Suhani membuka matanya. Kelihatan Raziq sedang setia menunggu disisinya. Kepalanya terasa berat sekali. Berpinar-pinar macam baru lepas main roller coaster pun ada jugak! Suhani memejamkan matanya kembali. Setelah itu dia mencelikkan sedikit matanya lalu menjeling sedikit kea rah Raziq yang sedang enak tidur di atas sofa menunggu. Kasihan pula melihatnya. Pasti lelaki itu sedari tadi menunggunya. Eh yeke? Perasannya aku nih? Suhani mengomel sendirian.
‘Haus la pulak..’gumam Suhani. Matanya meliar mencari kalau-kalau ada jag air berdekatan situ. ‘hah,ade pun air..tapi ape masalah nurse ni letak punyela jauhkan sampai aku tak dapat nak capai?’Suhani mengangkat keningnya. Raziq di sofa di pandangnya sekilas.
‘aishhh..takkan nak kejutkan dia..dah la da lame tak bertegur,ingat aku pun tak lagi..buat malu je karang..’
‘tapi kalau tak kejut,aku pulak yang mati kehausan kat sini..aduhai..panggil je la..’
‘eh nanti kalau dia bangun pastu buat muka blurr dia yang hilang ingatan tu macam mana? Buat aku sakit mata adala..aduhai..’ Suhani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bukan ada kutu pun nak di garu. Huh? Kutu??
‘ambik sendiri jela..’Suhani mula bangun dari katilnya. Perlahan-lahan dia menjatuhkan kakinya. Seboleh-boleh dia tak mahu ada bunyi yang mengejutkan suaminya itu. Satu langkah..dua langkah…tiga langkah…haihhh nurse ni memang tak nak bagi aku minum air agaknya. Sikit punya jauh la air dia letak.
Tiba-tiba….
Kriukkkkkkkkkkkkk….@__@
Adohhhh..time ni pulak perut pulak nak berbunyik. Sepantas kilat dia memegang perutnya. Itulah,ngada-ngada demand tak nak makan. Sedih semua punya pasal. Suhani mengetuk kepalanya geram.
“errr…awak lapar ke?” tegur satu suara di belakang Suhani. Mahu melanting dia bila menyedari Raziq berdiri tegak di belakangnya. Pantas dia menjauh sedikit sambil menoleh tempat lain. Mak aih..agak-agak dia dengar ke tak bunyi perut aku tadi? Adohh..jatuh la saham brunei aku..ish perut,sengal la kau.
“errr….err..entah..errkk..ye kot..err..” Suhani tergagap. Aduh,ape ni Suhani,cool,releks..punyala gabra ape hal? Yang dia macam bunian tiba-tiba muncul ni kenapa? Cis!
Raziq tersenyum. Geli hati juga melihat tingkah isterinya itu. Ya isteri,aduh,dia pun hilang ingatan,terpaksa la terima hakikat yang maha hebat punya.
“Mama ada buatkan sup tadi,dia tinggalkan dekat sini,sebab dia ada urusan nak selesaikan tadi. Marilah makan?” ohh…aku dah guna bahasa skema ke? Raziq mengeluh. Apa kena dengan aku?
Suhani menoleh sedikit kea rah bekal yang di hulurkan oleh Raziq. Nak tak nak dia mengangguk. Perut dah mengaum,karang tak turutkan kemahuannya,mahu saja satu dunia dengar ngaumannya? Sengal.
Suhani duduk semula di katilnya. Raziq pula sudah menuang air lalu di hlurkan segela kepada Suhani. Raut wajah Suhani tak lepas dari pandangannya. Bukan gatal,tapi nak pastikan kalau-kalau raut itu masih ada tersemat dalam kotak memorinya. Arghh..gagal juga jawapannya.
Suasana sunyi. Masing-masing kekok antara satu sama lain.
Aduh..payah jugak nak makan depan dia. Kena control ayu semua..menyampah ade la. Lapar punya pasal,sebab kau perut aku malu tadi tahu tak? Getus Suhani dalam hatinya. Sesekali dia dapat menangkap sepasang mata Raziq yang bening itu sedang leka memerhatikannya.
