gLutamic aCid

Sunday, March 27, 2011

Biarlah Berlalu 18

Usainya tayangan,Raziq dan Suhani beriringan keluar bersama dengan penonton yang lain. Bagi Raziq,jalan ceritanya sangat memuaskannya. Banyak aksi,macam filem mafia. Haha! Tapi lain pula bagi Suhani. Bosan. Mengantuk. Itu saja yang sesuai di simpulkan sepanjang tayangan tadi. Kalau ada lampu meja belajar,dah lama dia bawak sebagai lampu untuk dia membaca novelnya. Dia tak berapa minat dengan filem aksi,apatah lagi yang melibatkan kekejaman. Haih..
Raziq memandang Suhani sekilas. Gadis itu kelihatannya kesejukkan.
“Abang nak bagi baju abang tadi,tapi nanti abang nak pakai baju apa pulak kan..? “ Raziq tersengih bila menangkap mata merah Suhani menjelingnya geram. Mana taknya,baru bangun tidur. Agak-agaknya gadis itu sedar atau tak yang bahunya menjadi bantal dia ketika tidur di dalam wayang tadi? Dia rasa selesa Suhani menumpang bahunya tika itu,terasa bagai dia pelindung buat si gadis ini.
“Boringlah cerita tadi.” Ulas Suhani pendek.
“ lah,dah boring kenapa Hani beli?” soal Raziq. Suhani diam.
‘ Sebab saya tahu awak minat filem action mcm tu..’ hatinya bergema. Hanya matanya saja melirik ke bahagian tepi wajah Raziq. Hatinya bergetar. Cepat-cepat dia alihkan pandangan bila Raziq menoleh ke arahnya.
“Kita nak makan dekat mana sayang?” soal Raziq lagi. Suhani berfikir sejenak.
“Mana-mana jelah ..” Suhani ketandusan idea sebenarnya. Raziq tersenyum.
“OK.tunggu sini kejap,abang nak pergi tandas.” Raziq berlalu setelah Suhani mengangguk. Suhani duduk di bangku yang tersedia. Matanya melingas ke kiri dan kanan. Gelagat-gelagat orang yang lalu lalang di situ benar-benar menarik perhatiannya. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat sepasang remaja yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Si lelaki sedang elok saja memeluk si gadis. Manakal si gadis elok saja merelakannya. Aduhai dunia..ouh? makan pun bersuap-suap,kalah aku yang dah kahwin ni ok?
“dah.” Tegur Raziq yang tiba-tiba terpacak di sebelah Suhani. Dilihatnya SUhani leka memandang ke satu arah,membuatnya turut melihat arah yang sama. Aduhai,usha kapel orang ape bini aku ni? Raziq memerhatikan lama. Dia tersenyum kemudiannya. Bahu Suhani di sentuh.
“Sayang?” Suhani tersentak. Wajah Raziq menghiasi ruang matanya. Sejak bila mamat ni dah dekat sebelah aku?
“Eh,dah ke? Kejapnya?” Soal Suhani menutup gugup di hatinya. Dia berdiri,membetul-betulkan baju kemejanya yang sedikit berkedut.
“Kejap ke? Haha,aduh sayang,takkan abang nak bermaustatin pulak lama-lama dalam tandas tu. Minyak wangi abang ni pun boleh hilang baunya tau?” seloroh Raziq. Suhani tergelak.
“Manalah tau kan? Kot-kot koala dah mula tukar habitat.” Suhani menjungkitkan keningnya sambil tersengih. Langkah mereka seiring menuju ke Pizza Hut.
“ HOuh? Takpa,nanti abang heret sayang sekali. Panda mana boleh pisah dengan koala. Kan? “ Raziq mengenyitkan matanya. Suhani mencebir.
“Fakta yang tak laku.” Suhani tak mahu mengalah.
Raziq diam sambil mengangkat keningnya. Takpe,sayang menang. Hatinya bergema. Tiba-tiba tangannya mengenggam tangan Suhani. Terhenti sebentar langkah Suhani. Pelik.
“Kenapa berhenti?” soal Raziq. Tangannya masih kemas mengeggam tangan Suhani. Matanya melorot kea rah mata Suhani memandang. Raziq tergelak.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Raziq menguji.
“Err..bukan,rasa pelik..” Suhani terasa pipinya panas! Blushing!
