gLutamic aCid

Sunday, July 3, 2011

Biarlah Berlalu 20

Suhani menoleh sekilas kea rah Raziq. Pandangannya kemudian di arahkan pula ke luar tingkap kereta. Meneliti signboard yang tertera di bahu jalan. Dia benar-benar buntu,ke mana arah tujuan Raziq yang sebenar-benarnya.
“Kita nak ke mana sebenarnya ni Raziq?” soal Suhani. Mula rimas dengan persoalan yang timbul dalam kepalanya sedari tadi. Senyap. Hanya sengihan kecil yang menghiasi wajah lelaki itu.
“Awak ni cakap la betul-betul. Lain macam pulak saya rasa sekarang ni.” Getus Suhani. Rimas dengan wajah pura-pura Raziq begitu.
“Huh? Lain macam? Macam mana tu?”Raziq mengerutkan dahinya. Wajah sisi Suhani di tolehnya sekilas. Beberapa minit kemudian dia tergelak kecil. Kepalanya di geleng beberapa kali.
“Hani ingat abang nak buat apa ni? Nak colek hani ea? Adoii,colek ape bini sendiri ni? “ tawa Raziq meletus kemudiannya. Bagai dapat membaca fikiran Suhani tika ini.
“Bukanlah! Mana ada,siapa fikir macam tu? Awak yang perasan lebih.” Suhani menjuihkan bibirnya. Aduhh…camna dia boleh tahu aku pikir ape sekarang ni? Bengong betullah!
“eleh..abang ni ahli nujum tau. Agak-agak keturunann dari pak belalang yang hilang dulu tu,abanglah orangnya. “ Raziq berlagak sambil mengangkat keningnya bila Suhani menoleh ke arahnya serius.
“Abang ni main-mainlah! Orang Tanya betul-betul.” Satu cubitan hinggap di pinggang Raziq. Lelaki itu mengaduh dengan sisa tawanya.
“Adoi…” Raziq menoleh kea rah Suhani. Suasana diam seketika.
“Abang pelik la hani,..ada yang tak kena ni.” Usul Raziq serius. Suhani mnoleh kea rah Raziq. Hatinya tiba-tiba kecut. Apahal pulak ni? Tadi ok je,jangan cakap dia dah tahu apa-apa? Ouhh myy…..toreh tangan aku sekarang. Suhani menepuk dahinya.
“Kenapa?”sola Raziq pelik melihat tingkah Suhani itu.
“Kenapa apa?” Soal Suhani kembali.
“Huh? Hani tu kenapa tepuk dahi? Ada nyamuk ke?” soal Raziq. Keretanya kini berhenti di bahu jalan. Pandangannya kini focus kepada Suhani.
“hah?? Abang tu,kenapa tadi? Apa yang tak kenanya?” Mereka diam lagi untuk beberapa saat. Raziq memandang muka Suhani serius.
“Abang pelik la..macam mana boleh jadi ni…?” sola Raziq.
“apanya? Abang ni cakap la betul-betul? Apasal ni?” Suhani mula risau.
“Abang…abang,,,,pelik…macam mana..err…” Raziq tergagap. Suhani semakin cuak. Wajah serius Raziq di pandangnya cemas.
“err…macam mana spesies panda boleh bertukar ke ketam?”
“Huh??” Suhani mengerutkan dahinya. “Apa??”
“Yes..sakit betul Hani cubit abang tadi. Tu yang abang pelik macam mana spesies panda btukar jadi ketam ni?” Raziq masih berusaha mengawal riak mukanya serius bagaikan sedang membincang isu yang serius. Suhani diam sebentar bagaikan memikir sesuatu sebelum,….
“Abang!!! Raziq!!! “
DUSHH! Satu sepukan hebat hinggap di bahu Raziq. Saat itu juga meletus gelak Raziq dengan keletah isterinya itu. Aduhhh…loading rupanya si panda ni. Naik senak perutnya melihat wajah tidak puas hati Suhani.
“Abang ni,malaslah orang nak layan lagi. Tidur lagi baik. Drive la sorang-sorang. Padan muka.” Suhani menarik muka masam. Matanya di pejam rapat. Makin sakit hatinya melihat sengihan kemenangan Raziq itu. Rasa mahu di koyak-koyak mulut itu bila Raziq mula mengusiknya.
“Eh,tak nak tahu kita nak pergi mana ke ni?” Raziq mengumpan. Pemanduannya d teruskan.
“Tak nak.” Suhani memusingkan badannya membelakangkan Raziq.
“Ouh..tak baik tau membelakangkan suami..dosa besar..”Raziq tersenyum bila Suhani mendengus sambil menghadapkan semula tubuhnya kea rah depan. Mata gadis itu masih terpejam rapat.
“Macam tu lah panda..baik. good panda.”usik Raziq lagi.
“Fine~!” Suhani membentak. Raziq masih lagi dengan tawanya. Cukup terhibur mengenakan Suhani. Yaa..panda. Jam di dashboard di tolehnya sekilas,menunjukkan jam 11 malam. Anggaran 2 jam lagi mereka bakal tiba ke destinasi percutian yang dia rancang sendiri khas untuk Suhani. Dalam diam Raziq tersenyum,berharap agar percutian ini bakal memulihkan hubungannya dengan Suhani.
‘sabarlah hani…sabarlah hati..dugaan Allah tanda Allah sayangkan kita berdua..’Raziq memujuk hati lelakinya. Dia yakin,hatinya hanya mencintai Suhani.
********************************************************************
Suasana pagi itu nyaman sekali. Suhani menyelak langsir hotel di kaki bukit brinchang itu. Matanya terus di sapa suasana sekeliling yang menghijau. Hatinya terasa tenang sekali pabila melihat keindahan ciptaan Allah.

