Suasana meja makan menjadi hening seketika.Baik Suhani mahupun Raziq mulai rimas dengan keadaan itu. Tak seorang pun mahu membuka hal tadi. Masih menyimpan perasaan hati yang bercampur baur. Raziq memerhatikan paras sisi Suhani. Wajah itu yang dia rindui. Dia yakin dengan hatinya kini. Bukan lagi wajah farhana. Hanya wajah Suhani,isterinya yang sah. Dia tidak kisah lagi dengan apa yang berlaku di masa silamnya. Dia hanya inginkan Suhani dalam hidupnya. Raziq sendiri kesal dengan dirinya. Dia tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Dirinya atau Farhana? Apa yang dia tahu,dia benci dengan nama itu. Raziq mengeluh. Rambutnya dikuak ke belakang. Benar-benar rimas.
Suhani mengerling sekilas kearah Raziq. Cepat-cepat dia mengalihkan semula pandangannya kea rah pengacara majlis yang sedang berucap di pentas tatkala matanya menyapa mata redup Raziq. Dia tak mahu lemah tatkala ini. Dia tak mahu kalah dengan Farhana,namun apa yang dia lihat sebentar tadi benar-benar membuatkan dia merasa dirinya telah kalah dengan Farhana. Cis. Ape perempuan tu buat dekat sini? Time orang berhoneymoon la dia muncul. Spoil mood tahu tak spoil?
Tiba-tiba Suhani terasa seperti seseorang mendekat dari arah belakangnya. Bahunya juga terasa berat seperti di hempap sesuatu.
“abang ni,behave sikit. Kita dekat tempat awam ni. Tu pekerja abang semua pandang-pandang.” Tegas Suhani geram bila Raziq melentokkan kepala di bahunya. Sudahla dia geram dengan kehadiran Farhana dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kekasih gadis itu. Siapa namanya? Lupa. Ah,biarlah,dia sendiri tak berminat mahu mengambil tahu latar belakang sesiapa saja yang mengenali gadis itu. Hatinya sakit!
“ Biarlah. Bukan siapa-siapa pun,Hani isteri abang jugak.” Ujar Raziq selamba.
“Orang lain pun suami isteri,abang. Tapi takde la sampai mnegada-ngada macam abang ni. Bangunlah!” Suhani megeraskan sedikit suaranya. Mujur suara pengacara majlis lebih kuat ketika ini. Kalau tidak,pasti di dengari pekerja-pekerja Raziq. Aduh malunya!
“Tak nak. “ Raziq berkeras. Degil. Matanya di pejam rapat. Sungguh dia terasa penat pula hari ini. Mungkin kerana dia bergegas ke sana sini siang tadi,membantu mana yang patut untuk majlis makan-makan malam ini. Raziq tersenyum kecil bila terdengar Suhani merengus. Marah! Dia tahu Suhani takkan mampu berbuat apa-apa memandangkan mereka kini di tempat public.
“Abang sakit kepala.” Adu Raziq perlahan namun masih boleh kedengaran jelas di telinga Suhani. Eleh,sakit kepala konon. Sakit hati kita ni tak kira pulak. Rasa nak pancung-pancung semua orang yang ada disini.
“Takkan dah jumpa kekasih lama pun sakit kepala lagi.?” Sengaja dia menekankan perkataan bekas kekasih itu untuk memerli Raziq. Kali ini dia pula tersengih bila kedengaran Raziq mengeluh kasar. Padan muka. Tau pun rimas!
Tiba-tiba sengihan Suhani mati. Bahagian abdomennya terasa ngilu kembali. Sakitnya sampai ke tulang belakang. Berkerut-kerut dahi Suhani menahan sakit. Dia tidak bergerak,selebihnya dia hanya mendengar beberapa butir bicara dari mulut Raziq yang bercampur-campur dengan suara pengacara majlis.
“abang tak expect apa-apa pun Hani. Trust me. Abang tak jemput dia pun. She’s not invited. Abang dah Tanya PA abang tadi,dia cakap si Amir tu anak one of bussines buddy papa. Dia datang wakilkan ayah dia. Farhana tu kan kekasih dia sekarang.”terang Raziq. Entah untuk keberapa kalinya dia menjelaskan kepada Suhani. Diam. Hanya kedengaran nafas Suhani.
“Kita kan dah janji nak bina memori baru. Abang hanya perlukan Hani dalam hidup abang. Bukan dia,bukan kenangan lama. Abang tak ragu-ragu dengan diri abang lagi Hani. Tolonglah percaya abang.” Bersungguh Raziq meyakinkan wanita disisinya. Kepalanya yang sedikit berdenyut tidak dihiraukan. Tiba-tiba dia terasa Suhani menolak perlahan tubuhnya.