Oh myy..rindu dekat mata tu. Rindu nak tengok dia buat macam tu,kuak rambut kebelakang,tolak cermin mata ke pangkal hidung sambil angkat kening bila nak ugut aku. Ingat tak saya ni Raziq? Tolonglah ingat. Tolonglah…penat nak tanggung rindu sebeban ni..saya rindu awak sangat.
Suhani sayu. Air mata terasa bertakung di pelupuk matanya. Pantas saja Raziq melarikan matanya bila mata mereka bertembung. Seperti ada getaran maha hebat bila matanya menusuk anak mata Suhani. Berdebar la jugak jntungnya.
“err..saya keluar pergi tandas kejap.”bohong Raziq. Hatinya tak keruan bila berlama di situ. Dia tahu dirinya. Walau halal macam mana sekalipun,nanti lain hal pulak di buatnya.
Saat kakinya hamper melangkah keluar dari pintu bilik hospital itu,tiba-tiba kedengaran bunyi gelas pecah. Spontan dia memandang ke belakang semula. Terperanjat dia bila melihat Suhani sedang kelam kabut mahu turun dari katilnya.
“eh,Hani!!!!” tegah Raziq sedikit kuat,membuatkan Suhani terperanjat lantas memepercepatkan langkah turun dari katil. Belum sempat dia melangkah,kakinya terasa perit. Mak aihhh…apa masalah pulak ni? Gumam Suhani. Terjingkit-jingkit dia menahan sakit di kaki.
Raziq meluru kea rah Suhani. Darah mula meleh keluar dari kaki putih isterinya. Panic di buatnya. Pantas tubuh Suhani di cempung lalu di letakkan dlm keadaan duduk di atas katil. Kaki Suhani di teletinya. Secebis kaca sebesar ibu jari tertusuk ke dalam kaki Suhani. Dia sendiri tiba-tiba tak dapat berfikir dengan waras bila melihat darah Suhani mula laju mengalir. Sesekali terdengar erangan halus dari Suhani.
“kenapa awak turun dari katil tadi? Tengok kaca dah masuk?” marah Raziq spontan. Dia cemas sebenarnya. Apatah lagi melihat wajah SUhani sudah berpeluh menahan sakit. Raziq meluru keluar dari bilik,dan kembali semula bersama 2 jururawat bertugas.
Suhani sudah mula tak keruan bila kakinya di pegang kejp oleh salah seorang jururawat di situ. Dia tahu kesakitan maha hebat miliknya sebentar lagi. Dia pernah melaluinya waktu kecil-kecil dahulu. Dia tahu sakitnya bagaimana. Saat Raziq mahu beredar meninggalkannya,spontan dia menarik tangan Raziq. Mukanya cemas sambil meraih simpati suaminya. Lantaklah dia nak piker ape kali ni, aku tak nak duduk sorang-sorang ni. Jururawat ni sangat menakutkan ok?
“awak nak pergi mana,saya takut ni..”rayu Suhani. Dia dapat lihat wajah Raziq yang sebersalah memandang ke arahnya,kemudia memandang kea rah 2 jururawat itu.
“takut apanya awk,bukan diorang nak makan awk..siapa suruh nakal sangat sampai gelas pun boleh pecah? Tengok siapa yang sakit sekarang ni?”omel Raziq geram. Suhani hanya mendiamkan diri. Bukan dia tahu kaca di bawah kakinya. Dia pun terkejut sebab namanya tiba-tiba terpacul dari mulut Raziq. Terasa macam yang memanggilnya ketika itu adalah Raziq yang dahulu. Raziq yang selau mengusiknya,yang selalu tak jemu mengejar cintanya. Dan yang tak gentar bangun untuk mempertahankan rasa hatinya walau ramai yang menentang. Suhani berjauh hati. Tangan Raziq serentak di lepaskan. Matanya sudah di pejam rapat-rapat bila jururawat itu mula memegang kembali kakinya. Saat dia terasa kaca mula di tarik perlahan-lahan,Suhani menjerit kuat. Deras air matanya menahan sakit.
Raziq yang ketika itu berdiri di sebelahnya spontan memeluk Suhani. Kepala Suhani di usapnya lembut. Suhani menyembunyikan wajahnya di balik dada bidang Raziq. Dia menangis sepuasnya di situ. Tangannya memeluk erat bahu Raziq seiring dengan kesakitan yang menular hebat bila kaca itu di keluarkan dari kakinya. Semakin laju saja Raziq mengusap kepalanya.