“Ya Allah...terima kasih Ya Allah..Kau beri aku kehidupan lagi hari ini..” gema hati Suhani. Bibirnya spontan mengukir senyuman tatkala terasa pingganya di raih dari belakang.

“Morning....”bisik Raziq di telinga Suhani. Suhani tergelak kecil.
“Assalamualaikum la..” Suhani memerli.
“Eh? Hahah! Adoi..dan dan kena sebijik..” Raziq mencuit hidung Suhani.
“Ye..kita orang Islam,buat la cara orang Islam..tak pasal-pasal nak tiru gaya mat salleh.”perli Suhani lagi. Raziq hanya tergelak.
“Baik..baik...waalaikumussalam sayang..tidur lena semalam?” Raziq mengemaskan lagi pelukannya. Sama-sama merenung keindahan suasana kaki bukit brinchang. Dari situ juga mereka dapat melihat kehijauan ladang teh. MasyaAllah..cantik sekali ciptaan Allah,terasa rugi bagi sesiapa yang tidak tahu menilai kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya di muka bumi ini.
“Hmmm? Boleh la,cuma sejuk sikit. Paling tak tahan time nak masuk waktu Subuh..lagi la sejuk.” Suhani menoleh sekilas wajah Raziq yang hanya kelihatan dari tepi. Kemudian dia menoleh semula ke arah ladang teh yang menghijau. Senyumannya semakin mekar.
“yeke? Semalam bukan orang tu sampai bedengkur tidur?”Raziq mengangkat keningnya.
“HUH?????????” spontan Suhani mencubit lengan Raziq.
“Biarla,orang penat memang la bedengkur...kot..”Suhani memberi alasan. Malu la pulak. Aku tidur bedengkur ke selama ni? Ke dia main-main? Ciss.....
“Eh eh,siapa yang drive? Hani ke? Haha! Setahu abang orang tu tidur je spanjang perjalanan. Kesian abang drive sorang-sorang. Haishhh..”Raziq menggeleng-geleng kepalanya. Masih mahu mengusik Suhani.
“Ceh..bosan la tengok abang drive,tidur lagi bagus. Lagipun abang tak habis-habis dengan...”
“Panda koala?” pintas Raziq.
“Yesss....” Suhani mengangguk sambil menjeling tajam. Raziq tergelak. Aduii..berpeluh betul tengok dia jeling..
“Yela..sejuk-sejuk ni kan,panda la sangat berguna untuk kita.” Raziq meletakkan dagunya di bahu Suhani. Gadis itu hanya membiarkan.
“Nak tahu tak sebab ape?” Raziq menduga.
“Huh? Tak nak lah.” Suhani mengherotkan mulutnya. Tak berminat nak tahu,nanti pasti ada saja idea dan fakta mengarut bakal menjadi santapan telinganya. Menyakitkan hati,tapi bila Raziq dah tiada di depannya,pasti dia tergelak bila mengingat kembali.
“Ala..nak la..fakta ni tau” Raziq memujuk. Suhani diam.
“Sebab....”
“alah...sebab panda ada bulu tebal lagi kembang. So boleh abang tuai jadi selimut,lepas tu daging dia abang masak buat makan waktu sejuk-sejuk,tambah dengan milo panas sekali kan?” duga Suhani. Laju saja mulutnya berceloteh.
“Eh? Hani curi-curi baca fakta abang download dalam laptop semalam ke? Haha! Betul la tu. Pandai sayang abang.” Raziq sudah tergelak besar melihat muncung Suhani. Senak perutnya menahan gelak dari tadi.
“Abang tu memang,kan..sampai hati. Panda tu comel buat tuai pulak bulu-bulu dia. Ingat senang ke nak tumbuh?” Suhani mengangkat keningnya.
“Eh,senang ape. Lagipun mana Hani tau ni bulu dia susah ke senang nak tumbuh?” Raziq tiba-tiba serius.
“Orang agak aje la,macam rambut manusia kot. Ambil masa dalam seminggu ke 2 minggu nak panjang until 2 cm.” Suhani memikir sejenak.
“Yeke? Ke sebab Hani dalam family spesis dorang? Yela mane la tau berinteraksi sesama kaum panda,share fakta spesis sendiri...”
“huh???? “ Suhani membulatkan matanya memandang Raziq. Mereka terdiam sejenak. Beberapa saat kemudian kedua-duanya sama-sama tergelak besar.
“Abang ni! Hani spesis manusia la!! kalau spesis panda means abang kahwin dengan panda la! Hahah! “ Suhani memukul-mukul bahu Raziq sambil tergelak.
“Eh? Hahah! Ha'ah eh,kalau macam tu Hani pun kahwin dengan spesis koala la macam tu! Haha!” Raziq sedaya upaya menahan gelak. Melihatkan Suhani tergelak besar begitu seolah-olah menarik-narik untuk dia sama tergelak besar. Adessss..hilang macho aku nanti.