“Hani nak kemana?” tangkas tangan Raziq menyambar lalu menyulam kemas tangan Suhani tatkala wanita itu bangun dari tempat duduknya. Suhani hanya memandang Raziq sekilas.
“Saya nak ke tandas.” Jawab Suhani pendek. Selebihnya dia sedang bertahan dengan kesakitan yang mulai menular . peluh dingin mula memercik di dahinya. Dari satu sudut yang lain matanya dapat menangkap sepasang mata milik Farhana sedang memerhatikannya dengan senyuman sinis.
‘Ya Allah..kuatkanlah aku ya Allah..’bisik hati Suhani..genggaman tangan Raziq dilepaskan perlahan-lahan. Raziq mengeluh.
Suhani sedaya upaya mengawal riak mukanya. Ketika dia melintasi Farhana,hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui gelojak jiwanya. Hatinya sakit,tubuhnya juga sedang kesakitan ketika ini. Namun dia tidak rela berkongsi kesakitan itu dengan Raziq mahupun orang lain. Biar dirinya saja yang menahan semua kesakitannya. Biarlah..
Farhana melangkah perlahan menuju ke meja Raziq pabila dia yakin lelaki itu duduk bersendirian. Amir pula sedari tadi menghilangkan diri. Katanya ada urusan penting. Urusan apa,Farhana malas mahu ambil tahu. Sasarannya kini hanya Raziq. Dia yakin lelaki itu telah mengingatinya kembali. Sejak perbualan dia dengan Suhani dulu,dia benar-benar rasa tercabar untuk memiliki Raziq semula. Langsung hilang perasaan serba salahnya tentang kemalangan Raziq yang meragut ingatan lelaki itu.
“Sorang?” tegur Farhana mesra sambil tersenyum manja bila Raziq menoleh ke arahnya. Dia duduk disebelah lelaki itu tanpa di pelawa. Raziq hanya mengangguk. Hatinya bertambah sebal dengan kehadiran gadis itu.
“Sihat?” soalnya lagi. Raziq mengangguk lagi. Pandangannya sengaja dilarikan ke tempat lain.
“Wife you mana?”Farhana masih lagi tidak berpuas hati dengan silent mode Raziq.
“Toilet.”balas Raziq pendek.
“Sombongnya you sekarang. Takkan tak ingat I lagi.” Farhana merenung paras sisi Raziq. Tak banyak yang berubah selain style rambutnya. Makin kacak. Lebih kacak dari Amir. Entah kenapa dia rasa begitu bodoh saat ini pabila mengingatkan kembali bagaimana dia boleh membuang Raziq dari hidupnya lalu memilih Amir.
“The one that ruin all my life,how come I can forget about you.” Balas Raziq sinis. Dia membalas renungan Farhana yang terkedu dengan penyataannya.
“excuse me,its not me who ruin your life. Its yourself. You nak cakap I tinggalkan you dulu tu punca I ruin your life? Ohh come on la Raziq. Siapa yang salah sebenarnya. You kan?” Farhana mengecilkan matanya. Benar-benar tersindir dengan Raziq. Raziq tergelak kecil. Kepalanya di geleng-gelengkan.
“Who? Me? Apa alas an you nak put all blame on me right now ana? Ape lagi alasannya? Come tell me.”
“You yang tak pernah yakin dengan diri you. You tak pernah pun cuba nak faham i. You kata dah sedia nak have relationship more than adik beradi dengan i. but then? You enjoy dengan perempuan lain,you buat I macam patung!” keras intonasi suara Farhana ketika ini. Sudah lama dia pendam apa yang dia rasakan,saat inilah masa yang sesuai untuk dia membalas kembali.
“Hey,macam tu sekali you nilai I kan? Ohh I lupa,you just 17 years old girl on that time. So,fikiran pun mesti jenis tak matangkan? I kerja you tak pernah faham. Apa yang you faham? I enjoy foya-foya dengan perempuan? Such a disappointed thinking Ana.” Raziq senyum sinis,menambahkan api marak Farhana.
“My age tak ada kena mengena dengan what im thinking and what u have done! Hey,kalau betulah you sayangkan I more than a sister,dalam masa beberapa bulan takkan sewenang-wenangnyalah you bertunang dengan Lisa. Then get married pulak dengan Suhani. Tangkap basah pulak tu.No wonder lah,you memang dasar lelaki kaki perempuan. Suka ambil kesempatan.”.
Pap! Raziq menghentakkan tangannya ke meja. Wajah farhana ditenungnya tajam.