“Jomlah,abang lapar ni..” Raziq mnarik tangan Suhani memasuki ruang Pizza Hut. Sengaja tak mahu memanjangkan perbualan. Bagaikan robot Suhani mengikut saja kemana Raziq menarik tangannya. Terasa hangat telapak tangan itu mengenggam tangannya. Terasa selamat. Suhani sayu.
‘oh Tuhan..cintanya aku pada dia..’ tiba-tiba dia teringat scene pasangan remaja kekasih di depannya tadi. Tak sangka,ingatkan aku dah lepas waktu-waktu bercinta zaman remaja,rupanya? Allah nak beri kita yang lebih indah..:) Suhani menggengam tangan Raziq lebih kemas. Raziq menoleh sebentar padanya. Mereka sama tersenyum. Ya Allah,hanya Engkau yang Maha MEngetahui apa yang sedang bergolak di hati kami kini.
‘Abang yakin abang sayangkan Hani…’ucap hati Raziq. Matanya tembus ke dalam anak mata Suhani.
‘ Hani sayangkan abang…’luah hati Suhani. Leka memandang jernih anak mata Raziq.
‘ Kita memang superkuatkan?’ Raziq mencuim tangan Suhani.
‘ Kita tak patut jumpa ke?’ Suhani cuba menarik kembali tangannya,namun terasa kuat di gengam Raziq.
‘Abang takkan lepaskan Hani..’mata Raziq mengecil,seakan memberi amaran. Suhani mula tak selesa..
“Errr..excuse me,encik boleh ikut kami ke ruang meja tu.” Tegur satu suara mematikan lamunan mereka. Raziq tersedar,saat itu juga Suhani pantas menarik tangannya kembali. Raziq kecewa. Suhani gugup,laju saja die mengikuti arah pelayan restoran itu.
**********************************************************************************
Adoi sakit benar kaki ni! Keluh hati Suhani. Dari tadi dia mengurut-urut kakinya. Lenguh betul pakai high heels tu. Ingatkan biasa je. Haihhh..
“kenapa wei?” tegur Fikri yang sedang menonton tv di situ. Suhani menggeleng lalu bangun menuju ke bilik. Mengantuk pulak dah,maybe sebab ubat selsema tu..haihh..katil. Suhani mengunci pintu bilik lalu merebahkan badannya. Terasa nikmat betul tika itu. Letih menguasai badannya. Semalam berjalan dengan Raziq,masih tak hilang penatnya. Akhirnya Suhani terlelap.
5.45 pm..Raziq pulang dari ofisnya. Sebaik saja dia memasuki ruang tamu,kelihatan Fikri sedang berborak dengan Lisa. Hmm,Lisa. Mengikut kata maknya,itu bekas tunangnya dulu. Tapi yang dia pelik,masakan bekas tuning sanggup tunjuk muka dekat rumah ni lagi? Dah tu siap rapat dengan adik bekas tuning sendiri?Arghh! banyaknya persoalan..dia pening memikirkannya. Badannya letih. Laju saja langkahnya tanpa memandang kea rah Fikri dan Lisa di situ.
Raziq memulas tombol pintu biliknya. Berkunci? Aduh..malas pulak nak turun ambik kunci pendua. Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang menghulur sesuatu di sisinya. Pantas di toleh.
“Aik mak Jah macam tahu-tahu je saya nak kunci?” tegur Raziq sambil tersenyum membalas senyuman wanita tua itu.
“Mak Jah dah tahu dah,Suhani mesti kunci bilik ni.”ulas Mak Jah. Raziq terhenti sebentar dari mencucuk kunci ke tombol. Suhani? Sejak bila dia pindah ke bilik ni?
“Suhani Mak Jah? Sejak bila dia pindah bilik saya ni?”soal Raziq pelik.
“Rasanya dia nak tumpang kejap je tu En.Raziq. Tadi pun lemah je dia jalan,terus masuk bilik ni. Paling dekat agaknya.” Mak JAh mengulas. Raziq mengangguk. Yelah,dia sendiri pun masih terasa penatnya.
Mak Jah berlalu bila Raziq sudah membuka pintunya. Kelihatan Suhani sedang enak tidur di atas katilnya. Raziq masuk perlahan-lahan. Pintu di tutp semula tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia melangkah mendekati Suhani. Polos betul wajah itu ketika sedang tidur. Raziq tersenyum. Dia merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan Suhani. Kelihatan Suhani membuka sedikit kelopak matanya sebelum di tutup kembali. Sangka Raziq,pasti gadis itu telah terjaga.