“Abang sakit…”rayu Suhani dengan esakannya. Bagaikan anak kecil saja tingkahnya,tapi itulah kebenarannya bila sakit yang mak aihhh…sape je yang boleh challenge?
“shhhh..sakit sikit je tuh,nnti kjap lagi hilang la,kalau tak buat nanti nak biar sampai bila syg..?”ujar Raziq lembut. Bagaikan seorang bapa saja gayanya. Dia tahu Suhani kesakitan. Dia sendiri cemas bila tiba-tiba Suhani menjerit kesakitan.
Selesai saja di balut,2 jururawat itu beredar. Sempat di letakkan beberapa pil tahan sakit di atas meja Suhani. Mereka faham,mungkin suami perempuan itu lebih molek dalam hal pujuk memujuk isteri sendiri. Haha..huik?
Suhani menoleh sedikit kea rah pintu yang tertutup.
“jururawat hitler tu dah pergi?” soal SUhani dgn suara serak-serak basah. Raziq tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Hitler???
“dah..”jawabnya lembut. Suasana sepi seketika.
“sakitla kaki ni nak bergerak,berdenyut-denyut. Badan rasa macam kejung,ubat apa nurse ni bagi?” ngomel Suhani.
“ubat awet ntuk mumia kot?”seloroh Raziq. Suhani mengangkat keningnya.
“huh? Haha,lawak la sangat.”gumamnya geram. Raziq tersengih. Suhani masih dalam pelukannya. Bahunya juga kejap di peluk oleh Suhani.
“Kalau sakit,tak payah la bergerak dulu..”ulas Raziq perlahan,antara dengar atau tidak di pendengaran Suhani. Senyap. Tiada balasan dari Suhani. Namun begitu masing-masing tak berganjak. Masih dalam berkeadaan bagitu. Mungkin saja Suhani mendengar. Mungkin saja tidak..entahlah,yang pasti,Raziq sendri tiba-tiba merasakan ada sebeban rasa yang sarat yang sedang di lepaskannya perlahan-lahan. Dia tahu dia merasakan sesuatu yang pernah dirasakannya dlu. Tapi entah kenapa,mulutnya terasa berat. Bagai ada batu yang tersumbat di dalam kerongkongnya.
Suhani diam. Dia dengar kata-kata Raziq itu,Cuma saja buat-buat tak tahu. Dia sendiri rasa malu,tapi tangannya pula macam bagus pulak tak nak lepaskan bahu Raziq. Lagi pula dia selesa bila kepalanya di usap sebegitu rupa. Dia rindu Raziq..rindu yang teramat..dia tak mahu cintanya mati,tak mahu di katakana terlambat membalas cinta Raziq..tapi kalau begini keadaanya,tidakkah di namakan terpaksa mematikan cinta yang baru tumbuh memekar itu?? Suhani sayu. Bahu Raziq di peluknya erat sambil air matanya mengalir perlahan. Tiba-tiba dia merasakan ada kucupan hangat singgah di kepalanya.
“Awak tolong saya..”ujar Raziq dalam nada meminta. Sepi sekketika. Tiada jawapan dari Suhani.
“Tolong saya ingatkan balik siapa isteri saya ini..”ujarnya lagi. Suhani tersentak. Spontan dia mengangkat wajahnya memandang kea rah Raziq. Dia takut dia tersalah dengar. Raziq tersenyum lembut.
“tolong saya ingatkan balik memori kita berdua..memori cinta kita..”
5 comments:
thanxz sambung...
sambung la lg..
cpt smbunng..
best gak cite nie
bestla...hehe..nape tak letak shoutbox?senang sket nk komen :)
akak br bc citer ni best la... harap raziq dpt balik igtannyer.... cpt smbung
@_@ hoo??
xD maceh smue..actually saye sndri ta brape yakin dgn smue hasil saye dlm nih..takat mcuba n saja2 tulis tuh adela,..hehe..des y segala bahasa n ayat maen hentam ja ala2 tgh tulis diary..:) hope kamu2 tak kesah meyh..:) about shoutbox insyAllah saya msukkn nnti,ni pun takut blog berat sgt,ssh nak upload nnti,ape2 pun nnti saye try okeh? :) sekian,arigato gozaimasuuuuuu byk2! xD
Post a Comment