“Hahah!! so?? stop the panda and koala cases! Haha! Kita sama-sama manusia ok?hahah! “ Suhani sudah menekan-nekan perutnya. Aduiii...penat pulak gelak. Raziq sudah memegang dahi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“yess..ala tapi comel apa. Panda koala. Sweet tak? Haha!” Raziq menyambung.
“Eww..abang ni,ni siapa yang lagi muda ni? Hahah! Patutnya Hani yang pikir comel ke tak,sweet ke tak. Ni abang pulak. Hahah!” Suhani menjelirkan lidahnya mengejek Raziq.
“Eleh,awet muda. Hani jeles ke? Haha..”Raziq menjungkitkan keningya ke arah Suhani. Lagak persis model di pentas. Suhani mencebik. Perasannya suami aku?
“Adoi..dah la tu abang. Penat Hani nak gelak la.” Suhani menarik nafasnya panjang.
“Hmm,cepat-cepat mandi. Kita breakfast dekat cafe bawah.” Raziq merebahkan tubuhnya di atas katil,bersebelahan dengan tempat duduk Suhani.
“Sejuk la,abang dah mandi ke?” soal Suhani sambil tangannya mencapai tuala,menuju ke bilik air.
“Abang tak mandi pun tetap wangi..kalau tak takkan la orang tu sudi nak peluk tadi? Kan kan?” Sponta Suhani memandang semula ke arah Raziq. Membulat matanya.
“YA Allah..patut la..” Suhani buat-buat muka terkejut. Menarik perhatian Raziq untuk mengetahui sebabnya.
“Kenapa?”
“Patut la Hani rasa nak pengsan je tadi..bau semacam..punyelah..adeiii..”Suhani mendaratkan belakang tangannya ke dahi,reaksi seakan-akan mahu rebah pengsan. Giliran Raziq pula membulatkan matanya. Tidak berpuas hati.
“Amboi?”
“Patutla koala warna kelabu. Kepam rupanya tak mandi...”sambung Suhani lagi. Ligat pula dia mahu mengusik Raziq.
“Wah! Panda pun ape kurangnya. Kepam kuning-kuning jugak bulu putih dia tu!” dari baring,kini Raziq sudah duduk di atas katil. Seakan-akan mahu berlawan pula dengan Suhani. Tak boleh jadi ni! Debat koala panda seantero dunia ni!
“Eh,tolong sikit. Panda sentiasa bersih dan wangi lagi putih berseri..awww..”Suhani merebahkan pula tangannya di dada. Sekali pandang seakan-akan model baru memenangi carta nombor satu. Haha!
“Eleh..perasannya isteri abang ni.” Raziq menarik muka. Geram pula bila di kenakan semula.
“Eyehhhh...”Suhani mengejek. Tangannya mengangkat,mnunjuk isyarat “GOOD”.
“Amboi? Siap Hani,sini sini. Geram pulak abang tengok.” Raziq sudah bangun,mencekak pingang. Dia melangkah mahu menangkap Suhani bila gadis itu hanya menggeleng tak mahu. Cepat-cepat Suhani berlari masuk ke bilik air. Pintu di kunci.
“Bukak pintu ni! Bukak cepat!” Raziq mengetuk-ngetuk pintu bilik air.
“Tak mahu tak mahu!” Suhani menjerit dari dalam.
“Abang kata bukak.” Raziq mengacah.
“Karang lambat breakfast kang gastrik!” Suhani memberi alasan. Tangannya menekan-nekan perut menahan gelak. Raziq terdiam sebentar. Tiba-tiba dia mendapat idea.
“Alah,Hani tu abang petikkan bamboo yang dorang buat perhiasan dekat pintu masuk hotel ni dah cukup. Tak payah susah-susah ikut abang pergi breakfast dekat cafe. Nanti orang pelik tengok abang bawak panda dari zoo.” laung Raziq. Sengaja perkataan panda dan zoo itu dikuatkan.
“YAAAA!!!” jerit Suhani geram. Raziq menjuih.
“Awak tu tak habis-habis nak jerit ala-ala orang Korea. Macam la saya kahwin dengan perempuan Korea. Itulah perempuan sekrang ni,terikut-ikut sangat dengan orang luar. Haishhh...” perli Raziq.
“Sibuklah! Biarla! Asalkan Hani tak lupa nak bagi salam macam orang tu...hahah!” balas Suhani. Tatkala Raziq mahu membuka mulut membalas,Suhani sudah membuka pnacuran air kuat. Sengaja dia menyanyi-nyanyi kuat,malas mahu mendengar dan membalas debat panda koala lagi dengan Raziq. Ada jugak yang tak breakfast dibuatnya nanti. Raziq menggeleng-gelengkan kepalanya mendengarkan Suhani menyanyi riang di dalam bilik air.
'Ya Allah..isteri aku ni.' Raziq mengeluh geram.