“Suhani tak ada kaitan dengan semua ni. Mind your own bussines. Dah,I tak nak cakap lagi pasal hal ni. Just let it be.” Raziq bingkas dari dudukannya. Hatinya mula panas. Dia takut dia tak dapat kawal kemarahannya dihadapan pekrja-pekerja syarikat. Langkahnya laju menuju ke parking kereta. Farhana mendengus geram. Laju saja dia membontoti langkah Raziq. Dia masih lagi tidak puas hati dengan balasan Raziq. Dia kini layak untuk mengeluarkan caciannnya di hadapan Raziq. Hatinya bertambah sakit bila melihat hubungan Raziq dengan Suhani begitu erat. Mengapa dia tidak dapat merasa semua itu dahulu? Dia yang sepatutnya berada dalam pelukan Raziq. Bukan Suhani! Argh! Bodohnya dia kerana melepaskan Raziq!
“Raziq!” jerit Farhana tatkala mereka sampai di kawasan parking kereta. Raziq melajukan langkahnya. Kepalanya berdenyut. Memorinya seakan-akan video tape berulang tayang di mindanya tika itu. Langkahnya terhenti bila denyutan di kepalanya bertambah menyakitkan.
“You jangan nak lari Raziq. You nak salahkan I lepas tu you nak pergi macam tu saja? Hei,dengar sini, im so disappointed with a jerk man like you. Sepatutnya I sedar dari dulu lagi lelaki macam you ni tak layak di panggil kekasih, tak layak di beri kasih sayang! I menyesal jadi bodoh! Kenapa you buat I macam patung!” jerit Farhana lantang. Dada Raziq dituding-tuding dengan jarinya. Hatinya tidak puas selagi Raziq tidak mahu menjawab. Dia mahukan penjelasan dari mulut Raziq sendiri.
“You yang bodoh ke I yang jadi bodoh?” suara Raziq kedengaran lemah. Tangannya sedari tadi memicit-micit kepalanya.
“What the hell are you talking about!” marah Farhana.
“No! its you! Who the hell are you to blame me!” Raziq menepis kasar tangan Farhana. Tubuh gadis itu di tolaknya ketepi dari menghalang laluannya untuk membuka pintu kereta. Dia membuka dashboard mencari-cari sesuatu disitu.
“Sebab I ada hak untuk sedarkan lelaki tak guna macam you! Dasar lelaki kaki perempuan!” jeirt Farhana sambil memukul belakang Raziq. Geram dengan tindak tanduk Raziq. Dia terundur ke belakang bila Raziq menolaknya. Di tangan lelaki itu tersisip kemas seikat sampul surat. Raziq mengangkat tangannya menunjuk surat-surat itu kepada Farhana.
“this is what you call lelaki tak hargai cinta you? “ sehelai demi sehelai sampul surat tertera nama Farhana di baling kemuka gadis itu.
“Is this what u call lelaki kaki perempuan?” Farhana terdiam. Dia terkedu melihat tiap helaian sampul surat yang diutus oleh Raziq untuknya satu ketika dahulu. Setahu dia ,dia telah membuang semuanya ketika dia membuat keputusan untuk memilih Amir.
“I kutip semua surat-surat ni,bila mana you dah tak perlukan cinta I Ana. You said your not happy with me. You said amir lebih suit dengan perempuan umur macam you masa tu. You anggap I apa masa tu? Siapa yang mintak hubungan lebih dari seorang abang and adik? Tell me.” Farhana diam. Air matanya mengalir perlahan.
“You anggap I apa Ana? Lelaki tua yang terhegeh-hegeh cinta budak muda macam you kan? Itu yang you cakap dekat Amir bilamana I dekat belakang you,nak jumpa you buat kali terakhir. Its that what you call lelaki kaki perempuan?”
“Kenapa diam? You tak sangka I ada masa tu? You tak sangka I can remember all this kan? You tau tak,you buat I rasa hina! You buat I rasa I ni pengemis cinta you yang konon suci tu! You know what I feel ?” Raziq mengangkat keras wajah Farhana agar mendongak memandang ke arahnya.
“ I rasa seperti seorang yang sangat bodoh mengemis cinta dari perempuan macam you. I rasa kesal simpati dengan permintaan you. What the hell with me at that time.” Farhana menangis. Tangan kekar Raziq di tepisnya.
“No!” Farhana berundur kebelakang. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak mampu menrima kenyataan itu. Raziq termengah-mengah menahan amarah dan kesakitan di kepalanya. Cermin matanya di tanggalkan.