“Penat sangat ke sayang?” soal Raziq lembut di telinga Suhani. Suhani mengangguk.
“Sakit kaki..lenguh..”Suhani mengadu antara sedar atau tak. Raziq berfikir sejenak. Ouh ya! Gadis ini memakai high heels semalam. Rasanya tak pernah lagi dia melihat Suhani memakai kasut tinggi. Dia lebih gemar memakai pump shoes. Macam kanak-kanak comel pun ade juga.
“Kenapa pakai heels,pakaila kasut tapak nipis tu mamcam biasa.”tegur Raziq.
“hmm…”Suhani mamai.
“Nak tunjuk dekat awak,cantikkan…saya,,untuk awk,,tengok…mngantuk..”Suhani membebel lagi. Raziq mengerutkan dahinya. Tahulah dia Suhani mamai,apatah lagi mengigau. Raziq tersenyum geli hati. Nak tunjuk dekat abang? Aduh..abang tak pernah kisah sayang pakai kasut macam budak-budak sekalipun..tetap comel.
Raziq memusing badannya menghadap Suhani. Tangannya merangkul tubuh Suhani rapat kepadanya. Memang tidur mati isterinya ni. Tak sedar langsung orang dekat sebelah. Agak kalau bom sebelah telinga pun tak sedar. Raziq tersenyum nakal. Pipi mulus Suhani di ciumnya lama. Wangi. Detik hatinya. Dia beralih kea rah rambut SUhani. Panjang,lurus,hitam..cantik. tak perlu di warna-warnakan. Tak perlu di blow,di buat bermacam-macam gaya,begini sudah nampka kesederhanaannya yang cantik bagi dia. Raziq mencium kepala Suhani. Tiba-tiba dia terasa tangan Suhani melingkar di pinggangnya pula. Raziq menunduk,kali ini wajah Suhani benar-benar dekat dengannya. Terasa hembusan nafas lembut Suhani menampar mukanya. Jiwa Rziq bergelodak. Imannya terasa bergetar ketika ini. Raziq memberanikan diri meneliti segenap inchi wajah Suhani secara dekat. Isterinya sangat menggoda dalam diam. Haha! Pandaku..
Raziq mengucup dahi Suhani,turun ke hidung,dan akhirnya berhenti seketika ketika sampai di bibir Suhani. Dia teragak,jiwanya terasa lain. Lama dia memerhatikan bibir yang merah merekah itu. Raziq menelan liur. Dia memejamkan matanya sebentar,namun saat itu tiba-tiba muncul bayangan wajah gadis yang di temuinya semalam bersama Suhani. Siapa? Oh,Farhana kalau tak silap. Ana..Raziq terasa dadanya sakit. Kenapa? Mana wajah Suhaninya? Raziq resah. Dia membuka semula matanya.
Saat itu spontan dia melekapkan bibirnya pada bibir Suhani. Lama. Suhani terjaga bila dia terasa sesak bila badannya di himpit. Spontan dia meronta cuba melepaskan diri dari pelukan Raziq. Tangannya menolak-nolak muka Raziq agar menjauhinya.
“Lepas Raziq! Awak dah gila ke?” marah Suhani. Hilang panggilan anatara mereka selama ini. Raziq tidak bercakap. Hanya tangannya saja kejap memegang tangan Suhani dari menolak-nolak wajahnya. Suhani takut. Kenapa ni? Apa kena suaminya ini!
“Raziq! Kenapa ni!” marah SUhani lagi. Bersusah payah dia menolak tubuh Raziq,masih tidak tertanding kekuatannya. Ya Allah..Mengalir air mata Suhani bila dia terasa ciuman Raziq menggila di sekitar lehernya.
“Abang tolonglah..koala takkan buat panda dia macam ni!” rayu Suhani dalam sendu. Kepalanya terasa berpinar tiba-tiba. Pandangannya berbalam. Dia sudah tiada kudrat melawan Raziq. Kesakitan di kepalanya begitu mempengaruhi kekuatannya tika ini. Dia berserah..berserah pada Allah bila terasa Raziq memeluk tubuhnya kuat. Yang kedengaran hanyalah nafas Raziq,dan ucapan Raziq yang tak henti-henti mengatakan..”abang cintakan Hani sorang saja,siapa dia. Siapa perempuan tu. Abang nakkan Hani saja dalam hidup abang..”
“Abang…”Suhani menutup matanya. Pandangannya gelap…..