Usai sahaja bersarapan. Mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar ladang teh Brinchang. Udara di situ sungguh nyaman. Raziq memandang kelibat Suhani dari jauh. Tidak habis-habis dengan kameranya. Baru dia perasan,isterinya itu rupanya meminati bidang photografi. Kamera dengan Suhani macam isi dengan kuku. Adeiiii...tak lepas-lepas. Khusyuk betul dia mengangkap gambar suasana di situ.
“Cantikkan suasana sini?”soal Raziq sambil menghulurkan secawan the panas yang di belinya kepada Suhani. Suhani mengantungkan kembali kameranya di leher. Menyambut cawan the dari Raziq. Dia melekapkan tangannya di sekitar cawan itu. Mengambil haba. Sejuk!!
“Yep.” Suhani menghirup the sedikit demi sedikit. Dia curi-curi memandang ke arah Raziq yang meneliti sekeliling.
'Abang lagi indah...'gema hati Suhani. Cepat-cepat dia menoleh tempat lain bila Raziq menoleh ke arahnya.
“Lepas ni kita jalan dekat ladang strawbery ok?” ujar Raziq. Suhani hanya mengangguk. Raziq tersengih melihat pipi Suhani yang kemerahan.
“Sejuk sangat ke?” Raziq menyoal. Matanya tak lepas memandang wajah Suhani.
“Hmm? Boleh la..asal?” Suhani berpura-pura tidak menyedari pandangan Raziq.
“Takda la,Hani pun dah macam separa strawbery abang tengok.”Raziq tergelak kecil. Comel.
“Huh?” Suhani mengerutkan dahinya. Sebab warna tudung aku pink ke?
“Blurr? Loading?” Raziq mengangkat kening. Mengusik Suhani. Suhani mencebik. Malas mahu melayan.
“Eh,pegang kejap cawan ni.” Suhani tergopoh-gopoh menghulurkan cawannya kepada Raziq.
“Asal?” Raziq pelik. Suhani hanya diam. Kameranya di angkat kembali lalu lensa kamera di hadapkan ke arah Raziq.
Klik! Klik! Klik!
Beberapa keping gambar Raziq kini di memori kameranya.
“Lah..tak seronok la gambar abang sorang ja.” Raziq meletakkan cawan-cawan itu di atas meja berbentuk cendawan di sebelah mereka. Kemudian dia mengambil kamera di tangan Suhani. Suhani hanya melihat saja Raziq bercakap-cakap dengan seorang pelancong di situ. Pelancong itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian Raziq menuju ke arahnya,menarik tangannya ke satu sudut.
“Pemandangan dari sini cantik sikit. Nampak awan sekali tu.” Raziq tersenyum ke arah Suhani.
“oohh..”Suhani mengangguk.
“Sedia,orang tu nak tangkapkan gambar kita.” Raziq mengemas-ngemaskan rambutnya. Kemudian tangannya meraih pinggang Suhani,rapat ke arahnya.
“Eh kejap-kejap.”Raziq mengangkat tangannya menunjukkan isyarat 'kejap' kepada pelancong itu.
“Huh? Asal?” Suhani pelik. Apalagi dia ni.
“Nak tolong betulkan scarft dkt leher Hani ni. Senget. Tu tudung tu,comot betullah,malu nanti orang tengok.” Raziq tersenyum kecil. Saja mengusik. Tangannya mengemas-ngemaskan scart berwarna coklat pekat di leher Suhani. Sengaja,selebihnya dia mahu melihat wajah Suhani. Terasa rindu. ya..entah kenapa dia sarat merindukan Suhani dari hari ke hari walau Suhani di depan matanya. Entah kenapa dia terasa bagaikan dia bakal kehilangan Suhani.
“Adeiii..tercekik Hani la,sudah la tu.”Suhani menepuk-nepuk tangan Raziq. Raziq tergelak kecil. Comel melihat Suhani terbatuk-batuk kecil.
“ok,ok..sedia sedia. Pose sebanyak mungkin,dia main klik banyak kali tu nanti. Hehe.”Raziq teruja. Suhani menggeleng-gelengkan kepalanya. Pinggangnya kembali diraih Raziq. Terasa malu pula,tapi di biarkan saja. Pose sebanyak mungkin. Mindanya mula memikirkan pose. Haha! Perlu ni! Penting! Penting bagi seorang perempuan!
KLIK!
Raziq meraih pinggang Suhani sambil tersenyum bahagia. Suhani pula menunjuk isyarat tanga 'peace!'
KLIK!
Raziq meletakkan tangannya di atas kepala Suhani,Suhani pula buat-buat muka terkejut sambil tangannya menutup mulut.
KLIK!
Raziq mendaratkan tangannya di atas bahu Suhani,sambil keduanya tersenyum.
KLIK!...
dan KLIK!....
dan KLIK!...........