“ And this,I don’t need your help anymore.” Cermin mata itu di hempasnya di hadapan Farhana. Cermin mata itu pemberian Farhana. Baru dia ingat segalanya.
“Raziq..Raziq!! don’t do this to me. Ana cintakan Raziq lagi. Itu semua salah ana,ana tak nafikan. But I still love you Raziq. Until now..please..” Farhana memaut lengan Raziq kejap. Dia benar-benar cemas. Dia tak mahu kehilangan Raziq lagi tika ini. Raziq hanya menggeleng sambil berusaha menolak rangkulan kemas Farhana di lengannya.
“Abang…” Raziq terhenti. Begitu juga denga Farhana. Kelibat Suhani yang muncul dari belakang kereta benar-benar memeranjatkan mereka.
“Hani..” Raziq cemas. Spontan dia menolak tubuh Farhana jauh darinya. Wajah pucat Suhani merunsingkannya tika ini. Isterinya itu kelihatan menahan kesakitan. Tangannya menekan-nekan bahagian abdomennya sambil terbongkok sedikit. Sebelah tangannya pula bertahan di pintu kereta Raziq. Air mata Suhani bercampur dengan peluhnya. Muka pucat. Raziq tergamam tatkala matanya menangkap tompokan darah di seluar Suhani. Ya Allah! Saat itu juga dia menyambar suhani yang ingin rebah.
“Hani! Suhani! Ya Allah…Hani kenapa ni!” Raziq menepuk-nepuk perlahan pipi isterinya. Suhani ttidak mampu berkata-kata. Kolar baju Raziq di cengkamnya kemas tanda dia sedang kesakitan yang teramat. Raziq kaget. Air mata lelakinya tumpah bila melihat keadaan isterinya begitu. Cepat-cepat dia mencempung tubuh Suhani lalu di letakkan di seat sebelah pemandu. Tangan suhani tidak lepas dari mencengkam. Pilu hatinya.
“Jangan ganggu aku. Pergi!” jerkah Raziq terkocoh-kocoh menghidupkan enjin kereta pabila Farhana ingin mendekatinya. setelah menutup pintu kereta,Raziq menekan minyak. Laju keretanya memecut menuju ke hospital berdekatan. Cemas,gelisah,takut,marah semuanya bercampur-baur tika ini. Dia cemas,takut dan gelisah jika-jika dia kehilangan Suhani. Dia marah dengan dirinya sendiri kerana tidak mengambil tahu keadaan isterinya selama ini. Raziq menepuk-nepuk kepalanya dengan harapan denyutan dan kesakitan yang menjalar kan berkurangan. Suhani yang terduduk lemah di sebelahnya di toleh sekilas.
“bertahan Hani! Jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Hani.” Luah Raziq sayu. Berkaca- kaca matanya. Suhani hanya mampu memandang Raziq sayu. Dia tak mampu berkata-kata tika ini. Kesakitan membuatnya jadi seolah wanita bisu. Mengigil-gigil tangannya menyentuh sisi wajah Raziq.
‘hani sayangkan abang…’bisik hatinya..Suhani memejamkan matanya. Saat itu tangannya terkulai layu dari menyentuh suaminya. Pantas Raziq menyambut tangan Suhani dari jatuh. Sebelah tangannya di stereng,sebelah lagi kemas menggenggam tangan Suhani yang dingin. Sesekali di bawanya tangan Suhani di bibirnya. Di kucupnya penuh kasih. “jangan tinggalkan abang hani..”rayu Raziq.
Sebaik saja sampai di hospital,Raziq mencempung Suhani masuk ke dalam hospital. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang. Matanya juga berpinar-pinar tika itu. Pandangannya berbalam-balam namun di gagahkan juga langkahnya. Mulutnya tak henti-henti memanggil-manggil nurse dan doctor. Mujur ada jururawat yang berdekatan. Masing-maisng membantu Raziq merebahkan Suhani di katil beroda.
“Selamatkan isteri saya nurse. Selamatkan dia doctor,saya sanggup bayar…sanggup..”termengah-mengah Raziq membantu menolak katil Suhani menuju bahagian kecemasan. Saat itu juga,kakinya tak mampu lagi melangkah,Raziq terjelopok jatuh. Pandangannya kelam. Hanya kedengaran suara-suara yang tidak dikenalinya. Kini,hanya wajah Suhani yang tersenyum manis belayar di ruang kelamnya.
“aku cintakan dia Ya Allah…” ucap Raziq perlahan..dan segalanya menjadi hitam.
1 comment:
apa dah jd dgn hani ngan raziq ni?..dua2 jatuh sakit.....cpt2 smbg..xsbr nak tau.
Post a Comment