6 comments:

Zass said...

siapa sebenarnya farhana tue?? takkan ex- raziq kowt... bukankah farhana tu lebih muda dari hani???
takkanlah raziq suka cari pasangan yang bawah umur???
aduh.. pecah kepala ni bila syik fikir tentang nj....
author please give me some clue so that i wont be such thiz curious... dont le me hanging in my own assumption.. it hurts so badly....

zura asyfar addy rifqhiey said...

betul ckp k.s tu....pening sket..huhu

Hafia Hana said...

jgn la byk sgt pompuan2 gedik
rasa mcm raziq tu hot sgt jer

diahperi said...

x sukalah cam ni..mana satu yg raziq nk ni btl tu sapa farhana setau saya raziq suka suhani waktu dia bertunang gan lisa kan...dr mana dtg si ana ni ..xkan si raziq tu plyboy...

Cik Gagah said...

:) bukan thrill namanya kalau smue watak dah dbgitahu tugas die and ending crita nie~xD haha! maaf2..:P
erm..watak farhana tu pnh mncul masa Suhani dtg hospital dgn fikri,farhana tu,yg punca Raziq eksiden and hilang ingatan..lisa,dia hanya tunang yg terpksa btunang dgn Raziq. masa dia tunang dgn Raziq,mmg Raziq dah jtuh hati dkt Suhani..means dlm hati dia sbnrnya ada 2 wanita,farhana yg zaman silamnya sblum btemu Suhani..:) huh? manusia itu tak boleh di jangka wahai pmbaca yg dhormati sekalian..hati itu tidak boleh djangka~:) knapa perlu umur mnjadi persoalan sdgkan hakikat dunia skrg ni kita byk dpt tahu rmai yg kahwin dgn umur yg jauh..kata pujangga,cinta itu buta dan mbutakan..Raziq kan hilang ingatan,mstila dia sndiri keliru dgn hati dia,siapa yg dia mahu sbnrnya..apatah lagi dia gagal nak ingat siapa farhana dlm hdupnya..
:) org yg kita syg dan cinta boleh dtg dan pergi bgitu saja,tapi kesan kasih syg dan cinta yg terbenam dlm hati kita,mampukah kita hilangkannya walau kita hilang ingatan sekalipun?? wallahuallam..yg pasti,kdg hati kita lbih mngenali siapa dir kita sbnrnya..cuma akal yg kdg btindak kerana mngikut rasional berdasarkan pemikiran dan budaya masyarakat..:) apepun,thanx sbb sudi singgah dan baca smua! xD maaf post lmbt,sdg btarung dgn exam final jugak skrg ni sbnrnya..tp ntuk kamu2 yg setia tnggu smbungan ni,izah tak kisah sekang mata smpai jam 3 pagi smata2 ntuk smbung~:) arigato gozaimasu! xD

Hafia Hana said...

cmplicated nyer..