. Adakah ini bermakna
Ecah masih belum tahu kewujudan Iskandar sebagai ayahnya?
“Kawan tanya Ecah
jawab apa?” soal Hafi.
“Ecah cakap tak
tahu..” Suasana tegang seketika.
“Ecah teringin nak
ada ayah macam dorang. Boleh pegang tangan Ecah balik tadika. Boleh cium kita
sebelum masuk kelas..mana kita nak cari ayah ye umi?” soal Ecah memandang Hana
dengan mata pengharapan. Satu bebanan yang berat untuk Hana menjawabnya tika
ini. Dia mengeluh memandang Hafi.
“awak lah ni.”
Ujar Hana menjeling Hafi.
“apa saya pulak.
Awak lah.” Balas Hafi selamba meneruskan suapannya.
“Saya apa?”
“Awaklah gedik.”
“Hei sejak bila
pulak saya cakap gedik!” marah Hana. Hafi terkekek ketawa melihatkan riak tak
puas hati Hana.
“Uncle dengan umi
janganlah gaduh. Uncle! Mana nak cari ayah eh?” soal Ecah lagi kini kepada
Hafi. Berharap ada jawapan untuk persoalannya. Hah! Padan muka. Jawab jawab.
Tadi kenakan orang sangat. Getus hati Hana.
Hafi tersenyum
mengusap rambut Ecah. Dia mengerti perasaan anak kecil itu. Dia rasa perasaan
seperti itu ketika kecil. Malah semasa menginjak dewasa juga kadang perasaan
itu singgah bila melihatkan kebahagiaan orang lain bersama keluarga.
“Tak payah cari
dah. Ni uncle ada depan Ecah. Lepas ni panggil Uncle walid je. Biar uncle jadi
ayah Ecah ok tak?” ujar Hafi disambut senyuman mekar Ecah manakala Hana pula
tersedak buat kesekian kalinya.
“Betul ke uncle!
Yayyyy!!!! Umi umi Ecah dah ada ayah! Yayy dah boleh pergi tadika dengan
walid.”ujar Ecah keriangan menarik-narik lengan Hana. Hana sekadar mengangguk
dengan muka berkerut menahan senak akibat tersedak dengan penjelasan Hafi tadi.
Hafi yang sedari tadi memerhati tingkah Hana geli hati dibuatnya. Merah muka
wanita itu. Tak pasti samada kesan pedas tersedak atau pun blushing.
“Awak ajar ape lagi
ni dekat Ecah.” Soal Hana serius memandang Hafi.
“Eh apa je yang
saya ajar. Suruh panggil walid je pun. Awak tu tersedak aje. Cuba makan
betul-betul. Pikir ape tah. Awak fikir apa haa waktu saya nak jadi ayah Ecah?”
Duga Hafi. Terkulat-kulat Hana melarikan pandangan, meneruskan suapannya.
“Mana ada saya
fikir apa-apa. Awak tu bagi harapan dekat budak tu. Nanti jadi apa-apa macam
mana?” Ke kau rasa macam harapan tuju dekat kau ni Hana? Getus hati
perempuannya. Wait. Harapan dekat aku? Apa benda kau merepek ni syaitonnn.
“Budak Hana..tak
salah saya tunaikan impian dia. Hanya seorang ayah yang dapat hantar dia pergi tadika,
bawak balik, di sayangi di beri perhatian dari seorang ayah..” ujar Hafi. Hana
mengeluh.
“Saya boleh jaga
dia sebagai seorang ayah seorang ibu..” tegas Hana.
“ No u cant be
both. Itu kenyataannya. Look now she’s asking you a father. Tak ke awak rasa
awak menafikan hak dia sebagai budak kecik yang perlukan kasih seorang ayah?”
soalan Hafi itu membuat Hana terkesima sebentar. Lama dia diam berfikir
sesuatu. Pendapat Hafi ini sama seperti apa yang telah di utarakn oleh
Iskandar. Patutkah aku terima Iskandar untuk Ecah. Patutkah aku bagi peluang
kedua untuk diri sendiri bahagia? Boleh kah aku bahagia dengan Iskandar? Tapi…
Hana membuang
pandang kea rah Hafi yang leka melayan Ecah. Riak bahagia Ecah juga jelas
terpancar tiap kali Hafi disisinya. Masih tersenyum begitukah anak itu andai
Iskandar mengambil alih tempat Hafi satu masa nanti? Perasaan dia sendiri
sebagai seorang wanita? Pastilah menyebut nama Hafi namun dia sendiri tak pasti
perasaan Hafi padanya walau lelaki itu sering berseloroh pickupline yang
bukan-bukan. Tiba-tiba phone Hana di ruang tamu berbunyi minta di angkat. Bergegas
dia bangun meluru ke arah handsetnya. Nama Iskandar jelas terpapar di skrin
panggilan. Butang hijau di tekan.
“Waalaikumussalam..
ya Is?”
Hafi menoleh
sekilas ke ruang tamu bila terdengar nama iskandar disebut-sebut oleh Hana.
Pasti pemanggilnya Iskandar. Ecah yang turut mencuri-curi pandang ke arah umi
nya menjungkitkan kening ke arah walid barunya bila lelaki itu juga
menjungkitkan kening padanya.
“Kawan baru umi
uncle Is..” jelas Ecah bila suara Hafi berbisik menanyakan siapa gerangan
Iskandar.
“Ooo..” mulut Hafi
membulat. Tahu kini yang Hana masih belum menjelaskan pada Ecah status sebenar
Iskandar.
“Nanti kalau uncle
Is suruh panggil papa, Ecah cakap takmo tau.”
“Yeke? Kenapa
uncle? Opss..walid” Ecah tersengih membetulkan panggilan baru. Hafi pula
kembang setaman mendengarkan panggilan itu.
“Cakap je kita dah
ada walid Hafi. Tak nak papa lain. Bereh?” Ecah mengerutkan keningnya mendengar
perkataan asing yang keluar dari mulut Hafi.
“Bereh tu apa
walid?”. Hafi diam sebentar mencari penjelasan yang boleh diterima akal anak
sekecil Ecah. Silap dia juga tersasul keluar loghat negeri kelahirannya itu.
“Bereh tu maksud
lain dia OK. Kita up sikit guna bereh. Tak guna OK dah sekarang.” Ulas Hafi
selamba mengajar benda bukan-bukan pada anak kecil yang sudah disayangi seperti
anak sendiri itu. Ecah pula mengangguk faham.
“Ohhh..berehhh..”
Ecah membalas mengajuk bahasa baru ajaran walid nya itu sambil tersenyum
menunjukkan isyarat OK menggunakan tangan. Hafi tergelak melihatnya.
“Bereh bereh. Camni
lah anak walid. Comei sokmo deme..dah jangan banyak tanya. Habiskan tu.“ ujar Hafi
laju kerana dia pasti Ecah akan bertanya lagi perkataan seterusnya yang disebut
sebentar tadi. Ecah menurut lantas diusap kepala anak itu sambil tersenyum
bahagia.
Sengaja mahu memprovok kehadiran iskandar
dalam hidup Ecah dan Hana. Entah apalah reaksi Iskandar bila mendengarkan perkataan
‘walid Hafi’ dari mulut anaknya sendiri. Dia pun tertunggu-tunggu bila Hana akan
berterus terang padanya tentang kehadiran Iskandar. Nalurinya berkocak hebat
ingin tahu progress hubungan mereka berdua, namun di sabarkan dulu. Takut dia
yang terletak harapan tinggi. Ah susahnya jadi makhluk bernama Nik Hafizudin
ni.
No comments:
Post a Comment