“Dah ke?”soal Suhani bila penat pula perah otak mahu pose apa.
“Jap,lagi satu! Last-last..!” Raziq menunjuk isyarat 1 kepada pelancong itu.
“Hais..buat susah orang tu je. Kesian dia.” Suhani mnegomel.
“Ala satu je lagi. Haha! Best pulak. Cepat-cepat.”
“hmm..” Suhani sudah memandang lensa kamera. Simple sudah. Habis idea nak pose apa. Baru beberapa saat dia senyum,dia terdengar Raziq memanggil namanya perlahan. Spontan dia menoleh.
“Abang cintakan Hani sorang...”ucap Raziq sambil mendekatkan melekapkan dahinya ke dahi Suhani. Suhani terdiam. Blushing. Erkk...
KLIK!!
KLIK!!
Raziq tersenyum. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya dari bahu Suhani. Menuju kearah pelancong itu. Kamera diambilnya kembali setelah mengucapkan terima kasih. Dia menyangkut kamera itu di lehernya lalu menarik tangan Suhani.
“Jom pegi ladang strawbery pulak.” ujar Raziq bersahaja. Dia tahu,Suhani masih lagi terkejut. Entah kenapa tiba-tiba saja dia mendapat idea itu tadi. Yang pasti,kata-kata sebentar tadi benar-benar lahir dari hatinya. Hatinya hanya bergema nama Suhani..bukan Farhana..bukan Suri. Hanya Suhani..
'Ya Allah...kenapa aku rasa cinta Raziq makin melelahkan hati ni..'gema hati Suhani..
'Kenapa tidak kenangan baru itu di cipta Hani..abang pasti.' luah hati Raziq pula.
Keduanya hanya sepi sepanjang menuju ke ladang strawberry. Melayan perasaan masing-masing. Namun tangan Suhani masih tak lepas dari genggaman Raziq. Walau dia terasa rimas,namun rasa selamat melebihi segalanya.
'Hani cintakan abang jugak....'keluh hati Suhani...

p/s:trima kasih pada yg still ikut cerpen ni. maaf lama sangat tertunggak..+___+''' penulis dilanda kehilangan idea+mood+feel tahap kronik...hahha~maaf2..apepun,beribu2 terima kasih..:D kalau ada next idea nak share sama bole jugak~ :D terima kasih skali lagi!!! xD mucho gracias~!

3 comments:

che' que said...

dont b mad. i'm reading this..
from-kak aini comel..Xp

Cik Gagah said...

lorhhh kak aini rupenya..kehkehkeh..soryla kak aini kalu post kali ni ta mngancam..da cube sdaya upaya neh kerah idea..hahaha

che' que said...

its ok...
usaha lagi=)
b free to visit my blog..
baru nak mula aktif blik..hehe..